Anda di halaman 1dari 19

Nilaikan peranan kuasa Barat terhadap perubahan dan kesinambungan sistem ekonomi di Asia Tenggara. 1.

0 Pengenalan

Istilah Asia Tenggara digunakan secara meluas semasa Perang Dunia Kedua.Negara-negara yang terdapat di Asia Tenggara merangkumi Indonesia, Burma, Laos, Tanah Melayu, Thailand, Filipina, Singapura, Brunei dan Kemboja.1 Perkataan ekonomi pula berasal daripada gabungan kata Greek, iaitu iokos dan oikomia yang bermaksud segala tindakan yang berkaitan dengan pengedaran atau pengeluaran barangan ekonomi. Menurut J.L.Hanson dalam A Dictionary of Economics and Commerce, perkara yang berkaitan dengan ekonomi adalah mempunyai hubungan dengan perdagangan, kewangan serta faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal.2 Sebelum kedatangan Barat, sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama yang dijalankan di Asia Tenggara. Kehadiran kuasa-kuasa Barat khususnya British, Belanda, Sepanyol dan Perancis membawa perubahan kepada ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.Ekonomi sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang dikendalikan bagi mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain bagi memenuhi keperluan hidup harian seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan lain-lain. Selepas kedatangan Barat, sistem ekonomi komersial mula diperkenalkan di negaranegara di Asia Tenggara. Kegiatan ekonomi bukan sahaja melibatkan aktiviti pertanian, malahan membabitkan aktiviti-aktiviti lain seperti perdagangan, perusahaan, perlombongan dan sebagainya. Hal ini bermakna, kegiatan ekonomi komersial bukan hanya untuk memenuhi keperluan cukup hidup sahaja namun, ia diperlukan sebagai asas dalam pertukaran dan penjualan barangan. Pengenalan ekonomi komersial oleh Barat menjadikan Barat berkuasa ke atas ekonomi masyarakat tempatan. Mereka sewenang-wenangnya mengaut segala kekayaan yang terdapat di Asia Tenggara. Motif utama mereka ialah untuk membawa pulang hasil kekayaan di Asia Tenggara ke negara mereka. Mereka sangat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah untuk digunakan dalam perusahaan mereka di Barat. Oleh sebab itu, pelbagai dasar atau polisi yang diamalkan oleh Barat sepanjang mereka
1

Kobkua Suwannathat Pian. (2003). Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau . Selangor: Dawama Sdn. Bhd. hlm. 8. 2 Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. (Edisi Kedua). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 131-132.

menjajah Asia Tenggara. Faktorkonomi menjadi faktor dominan yang menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk berkuasa di Asia Tenggara seperti Sepanyol di Filipina, Perancis di Indochina, Belanda di Indonesia dan lain-lain. 2.0 Peranan Kuasa Barat Terhadap Perubahan dan Kesinambungan Sistem Ekonomi di Asia Tenggara 2.1 Indonesia Peranan kuasa barat dalam perubahan ekonomi di Indonesia dan kesinambungannyadapat dilihat di dalam beberapa aspek seperti politik, sosial, kebudayaan, sistem pentadbiran, pertanian, perdagangan dan pelaburan serta agama. Di Indonesia pada awalnya mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Sistem ekonomi sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri. Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran, hasil tersebut akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Sebahagian besar masyarakat Melayu bergantung hidup melalui kegiatan pertanian, menternak binatang, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan berdagang secara kecil-kecilan. Selepas kedatangan barat mereka telah memperkenalkan ekonomi komersial dan perdagangan antarabangsa kepada masyarakat tempatan secara besar-besaran kerana modal yang besar. Oleh itu, pengeluaran secara besarbesaran telah membolehkan kegiatan eksport dijalankan melalui perdagangan antarabangsa. Selain itu, peranan kuasa barat dalam perubahan ekonomi di Indonesia adalah dalam aspek pertanian. Belanda memperkenalkan kaedah Tanaman Paksa atau Dasar Kultur yang diperkenalkan oleh Gabenor Van Den Bosch bertujuan menambah pengeluaran kopi, gula dan getah. Belanda juga memperkenalkan dasar Liberalisme bagi menggantikan dasar Kultur. Dasar Liberalisme bertujuan menjaga kebajikan rakyat dan memperbaiki taraf hidup rakyat Indonesia. Malahan, dasar Liberalisme menggalakkan para pemodal menguasai perniagaan dan membuka ladang-ladang besar di Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan.3 Akan tetapi, dasar ini memperlihatkan pengeksploitasian perniagaan oleh para pemodal terhadap rakyat Indonesia. Seterusnya, Belanda memperkenalkan dasar Etika bagi menggantikan dasar Liberalisme. Dasar Etika lebih bersifat perikemanusiaan dan dasar ini berjaya dilaksanakan dan dapat memperluaskan sektor pertanian, perlombongan dan perusahaan.

M.C.Riclefs. (1981). A History Of Modern Indonesia. California: Stanford University Press. hlm. 326.

Kedatangan Belanda di Indonesia juga membawa perubahan dalam aspek mata wang. Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia menggunakan kaedah barter iaitu sistem pertukaran barangan keperluan. Sistem ini diamalkan secara terun temurun lagi dan mengalami sedikit perubahan apabila berlaku perdagangan melibatkan perdagangan antarabangsa yang menggunakan sesuatu nilai barangan. Selepas kedatangan Belanda, pihak Belanda telah memperkenalkan sistem mata wang euro di Indonesia bagi menggantikan sistem barter.4Sistem mata wang ini diperkenalkan oleh Belanda untuk memudahkan urusan perdagangan antarabangsa Indonesia. Sistem mata wang ini kekal sehingga kini dan mata wang yang digunakan oleh Indonesia kini adalah rupiah. Peranan kuasa barat dalam perubahan ekonomi di Indonesia juga dilihat dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia masih kurang pelabur dan pedagang yang berdagang di Indonesia. Hal ini kerana, perdagangan di Indonesia kurang mendapat tempat kerana masih menjalankan perdagangan kecil-kecilan. Selepas kedatangan Belanda, Indonesia mula didatangi pelabur-pelabur besar Eropah yang melabur di Indonesia. Belanda berjaya menarik pedagang dari Eropah untuk berdagang di Indonesia.5 Hal ini memajukan ekonomi Indonesia secara tidak langsung. Kedatangan pelabur besar menyebabkan tertubuhnya bank-bank di Indonesia seperti Bank Indonesia bagi mengawal pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menjaga pelaburan pelabur-pelabur besar Eropah.

