Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan aktiviti Bina Insan Guru yang lepas, pelbagai pengalaman yang dapat diambil untuk dijadikan sebagai

iktibar dan juga penambahbaikan untuk aktiviti yang akan datang. Pada 23 September 2013. Kami mengadakan program Lawatan Ilmiah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 untuk Branchmark bagi guru kaunseling. Aktiviti itu dijalan pada pukul 8.00 pagi sehingga 12 tengah hari. Pengalaman tersebut akan digunakan pada masa hadapan. Contohnya seperti di sekolah atau di mana-mana organisasi. Kelebihan yang kami dapat sewaktu menjalankan aktiviti branchmark ini adalah, kami dapat berbual dengan guru cemerlang bagi berkongsi pengalaman beliau yang tiada bandingnya. Pengalaman beliau akan kita ambil sebagai strategi demi untuk masa hadapan iaitu cara-cara beliau menguruskan masa dan juga murid di sekolah. Pengalaman seseorang amatlah berharga, kita harus menjadinya sebagai teladan atau pengajaran. Selain itu, ahli kelas kami dapat memberikan kerjasama yang baik sewaktu menguruskan aktiviti ini. Bagi ahli jawatankuasa seperti Ahmad Khairi bin Ahmad Azhar dan Syafiq bin Suhaimi telah menjalankan tugas dengan baik. Iaitu sebagai ahli jawatan kuasa perhubungan bagi program ini. Mereka telah menjalankan tugas dengan menghubungi pihak sekolah dan meyakinkan pihak pentadbiran sekolah tersebut untuk menerima kami. Selain itu, kami mendapat kerjasama dari pihak sekolah dalam menguruskan program ini. Pihak sekolah telah menyediakan tentatif bagi program tersebut dan perkara tersebut telah memudahkan kami dalam menjalankan aktiviti. Selain itu, kami juga mendapat kerjasama dari tutor kami iaitu Encik Fadzil yang memberikan cadangan pilihan sekolah tersebut. Sekolah tersebut sememangnya memudahkan kami. Kekurangan yang kami dapat sewaktu perjalanan merealisasikan program tersebut ialah kami menghadi kesulitan dalam pengurusan masa. Ini kerana terdapat ahli kelas yang lewat dan menyebabkan bas bergerak dengan lewat. Kesannya Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 Yang Mulia Syed Ahmad Marzuki Bin Engku Muda terpaksa menunggu kami. Walaupun ia hanya dalam 20 minit, ini akan memburukkan nama kami sebagai guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Datuk Razali Ismail. Perkara ini haruslah dielakkan pada masa hadapan demi memastikan hasil yang lebih cemerlang dan produktif. Untuk penambahbaikan, kami akan lebih peka dan menepati masa seperti yang telah dicadangakan dalam tentatif yang telah disediakan. Ini adalah perkara yang penting, kerana menepati masa merupakan satu kepercayaan bagi sesuatu organisasi. Perkara tersebut juga merupakan imej bagi satu kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai