Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
NORAINI BT MUHAMAD RADHA NORAISAH BT ISMAIL NURAINA BT MOHD RIZAL NUR ADIBAH BT ROSLIN NOR SYAZWANI BT ISMAIL
DEFINISI
Proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.
KEPENTINGAN
Membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna. Menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan.
Membantu mengekalkan idea-idea, nilainilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti.
Kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
PERANAN
Mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat. Memastikan aspirasi masyarakat terpelihara. Menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat. Mengajar individu untuk memenuhi peranan sosial.
PROSES SOSIALISASI
(permulaan )
Berlaku pada peringkat awal kanak-kanak Pembinaan konsep diri, psikomotor, penaakulan Sosialisasi dan bahasa. Primer Contoh : cara pemakaian dan bahsa pertuturan
Berlaku pada peringkat kanak-kanak, dewasa, remaja. Sosialisasi Pengembangan konsep yang dibina pada Sekunder permulaan, menerima konsep baru, membuat penyesuaian dan perubahan hasil dari interaksi (penyertaa n) bersama rakan, media massa, dan masyarakat.
Sesuatu proses yang mungkin/tak mungkin berlaku. Resosialisasi berlaku kesan daripada perubahan secara mengejut/mendadak/ radikal yang dialami seseorang. Contoh: kemalangan
NORMA SOSIAL
Norma ialah kelakuan standard yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Norma sosial pula merupakan peraturanperaturan yang diterima pakai oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Contoh norma sosial ialah, beratur ketika menaiki bas, menjaga alam sekitar.
Norma sosial lahir dari proses interaksi antara masyarakat. Ia dapat dipelajari melalui pemerhatian dan juga interaksi sosial. Norma sosial sering berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat. Perlakuan yang tidak selari dengan norma sosial dipanggil lencongan. Contoh, menderhaka terhadap ibu bapa.
KAWALAN SOSIAL
Kawalan sosial bermaksud cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya ahli-ahlinya menghargai nilai-nilai dan mematuhinya. Kawalan sosial mempunyai dua bentuk ialah kawalan positif dan kawalan negatif.
Keluarga
Masyarakat
Sekolah
AgenAgen Sosialisasi
Media Massa Rakan Sebaya
Agama
KELUARGA
Ibu bapa menjadi Role Model dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis dan suasana yang selamat bagi anak-anak. Ahli keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah. Saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan. Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih sayang. Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaran Membetulkan kesalahan anak-anak. Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita, kisahkisah dan teladan
Asas
Keluarga
Kembangan
SEKOLAH
Pengetahuan Moral - Memberikan maklumat/teori moral - Penerapan melalui aktiviti - Pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan Peraturan Sekolah - Lembaga Disiplin memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi - Mencegah dan menghalang pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral Kegiatan Ko-Kurikulum - Pelajar mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah - Menyediakan alternatif kepada para pelajar untuk menyalur minat dan kebolehan masing-masing. Menyediakan persekitaran yang merangsang pertumbuhan emosi dan sosial yang sihat melalui jalinan ikatan mesra dan muhibbah.
Guru Autokratik
Guru
Guru Demokratik
Memberi kesan positif kerana pelajar diberi peluang berinteraksi Meningkatkan kemahiran sosial
Guru Laissezpaire
Memberi kebebasan penuh kepada pelajar dan kurang memberi idea Tidak menilai tingkah laku pelajar Pelajaran akan terganggu akibat masalah disiplin
RAKAN SEBAYA
Umur sama dan berkongsi minat yang sama. Kebiasaannya dari status sosial yang sama. Apabila remaja, pengaruh rakan sebaya bertambah penting. Individu cenderung mengikut pandangan, nilai dan sikap rakan sebaya.
Rakan Sekolah
Kumpulan individu yang hampir sama umur dan taraf sosial
Belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri
Mempunyai subbudaya tertentu Cth : - Cara bercakap -Jenis pakaian -Muzik -nilau norma kumpulan
KAJIAN
Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah : i) Sukar membincangkan masalah mereka dengan ibu bapa dan penjaga ii) Sukar memberitahu ibu bapa dan penjaga mengenai apa yang mereka lakukan iii) Wujudnya jarak yang lebar antara jalan pemikiran mereka dengan jalan pemikiran ibu bapa mereka
AGAMA
Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan dalam bentuk khutbah, ceramah, penyampaian melalui pendeta, sami. Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti. Melalui lagu-lagu rohani Aktiviti kerohanian Seminar keagamaan yang bersifat membentuk remaja Perayaan sesuatu agama Kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral
MEDIA MASSA
Merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar. Mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah. Digalakkan menonton rancangan yang memberi tauladan kepada mereka. Ibu bapa hendaklah membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan dalam memilih siaran untuk ditontoni oleh anak-anak.
MASYARAKAT
Membentuk nilai-nilai yang diterimapakai dalam kumpulan masyarakat Menunjukkan perlakuan yang boleh atau tidak dapat diterima oleh masyarakat Mempamerkan cara-cara hidup yang sesuai dan perlu diikuti oleh golongan remaja Mengubah tingkahlaku individu yang tidak sesuai dengan teguran dan penjelasan Penekanan adat resam dapat mempengaruhi pembentukan peribadi yang lemah lembut dan berhemah tinggi.
RUMUSAN
Semua orang perlu melalui proses sosialisasi yang sempurna agar mereka menjadi insan yang bermoral. Proses sosialisasi berlaku sepanjang hayat dan proses ini berterusan dan boleh berlaku dalam pelbagai hubungan. Guru perlu menyediakan suasana sosialisasi yang terbaik di sekolah. Sebagai salah satu agen moral, guru adalah model yang boleh dicontohi. Guru juga berfungsi sebagai agen kawalan sosial. Norma sosial yang terbaik perlu diamalkan kepada pelajar.