Anda di halaman 1dari 1

Keburukan Perdagangan Antarabangsa

1.Merugikan negara membangun


-perdagangan antarabangsa merugikan negara membangun yang mengeksport bahan mentah
sebaliknya menguntungkan negara maju yang mengeksport barang perkilangan yang
memounyai harga tinggi
-maka negara maju memperoleh barang import yang lebih banyak jumlahnya dengan
hanya menukarkan barang eksport yang sedikit tetapi sama nilainya
-wujud perbezaan kakayaan antara negara maju dengan negara membangun

2.Terlalu bergantung kepada sektor eksport atau import


-pertumbuhan ekonomi negara yang terlalu bergantung kapada eksport terjejas jika
harga barang dieksport jatuh. Kadar pengangguran sektor terbabit meningkat.
Pendapatan negara juga jatuh.
-negara yang terlalu bergntung kepada sektor import juga hadapi risiko tinggi
seperti peperangan di negara pengeksport dan tindakan sabotaj negara pengeksport
yang hentikan urusniaga pada bila-bila masa.

3.Mengamalkan pengkhususan berlebihan


Negara yang mengamalkan pengkhususan berlebihan terdedah kepada risiko seperti:
-kejatuhan harga barang eksport
-negara pesaing menjadi semakin cekap dalam industri sama (cth pengeluaran kereta
Jepun menjejaskan industri kereta Eropah)
-wujud barang pengganti yang kompetitif di pasaran dunia (cth getah tiruan yang
lebih murah)

4.Kurang mobiliti sumber


-bila permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara berkurang, buruh hadapi
masalah mobiliti pekerjaan sebab pengalaman dan kemahirannya dalam industri
tertentu tidak dapat diserap untuk kegunaan industri lain
-buruh juga hadapi masalah mobiliti geografi sebab negara asing mengenakan
berbagai sekatan seperti permit kerja,levi dan visa

5.Mengamalkan dasar perlindungan


-kebebasan eksport dan import dihalang oleh sekatan perdagangan yang dikenakan
untuk melindungi industri tempatan sesebuah negara
-perlindungan yang diberi kepada industri tempatan menyebabkan industri tempatan
tidak cekap

6.Menimbulkan masalah lambakan


-melalui perdagangan antarabangsa, sesetengah negara pengeksport boleh melakukan
lambakan. Lambakan ialah menjual barang keluaran dengan harga yang lebih rendah
daripada keluaran industri tempatan. Tujuan lambakan adalah menghabiskan lebihan
penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing supaya wujud monopoli di pasaran
dunia
-industri tempatan juga terjejas

7.Menyebarkan budaya tidak sihat


-melalui perdagangan antarabangsa, nilai dan budaya tidak sihat mudah tersebar.
Mungkin wujudnya masalah sosial masyarakat tempatan.
-cth : pengambilan dadah, cara berpakaian, pergaulan bebas