2.2 Filipina Kemasukan kuasa Barat iaitu Sepanyol ke Filipina membawa kepada perkembangan dan perubahan dari segi ekonomi. Sebelum kedatangan kuasa Barat, Filipina menjalankan kegiatan ekonomi secara warisan iaitu turun-temurun kerana masyarakatnya adalah primitif.6 Hal ini bermaksud, tanah di Filipina bukan hak milik perseorangan tetapi adalah hak milik masyarakat. Setiap individu diberi petak-petak tanah yang diusahakan dan mereka bertanggungjawab menjaga tanaman yang ditanam sehingga dapat mengeluarkan hasil. Oleh itu, setiap barangay akan mengeluarkan bahan makanan yang sekadar cukup untuk keperluan sendiri. Tanaman padi merupakan tanaman utama. Di
4 5

Ibid. hlm. 328. D.G.E Hall. (1984). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 291.

Harrison, Brian. (1996). Asia Tenggara Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 151.

samping itu, mereka juga menjalankan kegiatan ekonomi di rumah seperti membuat antinganting, bertenun dan mencelup kain.7 Selepas kedatangan Sepanyol, Filipina diperkenalkan dengan sistem

ecomienda.8Ecomienda bermaksud sebuah kawasan atau daerah yang termasuk dengan penduduk serta hasilnya yang telah dianugerahkan oleh Raja Sepanyol kepada conquistadore dan penjajah-penjajah Sepanyol. Ianya adalah sebagai hadiah atas perkhidmatan mereka kepada kerajaan Sepanyol kerana berjaya menakluki kawasan takluknya.9 Terdapat dua jenis ecomienda iaitu yang dimiliki raja dan orang persendirian. Ecomienda yang pertama diberikan kepada Legazpi di Cebu pada tahun 1571. Dengan pengenalan sistem ecomiendasecara tidak langsung telah mengubah pemilikan tanah kepada orang Sepanyol iaitu penjajah atau juga lebih dikenali sebagai ecomendaro. Tujuannya adalah untuk mengambil jalan tengah di antara menjaga hak-hak orang Filipina dan dalam masa yang sama menentukan keuntungan kepada orang Sepanyol. Ecomendaro berhak mengutip ufti atau cukai daripada orang Filipina yang tinggal di kawasannya.10 Kewujudan perdagangan dunia menyebabkan Filipina mengalami kemajuan dalam pertanian, perdagangan dan perusahaan sehingga menaikkan taraf hidup masyarakat Filipina. Namun, tidak semua masyarakat Filipina merasai kenikmatan dalam kemajuan taraf hidup kerana hanya golongan bangsawan sahaja yang dapat menikmati kemajuan tersebut. Golongan petani serta rakyat biasa ditindas dan mereka dikerah untuk mengerjakan tanah-tanah di setiap ecomienda.11Peranan Sepanyol terhadap perubahan ekonomi di Filipina adalah apabila Sepanyol memperkenalkan sistem tanaman baru dari Amerika iaitu tanaman keledek. Tanaman lain juga diusahakan seperti tebu, kopi dan tembakau. Tanaman tersebut telah menjadi tanaman utama eksport. Di samping itu, pertumbuhan pengeluaran tebu berlaku dengan pesat selepas pembukaan Manila kepada pelabuhan entrepot bagi kawasan Timur Jauh. Hal ini demikian kerana, peranan Manila

D.W., Fryer. (1986). Asia Tenggara yang Sedang Membangun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 183. 8 Menurut G.F., Zaide. (1972), sistem ecomienda bermula di negeri Sepanyol Baharu pada tahun 1536 dan telah digunakan diseluruh Kepulauan Hindia. Orang yang memiliki ecomienda dinamakan ecomendaro. Dr. Wilhelm Roscher dalam penulisan Gregorio F. Zaide menyatakan hak memiliki sebuah ecomienda dianugerahkan dari semasa ke semasa untuk selama dua keturunan kecuali di negeri Sepanyol Baharu. Zaide, Gregoria F. (1972). Sejarah Politik danKebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 247. 9 Harrison, Brian. (1996). Asia Tenggara Satu Sejarah Ringkas. hlm. 151. 10 G.F.,Zaide.(1972). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina.hlm. 248. 11 Ibid. hlm. 254.

