Anda di halaman 1dari 11

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DALAM KONTEKS PENDIDIKAN Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia memberi kesan

secara langsung kepada suasana pembelajaran secara umumnya dan kepada suasana pembelajaaran khasnya. Dalam era globalisasi ini, sangat penting bagi seorang pendidik untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid tanpa ada berlakunya diskriminasi terhadap murid. Pengetahuan ini penting bagi menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khusunya ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

GURU Guru memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan.. Guru haruslah bersikap adil dan tidak membezakan bangsa murid yang berkenaan. Guru mestilah mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya setiap dari kaum berlainan ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Peranan guru yang paling penting dalam dunia pendidikan ialah tidak membezakan kelas sosial murid. Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx pula menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengaagihan dan pertukaran. Oleh yang demikian kelas sosial juga perlu diambil perhatian oleh guru. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, kelas sosial murid perlu diberi perhatian. Guru tidak boleh membezakan kelas sosial murid. Seorang guru yang bagus adalah seorang guru yang adil dan saksama kepada semua murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan walaupun terdapat murid dari golongan atasan didalam kelas tersebut. Guru digalakkan mengajar tanpa membezakan kelas sosial mereka. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak boleh diketepikan, manakala

murid yang datang dari kelas atasan juga perlu dilayan sama rata dengan murid yang lain. Kebijaksanaan guru dalam menangani kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Mereka dapat bergaul dan berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya dan masyarakat lain. Hal ini menjadikan suasana pembelajaran lebih

menyeronokkan. Guru perlu menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap dan

tingkah laku yang sesuai. Murid perlu dibantu untuk memahami kekuatan dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri mereka. Guru juga perlu berusaha untuk membantu murid dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu murid membina positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik di samping meningkatkan prestasi akademik murid. Guru juga perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik mengikut tahap pencapaian murid itu sendiri. Proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi kesan kepada murid ialah set induksi yang mampu menarik perhatian murid di awal sesi pembelajaran. Diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan boleh menghilangkan rasa bosan dalam kalangan murid. Selain itu guru mestilah mengamalkan sikap sentiasa menepati. Guru yang bagus adalah guru yang tidak melengah-lengahkan waktu untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dan hanya akan menamatkan proses tersebut pada minit-minit terakhir tempoh pengajaran. Hal ini adalah bagi mengelakkan muridmurid daripada melakukan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan hasil pembelajaran. Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk

melakukan banyak aktiviti merangsang minda. Guru perlu menghormati murid seperti orang lain dan bersikap adil kepada semua murid. Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dan murid akan menjadi renggan. Hal ini akan menyebabkan minat murid hilang untuk belajar. Guru juga perlu bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang pelbagai sosio budaya.

Dari aspek kepercayaan pula guru tidak harus mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. Setiap kepercayan dan nilai harus diterima seadanya. Nilai-nilai sensitiviti yang berkaitan dengan agama murid tidak boleh dipertikaikan. Guru perlulah merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Aspek bahasa juga memainkan peranan penting. Guru perlulah menggunakan bahasa standard dan bukannya bahasa dialek . Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

MURID Murid merupakan pelanggan bagi guru dan mereka juga sentiasa berada bersama guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Perbezaan antara murid memerlukan guru menggunakan penggunaan secara optimum. Adalah penting bagi seorang guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkah laku murid ialah menyenaraikan peraturan yang wajib murid patuhi sepanjang masa pembelajaran berlangsung. Murid dari pelbagai bangsa harus bersosial dalam

kelompok mereka. Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial. Sikap prejudis terhadap bangsa lain perlu dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kepercayaan yang diamalkan oleh murid tidak harus dipertikaikan. Aktiviti yang dilaksanakan juga haruslah berupaya menyemai semangat saling

mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum perlu dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara tidak langsung semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara.

