Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan sistem wang berbanding dengan sistem barter(kaitan dengan Fungsi wang dan

Kelemahan Sistem Barter)

1. Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran. Dengan ini sistem wang
lebih baik kerana urusniaga dijalankan tanpa melibatkan dua kehendak serentak dan
ini menjimatkan masa. Manakala sistem barter pula memerlukan dua kehendak serentak
dalam urusniaganya dan memerlukan masa yang lebih lama.

2. Wang berfungsi sebagai alat ukuran nilai. Dengan ini, dalam sistem wang,
barangan diukur berasaskan matawang yang digunakan. Manakala dalam sistem barter,
amat sukar unutk menentukan nilai sesuatu barangan kerana tiadanya suatu ukuran
nilai yang tetap.

3. Wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. Dengan ini, sistem wang lebih baik
kerana nilai wangnya lebih stabil dan boleh disimpan di institusi kewangan.
Manakala sistem barter melibatkan komoditi yang cepat rosak dan tidak tahan lama
serta nilainya kurang stabil.

4. Wang berfungsi sebagai alat bayaran tertunda. Dengan ini, sistem wang lebih
baik kerana wang membolehkan individu membeli pada masa sekarang dan membayar pada
masa hadapan. Manakala dalam sistem barter, bayaran tertunda tidak boleh
dijalankan kerana komoditinya tudak tahan lama dan nilainya tidak stabil.