Anda di halaman 1dari 14

KEMAHIRAN SERVIS BOLA TAMPAR

AHLI KUMPULAN : NOORZAIRY BIN MAT ZAIN AHMAD NOOR BIN MUDA PRAKASH A/L KALIAPPAN PENSYARAH : EN. MOHD HAFIZ BIN ISMAIL

Pengenalan Bola Tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895. Orang pertama yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang Pengarah Sukan YMCA di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916.

Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan negera China pada tahun 1930-an. Permainan ini dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA-Malaysian Amatuer Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di kawal oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi. Pemain boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badannya.

Kemahiran Servis
Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis juga pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis, # servis bawah tangan (underhand) dan #servis atas kepala (overhead, overhand dan sky ball serve).

Servis Bawah Tangan

1. Fasa Permulaan
Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangankanan (right handed server). Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan sedikit lutut. Badan menghadap ke hadapan. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

2. Fasa Perlaksanaan
Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand). Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis ditarik ke belakang mengikut pergerakkan buah bandul jam Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima). Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.

3. Fasa Ikut Lajak


Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola

Servis Atas Kepala (Overhead)

1. Fasa Permulaan
Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2. Fasa Perlaksanaan
Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan.

3. Fasa Ikut Lajak


Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Selain daripada kemahiran servis atas kepala dan bawah kepala, terdapat juga beberapa jenis kemahiran servis dalam bola tampar ini. Antaranya ialah # topspin # float # jump serve # jump float

Walaubagaimanapun, seseorang pemain pada peringkat awal perlu menguasai kemahiran asas servis iaitu servis bawah tangan dan juga servis atas kepala..

TERIMA KASIH.