Penggunaan bahasa yang standard perlu diamalkan murid. Penggunaan dialek seharusnya dielakkan bagi agar mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Disamping itu, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. Murid perlu menyertai aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa disamping digalakkan berinteraksi dengan mereka yang berlainan jantina. Dalam masa yang sama mereka juga perlu diberikan kesedaran tentang batasan perhubungan interaksi dengan berlainan jantina. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan guru dapat penting menjinakkan dalam murid. Kemahiran budaya bertutur,

berkomunikasi penyayang.

memainkan

peranan

pembentukan

Komunikasi

berkesan

dapat

dijelmakan melalui cara

penggunaan bahasa badan, penulisan dan melalui penggunaan alat-alat tertentu. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, maka suasana pembelajaran yang lebih dinamik dapat dihasilkan. Murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang professional. Oleh itu, guru perlu membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid dengan peraturan yang jelas bagi mengurangkan tingkahlaku negatif. Guru haruslah mengelak daripada menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menghalang murid menghargai pertumbuhan pengetahuan dan kemahiran diri. Murid juga suka kepada budaya belajar yang ceria iaitu menyeronokkan. Oleh itu, guru perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan nilainilai murni hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Hal ini akan menyebabkan tahap disiplin murid terkawal melalui tindakan yang berhemah seterusnya dapat mengembangkan potensi diri murid kea rah pembentukan modal insan yang berkualiti. Mungkin terdapat murid yang nakal. Namun bukan murid yang menjadi masalahnya,sekiranya ada pengawalan yang baik oleh guru. Jumlah murid yang menimbulkan masalah tidak akan bertambah dan akhirnya dapat diatasi. Pengawal kelas dianggap penting kerana sekiranya murid tidak terkawal, objektif P&P tidak

akan tercapai. Guru mestilah mengenalpasti murid yang menimbulkan masalah bagi mengelakkan murid lain menjadi pak turut kepada murid berkenaan. Guru perlu menyelesaikan masalah ini dengan lebih banyak berinteraksi dengan murid terbabit sehingga dia merasakan dirinya diberi perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah lakunya yang disenangi guru. Guru mestilah sentiasa mempamerkan pengiktirafan terhadap murid tersebut semasa aktiviti P&P dijalankan. Ketegasan terhadap disiplin murid ketika pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan yang betul iaitu menampakkan bahawa ketegasan tersebut bukan dengan niat mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Sekiranya perlu, guru mestilah menggunakan nasihat dan kata-kata motivasi yang menunjukkan guru menyayangi murid tersebut terbabit. Murid harus diterapkan dengan nilai menepati masa. Hal ini perlu dilakukan supaya murid dapat membiasakan diri berada di dalam kelas tepat pada waktunya. Guru juga dicadangkan supaya menggunakan pendekatan yang menarik seperti aktiviti P&P dimulakandengan set induksi yang menarik. Hal ini bertujuan bagi menarik minat murid untuk mengetahui isi pelajaran yang selanjutnya. Jika berlaku perubahan ke arah kebaikan berikan penghargaan kepada murid

SEKOLAH Pendekatan yang lebih khusus penting bagi memastikan kepelbagaian pendidikan. Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekola. Pada peringkat sekolah rendah teradapat SK, SJKC dan SJKT. Pada peringkat menengah pula, terdapat SBP, SMT, SMKA, Sekolah Model Khas dan SMK Harian. Terdapat juga sekolah premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah yang dipersekitaran strategik serta mempunyai infrastruktur yang baik. Selain itu KPM juga mengadakan sekolah khusus untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan menengahtermasuk SMPKV. Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Di peringkat sekolah rendah terdapat tiga jenis sekolah iaitu SK, SJKC dan SJKT. Bagi SJK, menggunakan

Bahsa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala SJKC menggunakan Bahasa Cina dan SJKT menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama. Di peringkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermatlamat member peluang kepada murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan terbaik. Sekolah Menengah teknik (SMT) pula memberi peluang kepada murid yang cemerlang dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Sekolah Kebangsaan Agama (SMKA) diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan disamping menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara. Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsure sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sepanjang penubuhannya. Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autism, sindrom down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan menyumbang kepada pembanguanan negara. Program Pendidikan Khas juga diwujudkan di di sekolah rendah dan menengah harian serta di SMT melalui pendekatan pengasingan dan inklusif. Pembinaan sekolah mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat. penduduk Bandar dan luar Bandar mendapat pendidikan yang setaraf. Pembinaan sekolah aliran agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid. Sekolah juga merupakan tempat dimana guru boleh menerapkan kepercayaan dan nilai kemasyarakatan.