adalah sebagai orang tengah antara negara China dan tanah jajahan Sepanyol di Amerika.12 Peningkatan pertumbuhan tanaman tebu dapat dilihat apabila wujud banyak kebun tebu di Panay dan kepulauan Negros pada tahun 1840. Keamanan dan keuntungan yang dilihat di Manila juga telah menarik ramai pedagang terutama dari China untuk terus berdagang di sana. Perkembangan dalam sektor pertanian ini telah membawa kepada penurunan teknologi Barat ke Filipina. Akibat daripada perkembangan tersebut, Sepanyol telah menubuhkan bankbank di Filipina, antaranya, Bank Banco Espanol-Filipino.13 Seterusnya, penjajahan Sepanyol ke atas Filipina juga telah menyebabkan negara tersebut diperkenalkan dengan sistem ufti atau cukai (tributo) dari zaman Legazpi sehingga tahun 1884.14 Pada mulanya, kadar cukai yang dikenakan hanyalah lapan reale bagi setiap keluarga. Cukai tersebut boleh dibayar dengan wang tunai atau dibayar dengan bentuk barangan yang berharga sepadan dengan nilainya. Pada tahun 1602 sehingga tahun 1851, kadar cukai telah dinaikkan masing-masing sepuluh reale dan seterusnya menjadi dua belas reale.15 Cukai yang tinggi juga dikenakan ke atas barang-barang keperluan hidup seperti beras, gula, garam, tepung dan lain-lain. Namun demikian, bagi barangan mewah, cukainya agak rendah. Hal ini telah menyebabkan golongan miskin telah ditindas melalui cukai-cukai pemerasan ini. Penduduk terpaksa membayar cukai terhadap perbelanjaan pentadbiran pegawai Sepanyol seperti perbelanjaan untuk kempen-kempen melawan orangorang Moro.16 Perubahan dan kesinambungan ekonomi di Asia Tenggara yang dibawa oleh Barat terutamanya Sepanyol di Filipina telah membawa kepada perubahan yang mendalam dari segi ekonominya apabila Sepanyol memperkenalkan sistem perhubungan dan infrastruktur. Di Filipina, pembinaan jalan kereta api oleh Sepanyol di Manila telah mengubah prestasi ekonomi negara tersebut. Hal ini demikian kerana, dengan pembinaan jalan kereta api tersebut, jarak perjalanan antara negara Sepanyol dan Filipina lebih dekat. Hal ini dikatakan demikian kerana, Terusan Suez yang dibuka pada 17 November 1869 oleh seorang Perancis, Ferdinand de Lesseps yang menyambungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean, dari Eropah ke Timur telah memendekkan jarak perjalanan antara negara

12 13

Harrison, Brian. (1996). Asia Tenggara Satu Sejarah Ringkas. hlm. 152. G.F., Zaide. (1972). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina. hlm. 94. 14 Ibid. hlm. 250. 15 Ibid. hlm. 251. 16 Ibid. hlm. 251.

Barat dengan negara di Asia.17 Hal ini menyebabkan ramai orang Sepanyol datang ke Filipina kerana kemudahan pengembaraan dan perhubungan selain daripada untuk mengaut keuntungan ekonomi di negara tersebut. Selain itu, sistem telegraf juga di perkenalkan pada tahun 1873. Hal ini bertujuan untuk memudahkan lagi sistem ekonomi yang dijalankan di Filipina oleh Sepanyol berjalan dengan lancar. Perkhidmatan ini telah diperkenalkan oleh Sepanyol sejak tahun 1767 lagi.18Oleh hal yang demikian, kemajuan ini telah merubah kedudukan ekonomi dan menaikkan sistem ekonomi di Filipina. Dengan itu, jelaslah, peranan kuasa Barat terutama Sepanyol di Filipina telah membawa kepada perubahan dan kesinambungan sistem ekonomi di Filipina. Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai perubahan yang dibuat oleh Sepanyol di Filipina sedikit sebanyak telah merubah gaya ekonomi di Filipina dari segi pertanian, perdagangan, cara hidup masyarakat serta infrastruktur dan perhubungan di Filipina.

2.3 Thailand Negara Thailand lebih dikenali sebagai Siam yang dianggap sebagai sebuah negara yang statis kerana sistem politik dan pentadbirannya diwarisi daripada Sukhotai dan Ayuthiya.19 Kemudian, negara Thailand diperintah oleh Taksin dan dinasti Chakri sekitar abad ke 18. Sebelum kedatangan barat, negara Thailand menjalankan ekonomi bercorak tradisional sebagai memenuhi keperluan asas. Thailand menjalankan aktiviti penanaman padi di kawasan yang subur iaitu di Dataran Bangkok atau Lembah Menam Chao Phraya. Di negara Thai, kawasan pertanian dikenali sebagai tamrai iaitu pertanian pindah. Oleh kerana penduduk Thai pada masa tersebut tidak dapat ditentukan dengan bilangan yang tepat, dianggarkan penempatan berselerak berlaku di seluruh negara. Penempatan tersebut hanya mengerjakan pertanian sara diri. Sistem pertanian yang dijalankan juga adalah secara kecilkecilan yang lebih dikenali sebagai pertanian pindah. Ia diamalkan secara nomad di kawasan pedalaman dan kawasan berbukit. Terdapat juga hasil tanaman lain seperti kapas, tembakau, sutera, tebu dan buah-buahan.20

17

Koen Auwjong, Peng dan Sugiantoro, R.B. (2008). Perang Eropa Jilid l. Jakarta: Penerbit Buku Kompas Amazon. hlm. 177. 18 Ibid. hlm. 70. 19 Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 8. 20 Ibid. hlm. 13.

Bagaimanapun, kemunculan kuasa Barat telah mengubah sedikit sebanyak sistem ekonomi yang wujud di Thailand pada masa tersebut. Perubahan yang berlaku adalah tanpa sebarang penjajahan daripada pihak Barat. Pihak Barat bersama negara Thailand telah menandatangani perjanjian-perjanjian yang melibatkan faktor ekonomi antaranya ialah Perjanjian Burney 1826 ditandatangani oleh Raja Rama III bersama Kapten Henry Burney. Kemudian, Perjanjian Bowring 1855 pula ditandatangani antara Raja Mongkut bersama Sir John Bowring. Perjanjian-perjanjian ini yang membawa kepada buka pintu yang memberikan hak wilayah asingan kepada British.21 Thailand turut mengambil peluang berbaik-baik dengan kuasa Barat bagi memastikan pembaharuan dalam sistem ekonominya dapat dilaksanakan. Selepas era kedatangan Barat ini, sistem ekonomi Thailand telah berubah menjadi dwiekonomi iaitu ekonomi komersial dan ekonomi sara diri digabungkan.
22

