PROSA TRADISIONAL:
SINOPSIS RAJA MUDA
Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat. Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu, mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa tahun. Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana
tetapi keadaan menjadi reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut. Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam di tengah-tengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh upacara. Turut diadakan adalah adat turun tanah iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta perak. Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya bermain-main di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan Doh Besar, Lang-lang Aji Buntut dan cekur-cekur Puyuh. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama bermain permainan Doh Besan kerana terlalu seronok. Suasana sungguh meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan. Keesokannya, kenduri diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala. Sultan muda bersama-sama pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya.
persetujuan dicapai, maka peperangan berlaku antara orang Bugis dengan orang Siak. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Opu Daeng Berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yamtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan. Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara. Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yang Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahn ya, namun Raja Kedah memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut. Opu daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi yang Dipertuan Negeri Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Opu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yang Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan berlakulah peperangan yang berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari dan akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuannya dan membayar tiga bahara dahulu kepada Opu Daeng lima bersaudara. Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Opu daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama dengan Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya serta disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh berjumpa dengan Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng Kemasi dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas. Setelah sekian lama di negeri Sambas, Opu daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin kerana menantunya akan pulang lalu baginda mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat dalam hal ini kerana masingmasing menyokong Pangeran Ratu, Pangeran Mangkurat dan Pangeran Emas Seri Negara. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan Raden Mas Inderawati, anak Raja Mempawah, Panembahan Sengkauk walaupun Raden Mas Inderawati merupakan tunang kepada Ratu Anom Kesumayuda. Panembahan Sengkauk meminta supaya Raja Muhammad Zainuddin menjaga anaknya baik-baik.Khabar berita telah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sengkauk telah mangkat. Seri Paduka
Anakanda Puteri Kesumba telah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan secara besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sengkauk.
pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang berada dalam lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya. Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina telah mengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam. Berlakulah tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam (Tuan Puteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak usul periksa. Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalin pakaiannya dan menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu tunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan malu lalu lari ke biliknya sambil berselubung. Tunangannya, Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas tindakan Raja Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah dilupakan Raja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri. Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar pulang. Setelah tiga hari tiga malam, kapal Seludang Mayang berlabuh di pelabuhan negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilan meriam. Sesampai di istana, Tuan Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran kepada ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal.
CERPEN:
SINOPSIS ANAK PENGGUNTING RAMBUT
Cerpen Anak Penggunting Rambut mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan, Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam. Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting
oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dari ladang. Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian,Manis tidak pernah berasa kecewa malah dia bangga dan menghargai pekerjaan ayahnya.Ayahnya juga tidak peduli walaupun pendapatan menggunting rambut tidak seberapa asalkan dia boleh menjaga Manis dengan baik. Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya.Ayah berasa gembira kerana Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis. Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanakkanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut diletakkan dalam bekas kelengkapan gunting rambut. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya. Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting. Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburui oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru.Disebabkan rambutnya yang pendek Manis pernah dipanggil oleh warden asramanya kerana dituduh pembawa imej berambut pendek(tomboy)
Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung. Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan menghidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh botak. Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masih terngiangngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.
benar kehilangan pengalaman yang begitu indah.Ketika dalam perjalanan aku memandang botol yang berisi capa rengat,pemberian Su dan melihat bunga itu semakin layu serta kelopaknya yang sudah lerai bertaburan disana sini.Air mataku menitis perlahan-lahan bagaikan cuba merenjis bunga itu.
SINOPSIS DENDAM
Cerpen 'Dendam' ini mengisahkan hubungan kekeluargaan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu, Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu. Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya. Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah. Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk Angah kerana rasa terharu dan meyedari kasih sayang antara adik beradik.
Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama. Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya. Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Dia juga turut menunjuk ajar adiknya dalam pelajaran.
osiloskop dipasang.Panggilan kepada ''kawan elektronik'' dibuat dan balasan e-mel dari luar negara di seluruh dunia diterima.Basirah turut kagum akan cadangan Hanani.Basirah sedar bahawa tidak semua orang pakar dalam semua subjek.Akhirnya,maklumat tentang penangkapan si penceroboh itu mulai tersebar dalam internet.
DRAMA:
SINOPSIS HEMODIALISIS
Abah mengalami sakit perut yang serius. Mama hendak memanggil Afif untuk memeriksa Abah tetapi, Abah tidak bersetuju .Abah tidak mahu menyusahkan Afif yang sibuk merawat pesakitnya di klinik kerana takut dianggap seorang Abah yang mementingkan diri sendiri. Abah pengsan ketika Mama menjawab telefon daripada Fatin Atiqah . Mama fikir Abah bergurau lalu berasa cemas apabila Abah masih tidak menyedarkan diri. Mama menelefon Afif untuk
mendapatkan bantuan. Setibanya Afif di rumah, Abah sudah pun sedar. Afif memeriksa Abah dan bercadang hendak membawanya ke klinik. Namun , Abah bertegas mengatakan bahawa pesakit di kliniknya lebih penting berbanding dirinya. Tercetuslah konflik antara dua beranak ini di mana masing-masing mempertahankan pendirian mereka. Keadaan ini memaksa Afif untuk memanggil Doktor Leong, salah seorang doktor yang berkhidmat dengannya. Afif meminta Doktor Leong untuk menasihati Abah agar pergi mendapatkan rawatan di kliniknya tetapi Abah masih juga berdegil. Akhirnya , Abah dipaksa menaiki kerusi roda lalu dibawa ke klinik. Abah pulang membawa alat hemodialisis bersamanya setelah diberi rawatan di klinik Afif. Sebelum Afif pulang ke tempat kerjanya semula, satu lagi perdebatan ringkas telah berlaku di antara abah dengan Afif. Beberapa hari kemudian, Fatin Atiqah pulang bersama teman lelakinya Saufi. Fatin Atiqah datang dengan berita gembira mengenai keputusan akedemiknya yang cemerlang.Abah memeluk Fatin Atiqah setelah mendapat berita gembira tersebut dan tanpa disedari saluran alat Hemodialisis Abah terputus.Darah mula membasahi baju Abah.Keadaan menjadi kelamkabut kerana tiada seorang pun yang tahu cara menyambungkan semula mesin itu melainkan Afif.Afif dengan segera pulang setelah menerima berita tersebut dan sepantas mungkin menyambungkan semula saluran alat Hemodialisis Abah.Akhirnya Abah dapat diselamatkan.
SINOPSIS INFLAKASTA
Drama ini mengisahkan Dibisi dan Marhen yang kelaparan telah berkenalan secara kebetulan dalam suasana peperangan. Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing. Muncul Siti yang sasau mencari Inflakasta. Siti menuduh Marhen dan Dibisi berperang menyebabkan anaknya hilang. Mereka bertiga telah dikepung dan Kastabung cuba menangkap mereka. Marhen cuba melawan tetapi dilarang oleh Dibisi. Dibisi merayu supaya dilepaskan. Kastabung dan Marhen bergelut tetapi dihalang oleh Taliba dan Siti. Jakidan datang melaporkan keadaan kekuatan pasukan Kastabung. Marhen dan Dibisi cuba mengingatkan Kastabung dan Jakidan tentang kesan dan akibat peperangan tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Marhen dan Dibisi bertengkar sehingga bergelut menarik perhatian Kastabung. Taliba cuba menembak mereka tetapi senjata kuasa bahayanya dirampas oleh Siti. Siti mengarahkan Kastabung supaya memberitahu konco-konconya agar beredar dari tempat itu. Siti leka meluahkan perasaannya tentang peperangan sehingga ditembak oleh pengikut Kastabung. Siti rebah, Marhen menyambar senjata kuasa bahaya daripada Siti. Dibisi turut ditembak semasa memapah Siti. Marhen yang geram melepaskan tembakan senjata kuasa bahaya mengakibatkan semua orang rebah. Keadaan menjadi sunyi. Muncul Infla dan Kasta mencari ibu mereka sambil membawa makanan.Namun,mereka berdua mendapati ibunya(Siti) pengsan serta terdapat kesan tembakan.Meraka berasa sedih lalu dengan segera memapah Siti dari celah batu dan menyeru ibunya (Siti) bangun dari tidurnya. Siti menasihati Infla dan Kasta supaya tabah menghadapi dugaan hidup serta mendoakan kesejahteraan mereka.Setelah itu,Siti pun meniggal dunia dalam pangkuan anakanaknya,Infla dan Kasta.Infla dan Kasta meraung meratapi pemergian ibunya dan mereka berusaha untuk terus tabah.
