Anda di halaman 1dari 4

!

!"#$%"#&'%()%)"###! !

PANDUAN KURSUS
!

PENGENALAN
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Anda dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.

Kursus TRM3033 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Aljabar Asas yang merangkumi pembelajaran matematik di sekolah. Tidak ketinggalan juga, kursus ini menyediakan modul yang akan membantu anda meningkatkan mutu dan kualiti pembelajaran anda. Di samping itu, kursus ini memberi penekanan kepada penguasaan isi kandungan aljabar. Modul yang ditulis khas ini menyediakan pelbagai contoh dan penyelesaian yang akan dapat membantu anda untuk memahami dan sekaligus menguasai setiap unit. Anda juga diberikan latihan formatif dan latihan sumatif untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan.

KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah di UPSI, khusus kepada pelajar yang mengikuti Program Jarak Jauh.

!"#$%"#&'%()%)"#$! !

PERUNTUKAN MASA PENGAJARAN PEMBELAJARAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)


Waktu pembelajaran kursus TRM3033 Aljabar Asas adalah disyorkan seperti Jadual 1. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran TRM3033 Mod Penyampaian 1. Tutorial 2. Modul P&P (CD) 3. E-Learning (MyGuru) 4. Video P&P (MyGuru) Jumlah Pemberatan 10 jam 10 jam 12 jam 10 jam 42 jam
! !

HURAIAN TRM3033 ALJABAR ASAS


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Di akhir kursus TRM3033, anda diharap dapat: 1. 2. 3. Menganalisis penggunaan aljabar dalam penyelesaian masalah seharian. (C4, A3) Mengenali sifat-sifat polinomial serta operasi aljabar terhadapnya. (C2) Menggunakan janjang aritmetik dan janjang geometri dalam menyelesaikan masalah. (C3, LL3) 4. 5. 6. Menggunakan kaedah matriks dalam penyelesaian bagi suatu persamaan linear. (C3) Menggunakan hubungan, fungsi dan operasinya dalam menyelesaikan masalah. (C3, CT5) Mengenal pasti persamaan dan lakaran graf bagi keratan-keratan kon seperti bulatan, parabola, elips dan hiperbola. (C3, P3)

!"#$%"#&'%()%)"$! !

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincangkan tentang sejarah dan penyelesaian menggunakan aljabar dalam menyelesaikan masalah seharian, konsep-konsep asas operasi polinomial, persamaan kuadratik, sistem persamaan linear; matrik dan penggunaannya, jujukan dan siri, janjang aritmetik dan janjang geometri, teorem Binomial; hubungan, fungsi dan graf, lanjutan geometri koordinat.

ISI KANDUNGAN KURSUS


Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada 10 unit semuanya yang terkandung dalam seperti berikut:

UNIT
1 2 3 4 5 6 7 8 8 9 10

TAJUK
Operasi ke atas Polinomial dan Pemfaktoran Teorem Baki, Teorem Faktor dan Penyelesaian Persamaan Kuadratik Pengenalan dan Operasi Matriks Sistem Persamaan Linear Jujukan dan Siri Aruhan Matematik dan Siri Binomial Pengenalan Fungsi dan Graf Gabungan Aritmetik bagi Fungsi Bulatan dan Elips Parabola dan Hiperbola

Penilaian
Kerja Kursus Peperiksaan Akhir Jumlah 60% 40% 100%

!"#$%"#&'%()%)"%! !

RUJUKAN
Dugopolski, M. (2009). Algebra for College Students (5th. ed.). New York: McGraw-Hill. Stewart, J., Redlin, L., & Watson, S. (2009). College Algebra (5th. ed.). Belmont, CA: Brooks/Cole, Cengage Learning. Larson, R., & Hostetler, R. P. (2004). College Algebra (6th.ed.). Boston: Houghton Mifflin. Larson, R., & Hostetler, R. P. (2004). Algebra and Trigonometry (6th. ed.). Boston: Houghton Mifflin. Swokowski, E.W. & Cole, J.A. (2003). Algebra and trigonometry with analytic geometry (I0th. ed.). Brooks Cole: Pacific Grove.

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, membuat pengiraan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai