Anda di halaman 1dari 1

IMBUHAN AWALAN BER

Makna Awalan berAwalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu: (a) mempunyai berayah = mempunyai ayah beribu = mempunyai ibu (b) memakai.... berbaju = memakai baju berkasut = memakai kasut (c) menaiki atau menunggang.... berkereta = menaiki kereta berbasikal = menunggang basikal (d) menggunakan.... berpayung = menggunakan payung bertungkat = menggunakan tongkat (e) mengeluarkan atau menghasilkan.... berbunga = mengeluarkan bunga bertelur = menghasilkan telur (f) mengusahakan.... bersawah = mengusahakan sawah berkedai = mengusahakan kedai (g) mengucapkan.... berdoa = mengucapkan doa berjanji = mengucapkan janji (h) menunjukkan sikap.... berkasar = menunjukkan sikap kasar berlembut = menunjukkan sikap lembut (i) dalam keadaan.... bergembira = dalam keadaan gembira berduka = dalam keadaan duka

Anda mungkin juga menyukai