KURIKULUM TERSIRAT Kurikulum adalah perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj,2001; Wiles & Bondi,1998; Pratt,1994; Schubert,1986). Di peringkat pelaksanaan kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Di peringkat penilaian

pula, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat. Majoriti tokoh pendidikan dalam dan luar negara mengakui bahawa apa yang dibelajar di sekolah dan institusi pendidikan bukan hanya apa yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau pro forma kursus tetapi merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang dipoerolehi penuntut semasa belajar. (Margolis,2001; Cahfel, 1997;Eisner,1994). Inilah yang dikatakan kurikulum tesirat. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosio budaya ini memberikan implikasi kepada kurikulum sekolah. Melalui kurikulum terseirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan antara kaum, pihak sekolah berusaha menerapkan nilai masyarakat dengan melaksnakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti kokurikulum. Kurikulum tersirat ini boleh diaplikasikan melalui aktiviti, berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit kokurikulum. Selain itu, kurikulum tersirat juga harus mengglakkan interaksi dalam kelas sosial. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Kurikulum tersirat juga perlu memberikan pertimbangan terhadap aspek

perbezaan jantina iaitu aktiviti yang dijalankan haruslah diberi kesedaran mengenai batasan pergaulan. Oleh yang demikian, cirri-ciri kurikulum tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut: a) Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. b) Boleh menjadi objektf pembelajaran tetapi hasil pembelajaran adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif. c) Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri(murid-guru/pengajar). Dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru/pelajar, tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar. d) Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran guru/pengajar) dan latar belakang pelaksana kurikulum (murid-

e) Kadangkala kurikulum tersirat terdapat sama ada pada matlamat atau objektif sesuatu kurikulum tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum itu sendiri. f) Jenis atau kategiorinya berbeza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri. Bagi institusi keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh

Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan sebagai asas dengan beberapa pengubahsuaian. Dalam peringkat pengajian di pendidikan tinggi keguruan, tiga kategori diperkenalkan seperti berikut: a) Budaya belajar untuk belajar. b) Budaya belajar untuk menjadi pengajar. c) Belajar untuk pembudayaan/pembinaan tingkah laku terpuji. Sebagai murid yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion murid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang lebih menekankan proses pembelajaran tanpa di arah, di paksa atau di suruh. Sekiranya institute pengajian tinggi berjaya menanamkan budaya belajar sedemikian bererti budaya belajar sepnjang hayat akan dimiliki oleh para graduan.

NOOR AMIRAH BINTI ABDUL HAMID 900128-05-5128 123346

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Nor Asma diatas tunjuka ajar, bimbingan dan pandangan beliau semasa tugasan ini dilaksnakan. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli kumpulan saya iaitu Suhaida, Mason dan Shafiq diatas pandangan, idea dan juga kerjasama yang diberikan. Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak perkara yang saya pelajari. Budaya dan pembelajaran merupakan satu aspek yang penting dalam dunia pendidikan. Melalui tugasan ini saya dapat belajar bahawa seorang guru memainkan peranan penting bagi memastikan proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan adil dan sakasama. Seorang guru juga perlulah menerapkan nilai-nilai positif dalam diri murid itu sendiri. Seorang guru yang baik adalah guru yang tidak membeza-bezakan anak muridnya. Guru perlulah bersikap adil dan tidak membeza-bezakan murid terutamanya dari segi budaya, kepercayaan, agama dan jugat taraf sosial murid. Guru perlulah bijak dalam menangani masalah murid. Guru perlu menggunakan pendekatan komunikasi yang baik dan berkesan serta budaya penyayang. Hal ini akan menjadikan murid rasa dirinya disayangi dan diberi perhatian. Semasa melaksanakan tugasan ini, masalah yang dihadapi adalah kekangan masa dalam menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana tugasan ini dilaksanakan ketika praktikum dijalankan. Semasa praktikum dilaksanakan, masa senggang yang ada adlah terhad. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat menumpukan masa sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, masalah ini dapat diatasi apabila saya menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

Sesungguhnya, tugasan ini membuka mata saya pada cabaran untuk menjadi warga pendidik kelak. Saya perlu pandai mengambil hati murid saya dan bersikap adil kepada semua murid. Saya berharap agar tugasan ini dapat membantu saya untuk menjadi warga pendidik yang cemerlang pada masa akan datang. Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada Puan Asma dan ahli kumpulan saya di atas tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan. Sekian, terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, KUALA TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 5/2012

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 31)


NAMA MASON MAUR AK CHANGAN NOOR AMIRAH BINTI ABDUL HAMID SUHAIDA BINTI FAUZI WAN MOHD SYAFIQ BIN WAN JOHARI TARIKH HANTAR UNIT PENSYARAH : : KAJIAN SOSIAL 2 : PUAN NO 890413-11-5365 123355 NO. KAD PENGENALAN 900511-13-8321 900128-05-5128 NO. MATRIK 123344 123346