Anda di halaman 1dari 3

TAJUK

: BAHASA JIWA BANGSA

Yang dihormati, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana. Rakan-rakan seperjuangan. Sidang hadirin warga dewan, aspirasi negara. Assalamualaikum WM WB dan Salam 1 Malaysia. Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan kerana ingin bermimpi,tetapi untuk membawa anda semua menyelami tajuk pidato saya pada hari ini iaitu Bahasa Jiwa Bangsa

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya Bahasa, menurut Kamus Dewan, adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia. Jiwa, nyawa atau roh. Manakala, bangsa pula bermaksud, kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Dalam konteks pidato saya, konsep bangsa dan bahasa secara total merujuk kepada bangsa Malaysia dan bahasa kebangsaan kita, iaitu Bahasa Melayu. Hadirin yang dihormati sekelian, Mengapakah bahasa itu dikatakan jiwa atau roh bangsa? Apakah keistimewaan Bahasa Melayu kita yang sekian lama diagung-agungkan seantero dunia. Marilah bersama-sama saya, mengupas persoalan ini satu persatu melalui tiga komponen penting yang akan merungkaikan peranan Bahasa Melayu ke arah memartabatkan negara di matadunia.

Hadirin sekalian Yang pertama,

BAHASA MELAYU MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA MALAYSIA. Jati diri atau identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa.Tahukah anda? Rakyat Switzerland menuturkan 4 bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Perancis, Jerman, Italy dan Roman. Namun, di

Malaysia, kita hanya mempunyai satu bahasa kebangsaan yang dituturkan olah masyarakat pelbagai keturunan. Tuntasnya, realiti Bahasa Melayu sebagai cermin jati diri bangsa Malaysia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Hadirin sekalian Yang kedua,

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU. Sehingga kini, Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga telah berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap. Oleh itu, tidak hairanlah jika Bahasa Melayu kini sedang diajar dan dikaji di 108 buah pusat pengajian tinggi di serata dunia. Sebagai pewaris tinta para sarjana, sejuk hati dan mata memandang, apatah lagi telinga ini mendengar, setiap bait kata yang dilafazkan oleh para peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang diadakan pada setiap tahun.

Hadirin sekalian, Yang ke tiga, BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN. Konsep perpaduan telah lama diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehingga hari ini, perpaduan masih lagi menjadi agenda utama negara di bawah Gagasan 1 Malaysia. Dengan bahasa yang sama, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tetap bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang agama, adat resam dan budaya yang berbeza.

Hadirin sekalian Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya Ingin saya simpulkan, bahawa Bahasa Melayu bukan semata-mata untuk Orang Melayu tetapi, untuk semua rakyat Malaysia. Bahasa adalah nadi penggerak untuk menzahirkan identiti sesuatu bangsa. Tiada kata secantik bahasa, Nak kucurahkan rasa, Tiada gambar seindah lukisan, Nak kutunjukkan perasaan.

Tiada bahasa secantik puisi, Nak kucurahkan isi hati.

Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai