Anda di halaman 1dari 2

memperingati detik sejarah kemerdekaan malaysia

Pilihan raya umum yang per ama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti
PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti
Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam
pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan
kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman
menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk
membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa
tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956
yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke
Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk


menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali
sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri
daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis
Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan
Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian,
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari
pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja
Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan
Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah
berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul
Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-
tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato'
Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku
sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di
stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan
Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang
dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera.
Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping,
berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku
menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang
memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save
The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen
Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya
Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan
Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu


pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada
negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada
negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya


menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah
negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan
Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu
perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan


pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air
mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang
dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi.
Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat
disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!