Anda di halaman 1dari 1

Hari raya di Kelantan

Pada hari raya kali ini merupakan raya yang berbeza dari orang lain. Raya saya adalah di atas bas, kerana saya bertolak dari Johor ke Kelantan pada malam raya. Sesampai saya di Kelantan, orang ramai telah berpusu-pusu keluar dari masjid untuk menyambut hari raya. Setiba ibu bapa saya untuk mengambil saya di terminal bas, saya pulang ke rumah makcik saya untuk sembahyang raya bersendirian. Selesai sembahyang, saya terus makan bersama keluarga dan saudara-saudara saya. Sesudah makan, kami bermaafan dan bergambar bersama. Setelah selesai sesi pengambaran, saya berbual dan menziarahi rumah rakan saya yang berada di kampung tersebut. Pada petang harinya kami sekeluarga menuju ke rumah saudara sebelah bapa untuk menginap di sana pula. Ketika berada di sana, saya begitu gembira dapat berjumpa sepupu-sepupu saya. Hampir setahun kami tidak berbual kerana kesibukan masing-masing. Suasana amat-amat ceria, dan setelah selesai berbual, saya dan sepupu pergi ke rumah datuk kami untuk bermalam di sana. Ketika di Kelantan, saya banyak melakukan aktiviti bersama sepupu. Kami berkebun bersama di tanah kosong milik ayah saya. Tanah itu juga la akan kami menetap setelah ayah saya pencen kerja di Johor. Pada hari khamis minggu lepas, saya bertolak pulang dari Kelantan ke Johor. Kebiasaannya, saya akan membawa kereta dahulu dan kami akan tukar apabila tiba di Pahang. Kami tiba di Johor pada jam 2.00 pagi.

Anda mungkin juga menyukai