hal ini kerana

dwiekonomi merupakan satu kegiatan ekonomi yang berorientasikan pasaran atau eksport dan juga berbentuk sara diri. Perkembangan pesat sektor pertanian, perlombongan dan perdagangan sepanjang abad ke 19, menjadikan Thailand sebahagian daripada pembekal bahan mentah utama bagi industri di negara-negara Barat.23 Ketika pemerintahan Rama III, sedikit pembaharuan telah dilakukan iaitu memperkenalkan sistem cukai baru. Cukai perjudian, cukai keatas enam jenis barang yang dilarang, cukai loteri, cukai lada, cukai daging dan ikan kering, cukai tembakau dan banyak lagi.24 Pengutipan cukai tersebut adalah untuk menampung pembayaran cukai ke dalam bentuk matawang tunai yang mampu mengurangkan beban kerajaan.25 Tambahan, hal ini telah menukarkan sistem ekonomi barter kepada sistem ekonomi wang tunai secara perlahan-lahan. Ekonomi di Thailand telah banyak mengalami perubahan apabila Perjanjian Bowring 1855 ditandatangani oleh Rama IV iaitu Raja Mongkut. Hal ini kerana Thailand telah membuka pelabuhannya menjadi ekonomi bebas atau leissez faire.26 Sistem percukaian turut dikurangkan kepada 3 %, membenarkan import candu tanpa cukai dan orang-orang British juga dibenarkan memiliki tanah di Bangkok.27 Mongkut telah membuka pintu kepada
21

Abdullah Zakaria Ghazali et. al.( 2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963 (Edisi Kedua). Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 189. 22 D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm. 567. 23 Ibid. hlm.568. 24 Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 149. 25 Ibid.150. 26 Ibid. 176. 27 D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara.hlm. 817.

pengaruh-pengaruh Eropah dengan memberikan pengakuan diplomatik yang penuh kepada semua negara Barat. Ketika pemerintahan Mongkut, beras telah menjadi bahan perniagaan yang diperlukan untuk dieksport. Tambahan lagi, terusan juga dibina untuk memudahkan aktiviti penanaman padi. Pada masa tersebut, Thailand telah mengesport padi ke negara-negara luar. Beras telah menjadi bahan eksport utama di negara Thai di mana padi banyak diusahakan di Delta Menam Chao Phraya, Dataran Tengan dan Korat.28 Thailand telah mengurangkan cukai tanah sawah dan meninggikan harga beras di pasaran negeri. Hal ini dilaksanakan untuk menggalakkan penanaman padi dengan lebih banyak.29 Mongkut juga telah membina kilang duit pada tahun 1860 untuk membantu perkembangan perniagaan yang berjalan di Thailand.30 Selain itu, Thailand juga mengeksport kayu jati ke negara Barat sebanyak juta Bath dalam masa setahun. Manakala, British juga telah memperkenalkan beberapa teknologi baru untuk perlombongan iaitu penggunaan kapal korek. Penggunaan kapal korek dan cara hidraul ini secara keseluruhannya milik syarikat-syarikat Eropah untuk menjalankan perlombongan di Siam. Hal ini kerana, Thailand juga merupakan salah sebuah negara pembekal bijih timah di Eropah.31 Mereka turut melaburkan modal yang besar untuk perlombongan bijih timah. Pelabur Cina juga telah menggunakan teknologi pam rantai atau chia-chia dalam sektor perlombongan di negara tersebut. Perlombongan dijalankan di Ranong dan Pulau Phuket. Selain itu, landasan keretapi juga dibina sepanjang 70 batu di utara Bangkok.32 Jalan keretapi dibina atas kesedaran Chulalongkorn kerana menyedari bahawa Thailand tidak mempunyai sebarang jalan untuk mengangkut bahan mentah apabila tiba musim hujan. Akhirnya, Chulalongkorn menubuhkan Jabatan Keretapi Diraja 1892 di bawah kontraktor Inggeris. Langsungan itu, Chulalongkorn juga turut membuat pemulihan infrastruktur dengan memulih pos, telekom, media massa agar Siam dapat menjadi setanding dengan pihak Barat.33 Disamping itu, perusahaan tebu turut dijalankan oleh masyarakat Thailand. Makhon Chaisi, Bangplasoi, Paedriu dan Bangplakong merupakan wilayah penanaman tebu di daerah
28 29

Ibid.hlm.818. Kobkua Suwannathta-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. hlm. 177. 30 Ibid. 178. 31 Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963 (Edisi Kedua). hlm. 323. 32 D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm. 826. 33 Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. hlm. 202.

Siam. Lebihan gula yang dihasilkan dieksport ke negara China, India dan Eropah. Sambutan yang memberangsangkan diterima daripada Amerika Syarikat. Tambahan, terdapat beberapa buah firma asing yang mula masuk ke Thailand menjelang tahun 1860 dan membuka ladang di sekitar Bangkok, Cholburi dan di Nakhon Pathom. Mereka juga turut mengusahakan aktiviti ekonomi lain untuk dikomersialkan. Antaranya ialah lada hitam dan tembakau. Hal ini kerana Thailand merupakan antara pengeksport lada hitam di seluruh Indo-China. Perladangan lada hitam diusahakan di Chantaburi dan Tangyai.

2.4 Burma Bermula pada tahun 1824 hingga tahun 1886, dan selepas tiga kali berperang (atau diserang), Burma terpaksa akur kepada imperialisme British dan pada 1 Januari 1886 dengan rasminya seluruh Burma diisytiharkan sebagai sebahagian empayar British-India.34 Penaklukan Burma oleh British menamatkan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Semasa di bawah penjajahan British, Burma mengalami perubahan dari pelbagai aspek khasnya aspek ekonomi yang bertukar kepada ekonomi komersial. Hal ini kerana, sebelum kedatangan kuasa Barat iaitu British, Burma mengamalkan ekonomi yang berbentuk sara diri. Kegiatan yang dijalankan meliputi aktiviti pertanian yang merangkumi pelbagai jenis tanaman, aktiviti perlombongan dan juga perhutanan. Di Burma, aktiviti pertanian merupakan nadi ekonomi negara dan petani di desa menjadi asas masyarakat semasa. Antara tanaman yang diusahakan ialah padi, sekoi, sayursayuran, tembakau, jagung, dan kapas. Padi menjadi tanaman utama kerana beras merupakan makanan ruji bagi masyarakat Burma. Aktiviti sara diri juga telah membekalkan keperluan penduduk Burma secukupnya dan Burma tidak memerlukan bantuan dari luar. Atas sebab inilah yang mendorong beras dari hilir Burma dihantar ke hulu Burma bagi mengekalkan pembekalan beras sentiasa mencukupi dan murah. Jadi, bagi menjamin keperluan ini mencukupi raja-raja Burma mengharamkan beras dieksport ke luar negara. Selepas kedatangan kuasa Barat, British telah memainkan peranan dalam memajukan sektor pertanian di Burma. Sektor pertanian khususnya tanaman padi menguasai lebih 70 peratus tanah pertanian dan menjadi hasil utama yang menyumbang kepada kemakmuran ekonomi penjajah. Antara kawasan penting yang menghasilkan padi ialah Burma Hulu, Zon
34

Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 199.

