Anda di halaman 1dari 4

SKRIP MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Yang Berusaha En. Mohd Noor bin Omar, Guru Besar SKKBS, Yang Dihormati En. Noor Adzmee bin Mohd Daud, Guru Penolong Kanan 1, Puan Anisah Roslina bt Awang, GPK HEM, ____________________________, GPK KO, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan digerakkan minda untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan KABARUS bagi menjayakan pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah pada hari ini. Irama beralun gendang dipalu, langkah diayun berpasang-pasangan, 56 tahun telah berlalu, Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku Itulah tema sambutan kemerdekaan tahun ini.

Hadirin sekalian,

Sedar tak sedar negara kita, Malaysia, kini sudah menjangkau usia 56 tahun. Banyak perubahan maju yang boleh kita nampak terhadap negara ini dari semasa ke semasa. Namun, kita harus akui kejayaan dan tranformasi yang kita kecapi hari ini bukanlah datang dalam sekelip mata. Tetapi, hakikatnya ia berlaku atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban jiwa dan raga. Murid-murid yang dikasihi sekalian, Jika kita imbas semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita mungkin tidak boleh merdeka kalau rakyatnya sendiri tak bersatu-padu. Dasar pecah dan

perintah oleh penjajah telah menyebabkan rakyat berpecah-belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina dan India sama India. Tapi atas perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan kita semua disatukan. Maka wujudlah bangsa 1Malaysia yang ada pada hari ini. Justeru, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia inilah yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang. Justeru itu, rasa cinta akan negara perlu disemai dalam diri agar kesejahteraan yang dinikmati sekarang berkekalan. Warga SKKBS yang dihormati sekalian, Bagi meneruskan acara majlis dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Berusaha En Mohd Noor bin Omar, Tuan Guru Besar untuk mengetuai majlis penyerahan bendera kepada guru-guru SK KABARUS. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Noor atas majlis penyerahan bendera tadi.

Bagi meneruskan lagi acara, marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan 2 buah lagu kemerdekaan iaitu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos. Terima kasih diucapkan kepada semua kerana dapat menyanyi dengan penuh semangat.

Warga KABARUS yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan laungan kemerdekaan yang diketuai oleh En, Sabran bin _________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih En. Sabran kerana mengetuai laungan yang begitu bersemangat tadi. Seterusnya, sebagai acara kemuncak pada pagi ini, majlis menjemput Tuan Guru Besar diiringi oleh semua GPK untuk tampil kehadapan untuk merasmikan upacara pemotongan kek Merdeka Raya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian beliau menyempurnakan acara pemotongan kek sebentar tadi.

Bagi meneruskan lagi majlis pada hari ini, diminta semua murid untuk berdiri bagi menyanyikan lagu-lagu patriotic sempenara bulan kemerdekaan ini. (Murid sahaja nyanyi)

Terima kasih kerana menyanyikan lagu dengan baik dan penuh bersemangat sekali.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi sajak oleh Cg. Emir Din b Baharuddin dan Ustaz Mutawalli b Ibrahim. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan sekalung penghargaan pada Cg Emir dan Ustaz Mutawalli atas persembahan deklamasi sajak itu tadi. (minta mana-mana guru @ pelajar untuk membuat persembahan)

Warga KABARUS sekalian, Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat, Bersama kita menyambut merdeka; Bersatu berazam penuh semangat, Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Dengan ini sempurnalah sudah majlis sambutan kemerdekaan pada hari ini di dewan KABARUS ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua untuk terus bersama sepanjang majlis pada pagi ini. Aktiviti seterusnya iaitu pertandingan mewarna akan diteruskan di kelas masing-masing selepas rehat. Akhir kata,

Degupkanlah Jantung Kita Nyatakanlah Dalam Hati Kita Berbangga Menjadi Rakyat Malaysia Tempat Tumpahnya Darah Ini.

Tenang-tenang air di kali, Tempat mandian putra puteri; Sempurna sudah majlis dirai, Salah dan silap harap dimaafi.

Sekian.