Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Perdagangan Antarabangsa

-kebaikan perdagangan antarabangsa boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu


kebaikan kepada pengguna(1,2,3), kebaikan kepada pengusaha(4,5,6,7) dan kebaikan
kepada negara(8,9).

1.Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negeri


-Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang kerana terdapatnya pelbagai
halangan seperti perbezaan iklim, tanih dan sebagainya. Oleh itu, perdagangan
antarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh barang yang tidak dikeluarkan
oleh negara berkenaan. Misalnya, Jepun yang tidak mempunyai gas asli cecair dapat
menggunakan sumber tersebut apabila menjalankan perdagangan antarabangsa dengan
Malaysia

2.Menawarkan pilihan yang pelbagai


-Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang dapat diimport. Ini dapat
memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan
kemampuannya. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta,
sama ada model tempatan atau model import. Pilihan yang luas ini akan meningkatkan
taraf hidup para pengguna.

3.Menikmati barang dengan harga yang murah


-Perdagangan antarabangsa menggalakkan pengkhususan. Pengkhususan meningkatkan
kemahiran dan kecekapan pengeluaran dan membolehkan pengeluaran barang dikeluarkan
secara besar-besaran. Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barang
dikeluarkan pada harga yang lebih mudah dan dengan mutu yang lebih baik.

4.Meluaskan pasaran
-Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara dieksport ke
luar negara. Hal ini demikian kerana pasaran antarabangsa adalah lebih luas
berbanding dengan pasaran tempatan. Pasaran yang lebih luas membolehkan firma
memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan pendapatan
negara.

5.Menggalakkan penggunaan teknologi


-Melalui perdagangan antarabangsa, pengeluar tempatan boleh mengimport mesin dan
alat-alat yang lebih moden untuk digunakan dalam proses pengeluaran. Kemasukan
teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan memesatkan perkembangan
industri tempatan.

6.Meningkatkan kecekapan pengeluaran


-Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa, maka wujudlah
terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh negara berkenaan. Persaingan ini akan
menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang yang lebih bermutu dengan kaedah
pengeluaran yang lebih cekap. Sebagai kesannya, persaingan dapat menghalang firma
monopoli mengenakan harga yang lebih tinggi. Di samping itu, persaingan boleh juga
menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepat penggunaan
teknologi baru.

7.Menambah peluang pekerjaan


-Dalam ekonomi dunia yang sedang berkembang, permintaan terhadap barang eksport
sesebuah negara akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini akan menggalakkan
pengeluar dan pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya. Justeru
peluang pekerjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan serta masalah
pengangguran dalam negeri akan dapat dikurangkan.

8.Menggalakkan pelaburan
-Apabila sesebuah negara menjalankan dasar ekonomi terbuka, maka negara tersebut
dapat menggalakkan kemasukan pelaburan asing. Malaysia membernarkan aliran masuk
pelaburan langsung asing (FDI), khasnya dalam sektor Eksport kerana FDI dapat
mempercepat pertumbuhan ekonomi. Selain itu, Malaysia membenarkan perkongsian
ekuiti dengan pelabur asing seperti yang berlaku dalam industri kereta nasional
dan penerbangan awam.

9.Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang


-Perdagangan antarabangsa dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasam antara
negara. Ini dapat mewujudkan hubungan yang baik dari segi politik, sosial dan
kebudayaan antara rakan dagang.