Kering, Prome dan Tougoo di Lembah Sittang, Arakan, Tenasserim dan delta Irrawaddy. Pertumbuhan industri padi di delta Irrawaddy sejak tahun 1852 memang mengagumkan.35 Hal ini kerana, pada tahun 188, terdapat 700 000 ekar tanah sawah dan keluasan ini meningkat kepada enam juta ekar pada tahun 1906. Peranan kerajaan dalam memajukan sektor pertanian ini ialah dengan membina sistem pengairan seperti meluruskan sungai, membesarkan empangan, terusan dan tangki air untuk pertanian. British juga telah membina jalan raya dan jalan kereta api yang membantu menguntungkan penanaman padi. Pembinaan landasan kereta api bermula pada tahun 1870-an. Namun, pertumbuhan industri padi di Burma banyak bergantung pada modal swasta (kapitalis asing dan tempatan), para petani tempatan dan buruh tempatan serta buruh India. Selain itu, Syarikat Irrawady Flotilla turut memberi khidmat mengangkut padi dan barangan lain dengan lebih murah dan cekap tetapi masih memberi keuntungan yang besar. Di Shan pula, pentadbiran penjajah memperkenalkan tanaman baharu seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai dengan iklim sederhana, dan menjadikan negeri Shan pembekal utama hasil pertanian seperti kubis kepada Myanmar pusat.36 Selain itu, migrasi penduduk turut menyebabkan berkembangnya pertanian padi. Migrasi ini juga disebabkan oleh galakan British. Penduduk Burma dari serata tempat seperti Arakan, Tenasserim dan Burma Hulu serta imigran dari India melakukan penghijrahan ke kawasan delta untuk meneroka tanah baharu. Tambahan pula, kawasan delta mempunyai penduduk yang sedikit. Di Arakan pula, tanah seluas 931 000 ekar ditanam padi ekoran pertambahan jumlah penduduk pada tahun 1870-an. Kebergantungan ekonomi penjajah terhadap pertanian padi menyebabkan Burma pada tahun 1931 mempunyai 6.6 juta pekerja yang mana 66 peratus daripadanya terlibat dalam sektor pertanian. Buktinya, sehingga tahun 1941, pertanian di Burma menyumbang lebih daripada 50 peratus hasil eksport yang mana sebahagian besar daripadanya ialah padi, kacang, kapas, kacang tanah, buah-buahan dan sayur, getah serta kulit haiwan. Burma juga berperanan memenuhi keperluan beras untuk India dan Negeri-negeri Selat di samping menjadi pasaran barangan industri dari India dan Britain. Seterusnya, peranan British juga dapat dilihat dari aspek perlombongan. Sumber galian seperti minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja Burma lagi.
35

Adas, Michael. (1974). The Burma Delta: Economic Development and Social Change on an Asian Rice Frontier, 1852-1941. Madison: University of Wisconsin Pree. hlm. 3. 36 Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. hlm. 268.

10

Telaga-telaga minyak banyak dihasilkan di Yenangyaung dan Chauk. Minyak yang dihasilkan di Yenangyaung dijual terus kepada pengedar setelah diangkut ke jeti di tebing Sungai Irrawaddy. Terdapat sebuah syarikat British yang menjadi wakil membeli minyak untuk dijual ke London bagi dijadikan minyak pelincir. Minyak dari Yenangyaung ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti dijadikan bahan bakar, untuk pembinaan rumah dan sebagai ubat penyakit kulit. Minyak pelincir untuk pembinaan rumah bertujuan mengelakkan serangan anai-anai. Selain itu, pengeluaran minyak di kawasan ini juga dimonopoli oleh syarikat-syarikat Eropah iaitu Burmah Oil, British Burma Petroleum dan Burma Shell. Burmah Oil Company ditubuhkan oleh British pada tahun 1886 di Rangoon apabila melihat potensi Yenangyaung yang mempunyai hasil minyak yang banyak. Selain itu, Burman Corporation pula menguasai bidang perlombongan di Bawdwin yang terletak berhampiran Lashio yang merupakan antara pengeluar terbesar plumbum dan perak di dunia, di samping kuprum, nikel, emas dan tembaga.37 Syarikat-syarikat yang lebih kecil pula mengusahakan lombong antimoni di Tavoy dan Mergui. Pada waktu ini orang yang memonopoli sektor perlombongan adalah orang British. Hal ini kerana, orang British yang menubuhkan syarikat perlombongan dan orang India juga ada yang bekerja dalam syarikat ini serta ada yang bekerja di lombong-lombong sebagai kuli. Antara syarikat perlombongan British yang ditubuhkan selepas 1900 ialah Indo-Burma Petroleum Compony, British Burma Petroleum Company dan Nath Singh Oil Company. Peranan British dalam memajukan ekonomi Burma juga dapat dilihat dalam sektor pembalakan. Kayu jati merupakan salah satu penggerak penjajahan British di Burma dari segi ekonomi. Kayu jati diperlukan untuk pembinaan kapal serta binaan malah ia merupakan sumber hasil bumi yang paling dihargai oleh masyarakat Burma kerana nilai komersialnya yang lebih tinggi berbanding beras yang tidak boleh dieksport akibat polisi kerajaan Burma. Kayu jati Burma juga mendapat permintan yang tinggi di luar negara kerana mutunya yang tinggi dan harganya yang murah. Perusahaan kayu jati Burma kemudiannya telah berkembang apabila perusahaan tersebut diambil alih oleh firma-firma British. Antara tahun 1830 dan 1852, lebih daripada 100 buah kapal dengan jumlah 30 000 tan kayu jati diambil di Burma khususnya di Moulmein. Kayu jati banyak terdapat di kawasan Tenasserim dan menjelang 1830-an, perusahaan kayu jati berkembang sehingga menjadi sumber kekayaan yang paling utama di daerah ini.
37

Ibid. hlm. 256.

