Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Cukai Import Kepada Sesebuah Negara

(a)Mendatangkan hasil kepada kerajaan


Duti import membolehkan kerajaan membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan. Pada tahun 2005, jumlah hasil daripada duti import adalah srbanyak
RM4148 juta, mewakili 15.9% daripada hasil cukai tidak langsung.

(b)Memberi perlindugan kepada industri tempatan


Duti Import akan menaikkan harga barang-barang import dan mengurangkan kebolehan
barang ini untuk bersaing dengan barang-barang tempatan. Akibatnya, permintaan
barang-barang tempatan akan meningkat dan industri tempatan akan terus berkembang.

(c)Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan


Duti import member perlindungan kepada industri tempatan untuk meningkatkan
pengeluaran. Perkembangan industri tempatan dapat mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan.

(d)Membaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran sebuah negara


Duti import menaikkan harga barang-barang import dan permintaan untuk barang-
barang import akan jatuh. Kejatuhan import dapat menaiki kedudukan imbangan
perdagangan dan imbangan pembayaran ssebuah negara.

(e)Mengatasi lambakan
Lambakan bererti menjual sesuatu barang dengan harga yang sangat murah di pasaran
luar negara berbanding dengan negara asalnya (biasanya lebih rendah daripada kos
pengeluaran di pasaran luar negara). Lambakan dari luar negara akan mengancam
perkembangan industri tempatan sesebuah negara. Duti import yang dikenakan dapat
mengelakkan pasaran tempatan daripada lambakan pengeluar asing.

Tujuan kerajaan mengenakan duti eksport:


(a)Mendatangkan hasil daripada kerajaan
Duti eksport dapat digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan. Pada tahun
2005, duti eksport menyumbang 6.3% daripada jumlah hasil cukai tidak langsung.

(b)Menyekat bahan mentah terus dieksport ke luar negara


Duti eksport dapat menyekat bahan mentah daripada terus dieksport tanpa diproses
menjadi barang separuh siap atau barang akhir. Polisi kerajaan ini adalah untuk
menggalakkan pengeluar keluaran utama memproses dan menambah nilai terhadap
barangan mereka sebelum dieksport ke luar negara. Contohnya, kayu balak harus
diproses menjadi papan dan perabot, getah harus diproses menjadi tayar dan sarung
tangan, dan minyak kelapa sawit harus diproses menjadi petrokimia dan asid lemak.

(c)memajukan industri yang berasaskan sumber tempatan


Duti eksport akan menggalakkan bahan mentah diproses dalam negara. Hal ini akan
mendorong kepada perkembangan dan mewujudkan peluang pekerjaan oleh industri yang
berasaskan sumber tempatan.

Duti eksais ialah cukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dikeluarkan
dalam negara dan hendak dijual di pasaran dalam negara.
Tujuan kerajaan mengenakan duti eksais:
(a)Mendatangkan hasil kepada kerajaan
Pada tahun 2005, duti eksais mendatangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM6331
juta.
(b)Menyekat orang ramai daripada menggunakan sesetengah barang seperti rokok dan
minuman keras yang boleh menjejaskan kesihatan.