DI SEBALIK WAJAH
SINOPSIS BAB 1
Cikgu Saiful resah di ruang menunggu Hospital Ratu Elizabeth. Isterinya, Halipah bakal melahirkan anak mereka. Dalam resah menunggu, Cikgu Saiful disapa oleh Doktor Fikri. Mereka solat Isyak bersama-sama. Malam itu, Halipah melahirkan anak lelaki. Cikgu saiful pada mulanya berasa kecewa dan tidak dapat menerima bahawa anaknya cacat-balar (albino). Dr. Vasuthevan meminta supaya Cikgu Saiful bertenang dan menerima ketentuan Allah. Halipah juga berasa sedih dan asyik menangis. Selepas dipujuk oleh suaminya dan menyusukan anaknya, Halipah berasa sayang kepada anaknya. Anaknya dinamakan Doktor Fikri sempena nama doktor yang ditemui oleh Cikgu Saiful.
SINOPSIS BAB 2
Doktor Fikri meningkat remaja dan bersekolah di SMK Menggatal. Murid-murid di kelas itu selalu mentertawakan dan mengejek Doktor Fikri kerana dia albino. Pada waktu rehat, Doktor Fikri akan duduk bersendirian kerana tiada kawan. Narius, Jai dan Jamadi mula membuli Doktor Fikri.
SINOPSIS BAB 3
Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz adalah rakan baik Doktor Fikri. Pada suatu hari, mereka pergi ke rumah Doktor Fikri dengan menunggang basikal. Mereka kagum melihat bilik bacaan Doktor Fikri yang dipenuhi buku. Mereka juga kagum melihat kebun sayur Doktor Fikri. Sayur-sayurannya hidup subur. Selain berkebun, Doktor Fikri juga memelihara ayam. Kawan-kawan Doktor Fikri berjanji mahu mengikutnya ke Pasar Tamu Menggatal untuk menjual sayur-sayuran. Doktor Fikri juga teringin mahu memiliki sebuah basikal apabila melihat rakan-rakannya pulang menunggang basikal.
SINOPSIS BAB 4
Doktor Fikri menunggang basikal baru ke sekolah. Oleh sebab terlewat sampai, pintu pagar sekolah telah berkunci. Cikgu Wahab membukakan pintu pagar itu. Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu Wahab atas kelewatannya. Guru kelas Doktor Fikri, Cikgu Asnawi juga berpesan agar Doktor Fikri menjaga nama baik kelas itu. Pada hari itu juga Doktor Fikri mendapat rumah sukannya, Rumah Tun Ismail.
SINOPSIS BAB 5
Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz ke rumah Doktor Fikri pagi-pagi lagi. Ibu Doktor Fikri memberikan mereka sarapan. Selepas menyusun sayur-sayuran, mereka pun bergerak ke Pasar Tamu Menggatal dengan menunggang basikal. Baru sahaja mereka memulakan perniagaan, hujan lebat pun turun.