11

Pada tahun 1941, Burma telah megeluarkan kira-kira eksport kayu jati dunia iaitu sebanyak 400 000 tan. Hakikatnya hasil pendapatan daripada jualan kayu jati Burma ini merupakan hak milik British setelah dieksploitasi sepenuhnya oleh mereka. Namun, keadaan ini telah membawa kepada perkembangan perusahaan mengilang papan dan membina kapal yang telah dipergiatkan lagi selepas 1847 apabila Jabatan Laksamana British ditubuhkan dan mengawal aktiviti pembalakan kayu jati. Namun menjelang tahun 1850-an, banyak hutan telah musnah dan British telah menubuhkan Jabatan Perhutanan pada 1856 untuk merangka satu kaedah bagi pengawalan aktiviti pembalakan. Sektor ekonomi yang diusahakan oleh British ini membawa kesinambungan kepada Burma pada abad-abad seterusnya di mana sektor ekonomi yang diperkenalkan dimajukan dan membawa keuntungan yang lebih besar. Malah, kawasan-kawasan di Burma juga berubah wajah. Buktinya, Yangon yang mempunyai hubungan perdagangan dengan India menjadi pintu utama kegiatan eksport dan import Myanmar. Dari segi eksport, India menjadi pembeli utama barangan seperti hasil perikanan, padi, getah dan kayu jati. Manakala, dari segi import, India membekalkan hasil susu, tepung, sayuran, tekstil dan pelbagai jenis logam. Selain itu, Yangon yang mempunyai terlalu ramai orang India yang terdiri daripada buruh, peminjam wang, pengusaha, kontraktor dan individu yang mengambil kesempatan dalam spekulasi tanah menyebabkan Yangon bertukar wajah lebih mirip kepada sebuah di India. Malah, menurut seorang penulis Myanmar, sesorang yang ingin menggunakan pengangkutan awam di Yangon mesti mempunyai sedikit kebolehan berbahasa Tamil. Jadi, kedatangan

kuasa Barat ke Burma sememangnya telah membawa perubahan kepada sistem ekonomi di Burma.

2.6

Indochina (Vietnam,Kemboja, dan Laos)

Kemasukan Perancis ke Indochina telah mengubah sistem ekonomi di Vietnam, Kemboja, dan Laos. Sistem ekonomi di negara-negara Indochina sebelum kedatangan Perancis adalah bercorak sara diri. Selepas kedatangan Perancis sistem ekonomi di Indochina beralih kepada ekonomi bersifat komersial.Vietnam dikuasai sepenuhnya Perancis pada tahun 1885. Vietnam mula mengalami perubahan ekonominya apabila angkatan tentera laut Perancis menguasai sebahagian Cochin-China dan Bandar Saigon antara tahun 1859 hingga 1886. Penguasaan ini banyak memberi kepentingan ekonomi kepada Perancis dari segi
12

bahan-bahan perdagangan seperti kapas, sutera, gula, beras dan kayu kayan. Hal ini demikian kerana, kedudukan Vietnam yang berhampiran dengan pintu masuk China dan mudah untuk mendapatkan bahan mentah dan mendapat pasaran yang baik bagi Perancis.38 Kepentingan-kepentingan Perancis telah meresap hampir kesemua sektor-sektor ekonomi Vietnam. Antaranya ialahpertanian, perlombongan logam dan industri getah. Kesan daripada pemerintahan Perancis ke atas ekonomi Vietnam tidak mengubah corak pertanian. Contohnya, di Vietnam semasa pendudukan Perancis golongan petani masih merupakan 85 hingga 90 peratus daripada jumlah penduduknya. Di Tonkin dan Annam walaupun terdapat perubahan dari segi ekonomi yang dibawa Perancis, penduduknya masih mengusahakan tanah mereka sendiri. Di Chochinchina terdapat tanah berlebihan, projek-projek menebus guna semula tanah yang besar-besaran dijalankan. Tanah-tanah ini ditumpukan kepada estet yang besar yang dikhaskan untuk pengeluaran padi. Walau bagaimanapun, nasib petani sangat menyedihkan di Tonkin, Annam dan Chochinchina. Cukai yang tinggi merupakan faktor yang menyebabkan tuan-tuan punya terpaksa menjual atau menggadaikan tanah mereka. Di samping, pinjaman wang dengan kadar bunga yang tinggi menghasilkan satu sistem edaran perhutangan luar bandar. Perubahan monopoli kerajaan ke atas pembelian dan pengagihan arak, candu dan garam menyebabkan ramai penduduk kampung kehilangan pekerjaan sampingan mereka.39 Perancis telah memperkenalkan teknologi moden dalam pertanian dan perlombongan. Pelbagai teknologi baru telah diperkenalkan dan digunapakai untuk memaksimumkan hasil pengeluaran pertanian dan perlombongan. Hal ini membolehkan kerja-kerja ini dilakukan dengan cekap dan lebih menguntungkan. Oleh itu, Perancis juga telah membawa masuk buruh-buruh luar untuk berkerja di ladang atau lombong. Orang-orang Cina telah diambil bekerja dalam bidang perusahaan getah dan perlombongan. Mereka telah menggunakan kaedah tertentu dalam bidang perlombongan untuk mendapatkan hasil yang banyak. Antaranya, mereka menggunakan pam chia-chia yang digerakkan oleh roda air. Malah, orang Cina juga menggunakan perlombongan Hidraul dan kapal korek.40

38

Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. hlm. 87. 39 G.M.Kahim. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Percetakan Adabi Sdn. Bhd. hlm. 496-497. 40 Abu Talib Ahmad. (1990). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. hlm. 88.

