Anda di halaman 1dari 25

EDU 3107 :

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak


Tajuk 2 : Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Jenis perkhidmatan bimbingan


Jenis kaunseling Etika kaunselor

Inventori, taksiran dan rekod


Penilaian Bimbimgan (bekalan maklumat)

Jenis Perkhidmatan Bimbingan


Konsultasi dan rujukan

6 Komponen

Kaunseling

Penempatan dan tindakan susulan

tindakan pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara keseluruhan, dan klien secara spesifik.
2 teknik yang biasa digunakan oleh GBK untuk mengumpul maklumat murid:

Teknik Ujian
Merangkumi pelbagai ujian psikometrik dan ujian psikologi sedia ada.

1.1 Inventori

(Senarai Semak Masalah Mooney, Ujian Personaliti, Skala Konsep Kendiri, Ujian Minat Kerjaya dan sbg.) Termasuk ujian yang dibentuk oleh GBK atau yang diubahsuai daripada ujian-ujian piawai selaras dengan budaya tempatan. Teknik Bukan Ujian Senarai semak, pemerhatian, soal selidik, temubual, rekod prestasi dan sbg.

Bermaksud usaha GBK untuk menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.

1.2 Taksiran
Taksiran yang dibuat boleh berbentuk objektif atau subjektif. Taksiran bertujuan untuk membantu individu lebih memahami dirinya.

3 jenis rekod yang perlu diwujudkan oleh GBK, iaitu:

1.3 Rekod

a) Buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling b) Rekod sesi bimbingan dan kaunseling c) Rekod program bimbingan dan kaunseling

Mengandungi beberapa bahagian penting seperti: Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling yang terdiri daripada 8 bidang (Lampiran B)

a) Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Laporan aktiviti harian Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan atau Kaunseling Individu, Sesi Bimbingan atau Kaunseling Kelompok Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan atau Kaunseling Individu, Sesi Bimbingan atau Kaunseling Kelompok Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan atau Kaunseling Individu, Sesi Bimbingan atau Kaunseling Kelompok Anggaran perbelanjaan program yang perlu dirancang

b) Rekod Sesi Bimbingan atau Kaunseling

Mengandungi perkara-perkara seperti: Masa perkhidmatan diberikan Nombor rujukan klien Jantina dan bangsa klien Jenis kes bimbingan dan kaunseling

c) Rekod Program Bimbingan dan Kaunseling

Mengandungi perkara-perkara seperti:


Masa aktiviti Bidang aktiviti

Objektif aktiviti
Jenis aktiviti Kumpulan Sasaran

Terdiri daripada bimbingan yang bercirikan perkembangan merangkumi 3 domain umum, iaitu:
1. Perkembangan peribadi dan sosial 2. Perkembangan akademik 3. Perkembangan kerjaya

2. Bimbingan

Pelbagai aktiviti boleh dirancang bagi setiap domain sehingga terbentuk satu kurikulum bimbingan.

Sama seperti kurikulum bagi satu-satu mata pelajaran, kurikulum bimbingan juga mempunyai matlamat bagi domain yang ditetapkan, dan kompetensi bagi setiap tahap persekolahan.

Perkhidmatan kaunseling dijalankan secara individu atau kelompok. Klien untuk kaunseling individu atau ahli kauseling kelompok terdiri daripada 3 kategori, iaitu:

3. Kaunseling

i. Sukarela ii. Dijemput iii. Dirujuk

Sebelum GBK menjalankan kaunseling individu dan kelompok, urusan mengenai borang temu janji hendaklah lengkap. Semua kategori klien ini perlu mengisi borang memohon kebenaran meninggalkan kelas untuk menghadiri sesi kaunseling.

Individu

Klien yang datang secara sukarela

Klien hendaklah mengisi borang temu janji, iaitu Pemohonan Mendapatkan Khidmat Kaunseling (Lampiran C), kemudian serahkan kepada GBK atau masukkan ke dalam peti kaunseling di luar bilik bimbingan dan kaunseling. Sekiranya tidak timbul sebarang masalah dari segi masa dan tarikh bagi sesi kaunseling tersebut, klien seterusnya hendaklah mendapatkan Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas (Lampiran F) daripada GBK untuk diisi maklumat yang diperlukan sebelum menjalani sesi kaunseling pada hari berkenaan.

Guru kaunseling hendaklah mengisi Borang Rujukan Khidmat Kaunseling (Lampiran D) bagi klien yang dirujuk. Klien yang dijemput pula mengisi Borang Khidmat Kaunseling Individu (Lampiran E).

Klien yang dirujuk atau dijemput

Klien perlu membawa bersama Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu (Lampiran F) semasa mereka menjalani sesi kaunseling nanti. Surat tersebut telah pun ditandatangani oleh guru mata pelajaran yang masuk ke kelas semasa sesi kaunseling dijalankan (jika pada waktu persolahan).