SINOPSIS BAB 6
Doktor Fikri telah ditahan oleh Narius, Jais dan Jamadi ketika dia mahu pulang dari latihan sukan. Narius meminta wang perlindungan RM10 daripada Doktor Fikri. Mereka sangat marah apabila gagal memperoleh wang seperti yang dikehendaki oleh mereka.
SINOPSIS BAB 7
Doktor Fikri mengadu kepada guru disiplin kerana diugut oleh Narius. Dalam satu perhimpunan pada tengah hari, pengetua SMK Mengatal, Puan Hamidah telah merotan Narius, Jais dan Jamadi kerana memeras ugut Doktor Fikri. Mereka bertiga semakin mendendami Doktor Fikri kerana hukuman rotan yang telah diterima oleh mereka di khalayak ramai.
SINOPSIS BAB 8
Pemeriksaan mengejut diadakan kerana terdapat aduan daripada beberapa orang pelajar bahawa mereka kehilangan buku-buku perpustakaan, dompet dan pen yang mahal. Barang-barang itu telah dijumpai dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri dibawa ke bilik kaunseling untuk disoal siasat. Apabila Doktor Fikri hanya mendiamkan diri, Cikgu Wahab mengambil keputusan untuk mengirim surat kepada ayah Doktor Fikri. Sejak itu, Doktor Fikri digelar Doktor panjang tangan. Kawan -kawan Doktor Fikri juga menjauhkan diri daripadanya kecuali Josy yang banyak memberi semangat kepadanya.
SINOPSIS BAB 9
Acara sukan tahunan sekolah akan diadakan pada hari esok. Semua rumah sukan sibuk membuat persiapan terakhir seperti menghias rumah dan berlatih perbarisan.Ada antra guru dengan bantuan murid yang membuat garisan dan beberapa kontijen yang ambil bahagian berasa yakin bahawa mereka akan menang.Mereka memastikan semuanya selesai sebelum tamat waktu persekolahan.
SINOPSIS BAB 10
Pada hari sukan Doktor Fikri menyertai acara larian 1500 meter. Josy memberikan sokongan kepadanya. Sebelum menamatkan larian, Doktor Fikri jatuh beberapa langkah sebelum tiba di garisan penamat. Josy dan ahli-ahli PBSM memberikan bantuan. Ibu bapanya memohon untuk membawa Doktor Fikri pulang. Doktor Fikri mendapati basikalnya hilang.
SINOPSIS BAB 11
Kehilangan basikal Doktor Fikri menjadi bualan rakan-rakannya. Mereka suka akan kejadian tersebut. Bagi mereka itulah balasan perbuatan Doktor Fikri yang mencuri.Mereka asyik mengata Doktor Fikri sehingga tamat acara sukan pada hari itu.
SINOPSIS BAB 12
Cikgu Wahab membawa Doktor Fikri ke bilik kaunseling. Doktor Fikri rasa gementar. Cikgu Wahab memberitahu bahawa basikal Doktor Fikri telah ditemukan dan kini berada di
Balai Polis Menggatal. Basikal itu telah dicuri oleh Narius, Jais dan Jamadi. Seorang pengakap ternampak mereka memotong kunci basikal Doktor Fikri dengan pemotong besi semasa hari sukan berlangsung. Mereka jugalah yang telah memasukkan buku-buku perpustakaan ke dalam beg Doktor Fikri.
SINOPSIS BAB 13
Doktor Fikri memberitahu kepada ibu bapanya bahawa basikalnya telah dijumpai. Doktor Fikri dan bapanya pergi ke balai polis untuk menuntut basikal tersebut. Ketika di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius telah ditahan di dalam lokap. Bapa Narius tidak mampu menjaminnya kerana kesusahan hidup. Manakala Jais dan Jamadi telah dijamin oleh bapa masing-masing. Doktor Fikri meminta bapanya membantu untuk menjamin Narius. Walaupun pada mulanya bapa Doktor Fikri agak keberatan, namun akhirnya bersetuju untuk menjamin Narius dan berharap Narius akan berubah.