13

Selain itu, Perancis berperanan untuk memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan jalanraya, jalan kereta api dan telegraf. Kemudahan jalan raya dan kereta api memudahkan penghantaran bahan mentah dari ladang dan lombong untuk dibawa ke kilang. Ia juga dapat memudahkan penghantaran ke pelabuhan untuk dieksport. Bagi memastikan rancangan ekonomi di Indochina berjalan lancar, rangkaian jalan pengangkutan darat dibina pada 1881 di Cochin China dan Thonkin pada 1890. Namun, mulai 1895 pembinaan jalan kereta api dibina bertujuan mengangkut hasil ke pelabuhan utama. Malah, perhubungan seperti telegraf dan pos juga memudahkan urusan perdagangan antarabangsa dengan lebih pantas.41 Di Laos dan Kemboja, terdapat pelbagai faktor yang mendorong Perancis untuk meluaskan kekuasaannya. Kemboja merupakan negara yang mengamalkan sistem pewarisan takhta atau sistem monarki. Pada sekitar abad ke 19, Kemboja diperintah oleh Raja Norodom iaitu anak kepada Ang Duong yang pernah menjalinkan hubungan yang baik dengan Perancis. Kemboja dianggap batu loncatan oleh Perancis untuk menyekat pengaruh dan ancaman British serta Siam ke atas penduduk Perancis di Vietnam. Perancis juga mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi hasil ekonomi Kemboja sebagai tanah jajahannya. Antara faktor dan sebab Perancis mula memasuki Laos dan Kemboja ialah untuk mencari jalan perdagangan baru. Perancis pada masa itu ingin mendapatkan Sungai Mekong untuk dijadikan sebagai jalan perdagangan yang sesuai untuk menyambungkan Saigon dengan Yunnan di China.42 Sungai Mekong membentuk sebahagian besar dari sempadan dengan Thailand, rangkaian pergunungan dari Banjaran Annam membentuk sebahagian besar sempadan di bahagian timur Laos dengan Vietnam. Laos terletak di tepi Sungai Mekong (kecuali Xieng Khouang, Savavane dan Attopeu). Pada ketika itu, kebanyakan hasil bumi dan aktiviti perikanan adalah tertumpu di Sungai Mekong. Selepas kedatangan Perancis, pemodal-pemodal Perancis telah membuka lombong bagi mengeksploitasi sumber ekonomi secara besar-besaran. Kemunculan sekumpulan ahli parlimen Perancis yang dikenali sebagai kumpulan kolonial menyebabkan urusan pentadbiran tanah jajahan mula dipindahkan kepada pihak awam. Sebelum kedatanganPerancis, pemilikan tanah merupakan sesuatu yang asing kerana harta tanah merupakan milik bersama

41 42

Ibid. hlm. 87. Stuart-Fox, Martin. (1997). A History of Laos. United Kingdom: The Press Syndicate Of The University Of Cambridge. hlm. 116.

14

dan mereka menjalankan aktiviti tersebut di atas tanah milik bersama.43Tanah jajahan contohnya di Kemboja diperolehi kerana kepentingan saudagar dan pengusaha. Ini kerana para pengusaha Perancis telah bergiat mengeksploitasi sumber alam dan tenaga manusia dengan pembukaan kawasan pertanian dan perlombongan. Pembinaaan terusan dan saliran air oleh Perancis telah menyebabkan munculnya banyak petempatan baru yang melibatkan pengusaha pertanian padi dan jagung khususnya di daerah Delta Mekong.44 Sebelum ini aktiviti perikanan di Sungai Mekong disewakan oleh raja kepada mereka yang kaya terutamanya orang Cina yang kemudiannya menyewakannya kepada orang lain. Sejak tahun 1884, pentadbiran Perancis mengenakan kawalan ke atas aktiviti pemajakan. Sistem bayaran pendahuluan bagi kegunaan bersama telah diperkenalkan dan dalam tahun 1890 diadakan perkhidmatan perhutanan.45 Walau bagaimanapun, eksploitasi ekonomi oleh Perancis tidak menyebabkan banyak gangguan terhadap kehidupan sosial dan ekonomi rakyat Kemboja yang majoritinya adalah penanam padi. Sungai Mekong adalah kawasan sumber makanan dan buruh yang mampu mengeluarkan bekalan makanan yang banyak seperti beras yang menjadi eksport utama di Tanah Besar. Perancis memperkenalkan sistem ekonomi yang jauh berlainan daripada yang diamalkan oleh penduduk di Kemboja dan Laos. Mereka membawa satu konsep perekonomian yang baru dalam pelbagai bidang sama ada perbankan, pertanian, kerahan tenaga, monopoli dan sebagainya. Ekonomi komersial ini bermakna kegiatan ekonomi yang bukan hanya tertumpu kepada keperluan hidup semata-mata tetapi sebagai asas dalam pertukaran atau perjualan barangan.46 Kemboja dan Laos juga merupakan negara yang kaya dengan kapas, sutera, gula dan juga hasil kayuan. Bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan infrastuktur, buruh-buruh dari China dan India dibawa masuk untuk membina jalan keretapi dan juga sekolah. Perancis juga memperkenalkan cara saintifik dalam bidang pertanian. Langkah yang diambil oleh Perancis adalah mengairi kawasan selatan dan barat sungai Bassac atau dikenali sebagai Trans-Bassac untuk tujuan penanaman padi. Ekoran itu, berlaku perkembangan
43

Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. hlm. 133. 44 Wan Abdul Rahman Latif. (2001). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 304. 45 Devillers, Philippe. (1988). Sejarah Indo-China Moden, Perkembangan sosiopolitik hingga abad ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 34. 46 Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. hlm. 141.

