Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

1. Mengenal pasti tugasan soalan

Dalam soalan ringkasan, tugasan soalan ialah selepas perkataan tentang sehingga ayat itu berakhir. Lihat soalan contoh di bawah: Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
2. Patuhi had perkataan Calon jangan sekali-kali melebihi had tersebut kerana perkataan yang melebihi had perkataan TIDAK dinilai oleh pemeriksa

Contoh Soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Skema
1. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka 3. Anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka 4. Remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang

5. Remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai 6. Ahli keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar psikiatri 7. Remaja sendiri juga seharusnya bijak dalam menangani masalah mereka. ATAU Remaja perlulah berusaha mengawal tekanan untuk mengelakkan emosi

negatif melalui pelbagai teknik


8. Masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja.

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN:


1. Penanda wacana yang mesti digunakan. Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula, Akhir sekali. 2. Prosedur jawapan: i. Ayat 1 : Tugasan soalan + Isi Pertama

Contoh:
Cara-cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. ii. Ayat 2 : Penanda Wacana + Isi 2 Contoh: Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong

kebebasan anak-anak mereka.

iii. Ayat 3 : Penanda Wacana + Isi 3


Contoh: Di samping itu, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka.

iv. Ayat 4 : Penanda Wacana + Isi 4


Contoh: Seterusnya, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru.

v. Ayat 5 : Penanda Wacana + Isi 5


Contoh: Tambahan pula, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai.

Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan, bina ayat yang ke-6.
Contoh: Ayat 1 : 17 Ayat 2 : 10 Ayat 3 : 14 Ayat 4 : 11 Ayat 5 : 9 Jumlah : 61 Masih ada 19 patah perkataan lagi (Teruskan dengan membina ayat ke-6)

vii. Ayat 6 : Penanda Wacana + Isi 6 Contoh:

Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa


menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja. 61 + (Ayat 6 14 patah perkataan) = 75 patah perkataan.

Contoh Rumusan yang lengkap:


Cara-cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Di samping itu, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka. Seterusnya, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru. Tambahan pula, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai. Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja.

(75 patah perkataan)

BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA:


1. Berikan maksud rangkai kata kelainan tingkah laku [ 2 markah] Skema: Kelainan : perbezaan/perubahan Tingkah laku : perangai/sikap

Perhatian:
Jika calon memberikan maksud 1 perkataan sahaja, beri 1 markah.

Contoh: perbezaan tingkah laku kelainan perangai Jika calon memberikan maksud rangkai kata, satu daripadanya salah, 0 markah Contoh: perubahan (betul) personaliti (salah)

Calon memberikan maksud tepat mengikut konteks, tetapi ayat tidak lengkap, 1 markah.

Contoh: perbezaan perangai (tiada ayat)


Calon memberi jawapan dalam bentuk huraian, 0 markah

Contoh: perbezaan perangai seseorang remaja

Salah ejaan yang boleh menjejaskan maksud, 0 markah.

Contoh: perbezaan sikat Sekiranya tidak menjejaskan maksud, diterima.

Contoh: tingkah laku

Jawapan Contoh: 1. Maksud rangkai kata kelainan tingkah laku ialah perbezaan sikap. SOALAN ANALISIS PETIKAN:

2. Berdasarkan petikan, berikan dua faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat
dalam gejala negatif. [4 markah] PANDUAN: a. Jawapan kepada soalan ini terdapat dalam petikan.

b. Jawapan kepada soalan ini juga tidak bertindih dengan isi ringkasan.
Sila rujuk petikan: (Perenggan 1) Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Kebanyakan remaja berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Namun begitu, ada juga remaja

yang kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan
ini diburukkan lagi lantaran sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya dan kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak. Skema:

(i) sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya


(ii) kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak

Jawapan Contoh: Faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat dalam gejala negatif ialah sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya. Selain itu, ibu bapa kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak

SOALAN KBKK: 3. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengisi masa lapang mereka? [4 markah] Skema: Beriadah - 2 markah Membaca - 2 markah Bermain permainan video - 0 markah (Terima juga mana-mana aktiviti yang berfaedah) Jawapan Contoh: Pada pendapat saya, antara aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengisi masa lapang remaja ialah beriadah bersama keluarga. Selain itu, remaja juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca.

Anda mungkin juga menyukai