SINOPSIS BAB 14
Persahabatan antara Doktor Fikri, Narius, Jais dan Jamadi menimbulkan perbincangan dalam kalangan rakan sekelasnya. Suriani dan Dayang Mahani bertekad mahu menyelamatkan Doktor Fikri, Narius, Jais dan Jamadi daripada terus terjebak dalam kejahatan.
SINOPSIS BAB 15
Ketidakhadiran Doktor Fikri ke sekolah selama dua hari menimbulkan tanda tanya dan perbualan dalam kalangan rakan sekelasnya. Narius, Jais dan Jamadi masuk ke Kelas Dua Mawar. Mereka meminta maaf dan menceritakan segala perbuatan buruk mereka menganiaya Doktor Fikri. Kemudian, Narius menyerahkan surat yang ditulis oleh Doktor Fikri. Surat itu menjelaskan bahawa Doktor Fikri telah berhijrah ke Jepun mengikut ayahnya yang bertugas disana.
SINOPSIS BAB 16
Doktor Fikri dan ibu bapanya bercuti dan kembali ke tanah air setelah setahun berada di Osaka. Rakan-rakan Doktor Fikri turut menantinya di lapangan terbang. Rakan rakan Doktor Fikri kagum apabila mengetahui Doktor Fikri berjaya memenangi pertandingan mencipta kereta mainan kawalan jauh. Doktor Fikri turut menghadiahi rakan-rakannya sebuah jam penggera.
SINOPSIS BAB 17
Doktor Fikri bercadang mahu mendaki Gunung Kinabalu sebagai mengisi masa dua bulan percutiannya. Ibu dan ayahnya turut bersetuju.
SINOPSIS BAB 18
Doktor Fikri dan ibu bapanya menuju ke Taman Negara Kinabalu dengan hanya memakan masa lebih kurang sejam.Disana mereka tinggal di sebuah chalet yang telah ditempah oleh ayahnya.Suasana di situ amat menenangkan dengan suhunya yang sejuk dan nyaman.Doktor Fikri hanya mampu memuji kecantikan dan keindahan di Taman Negara itu. Malam pula Cikgu Saiful dan Doktor Fikri mengisi masa yang terluang dengan menonton slaid sambil makan makanan dari Barat dan makanan Timur yang disediakan.Ibunya pula tidak bersama mereka kerana ingin berehat untuk pendakian yang dilakukan esok.setelah beberapa ketika mereka berdua pun tidur.
SINOPSIS BAB 19
Doktor Fikri kagum melihat panorama di sekitar Gunung Kinabalu. Mereka mula mendaki gunung itu dengan bantuan jurupandu. Mereka akhirnya sampai di Panabalan iaitu sebuah rumah rehat sebelum meneruskan pendakian pada dinihari esoknya.
SINOPSIS BAB 20
Doktor Fikri terpisah dari ibu bapanya semasa pendakian. Dia keseorangan. Tiba-tiba muncul seekor naga yang menggerunkan.Doktor Fikri cuba menyelamatkan dirinya namun naga itu memuntahkan bebola api yang telah terkena sebahagian badan Doktor Fikri.Belum sempat naga itu memakan Doktor Fikri,dia terlebih dahulu jatuhb ke dalam gaung.
SINOPSIS BAB 21
Doktor Fikri terjatuh dari katilnya sambil menjerit. Penghuni di Panabalan gempar dengan jeritan itu.Cikgu Saiful pun memanggil nama Doktor Fikri selepas membuka lampu gasolin yang terdapat disitu.Ibu Doktor Fikri cuba menenangkan Doktor Fikri dengan menanyakan apa yang sudah berlaku.Doktor Fikri menyatakan yang dia bermimpi bahawa dia akan dimakan naga dan terjatuh di dalam gaung yang ternyata hanya jatuh dari katil.Doktor Fikri bernasib baik kerana semua itu hanya mimpi.