15

ketara dalam perusahaan beras di Kemboja dan Laos di mana negara Indochina ini menjadi pengeksport beras terbesar di dunia dengan menyediakan 40% dari jumlah bekalan beras dunia. Hal ini juga dipengaruhi dengan faktor hilir yang mempunyai potensi sebagai kawasan penanaman padi disebabkan faktor tanahnya yang sesuai dan bekalan air yang banyak. Tambahan pula, tanaman padi berkembang disebabkan oleh pemerintahan Perancis yang memberi galakan seperti jaminan keselamatan kepada petani, menyediakan pasaran luar untuk hasil keluaran mereka, dan menetapkan syarat mudah bagi mendapatkan pinjaman. Selain itu, terdapatnya kemudahan pengangkutan moden bagi mengangkut hasil pengeluaran. Tanaman getah turut diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah kewangan Perancis di mana getah jenis Hervear Brasiliensis diperkenalkan oleh Raoul di Saigon. Pada 1897, sebanyak 2000 anak benih pokok getah ditanam di Taman Botanical. Lada hitam juga ditanam di Kemboja namun, atas galakan penurunan takrif import Perancis pada 1819 sehingga 1892 menyebabkan Perancis membuka pasaran ini di tempatnya kerana lada hitam menjadi keperluan utama masyarakat Eropah. Terdapat beberapa lagi faktor lain yang mempengaruhi sistem ekonomi kormersial dalam aspek pertanian kerana berlakunya pertambahan permintaan di pasaran Eropah dan di Asia Tenggara, pertambahan penduduk, pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 dan penggunaan jalan air untuk mengeksport beras menggunakan kapal wap. Manakala aktiviti perdagangan berkembang semakin pesat dengan adanya kuasa barat yang datang untuk berdagang dalam bentuk perdagangan persendirian dan berkumpulan yang kemudiannya menjadi fenomena baru yang menjadi punca ekonomi mayarakat di Kemboja.47Buruh-buruh bergaji juga muncul yang kemudiannya diperlukan dalam jumlah kuantiti yang besar. Memandangkan terdapatnya tenaga buruh dan bekalan makanan yang lebih murah di Kemboja terutamanya, maka kadar pertumbuhan kawasan penanaman padi adalah lebih pesat dan meningkatkan kadar perdagangan yang diperlukan. Ekonomi tempatan dikuasai oleh pergabungan pelabur-pelabur persendirian Perancis dan Bank of Indochina yang muncul menjadi pusat politik dan kewangan di seluruh Indochina.48 Bank Indochina menjadi alat untuk menyalurkan modal daripada Perancis ke tanah jajahan dan mengarahkan kepada pelaburan-pelaburan yang mendatangkan kadar keuntungan yang tinggi. Kepentingan-kepentingan Perancis meresap ke semua sektor-sektor ekonomi dan mempunyai kuasa mutlak ke atas perlombongan logam, industri getah, dan
47 48

Ibid. hlm. 145. G. M. Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. hlm. 498.

16

perubatan.49 Maka jelaslah, ekonomi di Indochina mengalami perubahan daripada sistem ekonomi yang bersifat sara diri kepada sistem ekonomi komersial.

3.0 Kesimpulan Sebagaikesimpulannya, kedatangan kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, Sepanyol, British, dan Belanda ke negara-negara di Asia Tenggara sedikit sebanyak telah mengubah sistem ekonomi negara-negara yang terlibat. Perubahan yang dibawa kuasa penjajah ada sedikit sebanyak membawa manfaat dan kebaikan kepada negara jajahan. Namun dalam masa yang sama membawa kedatangannya membawa keburukan kepada negara yang dijajah. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada keuntungan tanah jajahan dikaut rakus oleh negara Barat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara telah membawa implikasi negatif terhadap sistem ekonomi tradisi. Walau bagaimanapun, kedatangan kuasa-kuasa barat memainkan peranan yang penting dalam memajukan negaranegara di Asia Tenggara dari segi pembangunan sosial dan ekonomi terutamanya dalam pengaliran modal yang banyak, perpindahan teknologi serta sistem perhubungan. Selepas era penjajahan,negara-negara Asia Tenggara masih mengekalkan polisi yang menjadikan pertanian sebagai kepentingan. Elemen komersilisasi yang sedia ada masih diteruskan dan menjadikan sektor pertanian yang dijalankan secara besar-besaran. Sehingga ke hari ini Asia Tenggara masih menjadi pengeluar hasil pertanian tropika dunia.

49

Ibid.hlm. 498.

17

Bibliografi Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Talib Ahmad (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd. Adas, Michael(1974). The Burma delta: economic development and social change on an Asian rice frontier, 1852-1941. Madison: University of Wisconsin Pree. Abdullah Zakaria Ghazali et al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Auwjong, Peng Koen & Sugiantoro, R. B (2005). Perang Eropa Jilid I. Jakarta: Penerbit Buku Kompas. Benda H.J(1972). The structure of Southeast Asian histoy: some preliminary observation. New Haven: Yale University Souteast Asia Studies. Harrison, Brian (1966). Asia Tenggara: satu sejarah ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koller, J.M.(2012).Asian philosophies. United State of America: Library of Congress Cataloging. Khin Yi (1988). The dobama movement in Burma (1930-38). Ithaca: Cornell University, Southeast Asia Program Monograph. Kobkua Suwannathat(2003).Asia Tenggara: hubungan tradisional serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Moss, G.D. (2006). Vietnam an American ordeal. United States of America: Pearson Prentice Hall.
18

N.Ganesan dan Ramses Amer (2010).Internasional relations in Southeast Asia: between bilateralism and multilateralism. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.

Osborne, M. E. (1969). The French presence in Cochinchina and Cambodia. Thailand: Cornell University. Sardesai, D. R. (1994). Southeast Asia past & present. Los Angeles: University of California. Zaide, Gregorio F. (1972). Sejarah politik dan kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19