Kelompok

Ahli kelompok yang datang secara individu

Ahli-ahli kelompok ini akan mengisi borang temu janji (Lampiran G), kemudian serahkan kepada GBK atau masukkan ke dalam peti kaunseling di luar bilik bimbingan dan kaunseling. Sekiranya tidak timbul sebarang masalah dari segi masa dan tarikh bagi sesi kaunseling tersebut, klien seterusnya hendaklah mendapatkan Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas (Lampiran J) daripada GBK untuk diisi maklumat yang diperlukan sebelum menjalani sesi kaunseling pada hari berkenaan.

Ahli kelompok yang dirujuk

Guru kelas / guru mata pelajaran / guru disiplin yang ingin merujuk kanak-kanak untuk menjalani kaunseling kelompok hendaklah mengisi Borang Rujukan Khidmat Kaunseling Kelompok (Lampiran H), kemudian berjumpa dan serahkan kepada GBK untuk menguruskan sesi kaunseling kelompok pada tarikh dan masa yang sesuai, sama ada pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
Mereka juga perlu dapatkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Kelompok (Lampiran J) yang ditandatangani oleh guru kelas / mata pelajaran pada tarikh dan masa sesi kaunseling kelompok diadakan.

Ahli kelompok yang dijemput

GBK perlu mengisi Borang Khidmat Kaunseling Kelompok (Lampiran I) serta Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Kelompok (Lampiran J).

Kemudian berjumpa dan serahkan kepada guru mata pelajaran yang masuk ke kelas semasa sasi kaunseling dikendalikan (jika pada waktu persekolahan).

Melalui perkhidmatan ini, GBK akan membantu kanak-kanak untuk membuat keputusan mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain.

4. Penempatan dan Tindakan Susulan

Cth : Menguruskan permohonan kanak-kanak Tahun 6 ke sekolah menegah berasrama penuh, atau sekolah menengah agama. Penempatan sedemikian melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan kaunseling yang relevan dengan pilihan mereka. Tindakan susulan pula melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.

Data tersebut amat penting bagi penilaian program bimbingan dan kaunseling sekolah.

Guru bimbingan perlu peruntukkan masa untuk berjumpa dengan ibu bapa mengadakan sesi rundingcara dengan guru-guru lain dan sebagainya.

5. Konsultasi dan Rujukan

Cth: Bagi mengurangkan tingkah laku menggangu dalam kalangan kanak-kanak, adalah lebih berkesan sekiranya melibatkan kerjasama dan usahasama kedua-dua pihak ibu bapa dan guru.
Melalui konferens ibu bapa / penjaga bersama guru, pelbagai strategi boleh difikirkan dan dirancang untuk dilaksanakan bukan sahaja dalam bilik darjah, bahkan di rumah juga. Kolaborasi bestari yang terbina anatara GBK, ibu bapa dan guru akan memudahkan langkah membuat rujukan serta mengambil tindakan susulan, sekiranya perlu.

6. Penilaian

GBK dikehendaki membuktikan sejauh mana perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menyumbang kepda kejayaan kanak-kanak seperti prestasi akademik dan perkembangan psikososial mereka. Terdapat 3 jenis penilaian, iaitu:
i. Penilaian Personalia ii. Penilaian Program iii. Penilaian Hasil

Menggambarkan penilaian terhadap GBK melalui data proses yang dikumpulkan.

Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti :

i. Penilaian Personalia

Bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis Bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok Bilangan konferens ibu bapa Bilangan panggilan telefon kepada ibu bapa / penjaga atau agensi luar

Juga dikenali sebagai penilaian umum.


Penilaian ini tidak boleh mengukur kualiti hubungan profrsional GBK tetapi dapat memberi maklumat mengenai skop dan liputan program kaunseling yang diberikan.

Menggambarkan status program bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah ditetapkan. Beberapa teknik boleh digunakan untuk tujuan pengumpulan data persepsi.

ii. Penilaian Program

Contohnya:
Skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan / atau kanak-kanak Temu bual dijalankan secara rawak dengan guru-guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan

Sampel skala pemeringkatan bagi satu item tentang perkhidmatan kaunseling individu dan kaunseling kelompok.

Penilaian ini menjawab soalan, Sejauh manakah impak program (aktivtii dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik mereka?

iii. Penilaian Hasil

Antara data hasil yang dikutip termasuk :


kadar penambahbaikan dari segi kehadiran murid markah dan gred skor pencapaian tingkah laku dalam bilik darjah Kadar penurunan kes disiplin

Anda mungkin juga menyukai