Anda di halaman 1dari 1

Faktor Mempengaruhi Perubahan Struktur Ekonomi Negara

Jelaskan faktor-faktor yang mendorong perubahan struktur ekonomi negara dari


sektor utama kepada sektor kedua.
1.langkah mempelbagaikan ekonomi
-langkah mempelbagaikan ekonomi membuka lebih ruang dan pilihan untuk
mempertingkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara
-negara boleh mengeksport barangan separuh siap dan barangan siap dengan hasil
yang lebih lumayan

2.kehausan sumber-sumber asli negara


-sumber asli seperti bijih timah, perhutanan, petroleum dan gas asli mengalami
kehausan
-akibatnya lombong akan ditutup kerana kos pengeluaran semakin meningkat dan tidak
ekonomik untuk diusahakan

3.galakan industri penggantian import


-galakan industri penggantian import dapat mengatasi masalah imbangan dagangan
negara yang negatif
-industri penggantian import lebih tumpu kepada industri ringan seperti pembuatan
sabun, makanan dan minuman
-ini dapat mengurangkan import dan menjimatkan pertukaran asing untuk kegunaan
bidang pembangunan lain

4.peningkatan dalam pendapatan dan taraf hidup penduduk


-melalui perubahan struktur ekonomi, kerajaan dapat meningkatkan pendapatan dan
taraf hidup penduduk sebab perkembangan sektor kedua mewujudkan lebih peluang
pekerjaan
-pendapatan penduduk tinggi
-permintaan terhadap barang perkilangan dan perkhidmatan-perkhidmatan meningkat
-taraf hidup penduduk meningkat