Anda di halaman 1dari 1

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PERUTUSAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2013
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurniaNya, kita dapat bersama-sama lagi menyambut perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) di seluruh negara pada tahun ini. Penganjuran HKS dilihat sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memastikan pencapaian hasrat transformasi pendidikan negara dapat dicapai. KPM amat komited bagi memastikan pelaksanaan strategi dasar pendidikan negara untuk meralisasikan misi, visi dan matlamat pendidikan negara. Justeru kesepaduan dalam memberikan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak seperti ANGKASA amat dialu alukan bagi memastikan kesinambungan pembangunan koperasi sekolah dan perkembangan dunia pendidikan dapat disesuaikan masa kini tanpa menjejaskan hasrat dasar tersebut. Perancangan dan kerjasama yang terjalin sekian lama ini telah menarik minat beberapa Negara untuk mendalami dan mengaplikasi strategi serta mekanisme yang digunapakai pengurusan koperasi sekolah-sekolah di Malaysia. Negara seperti Mauritius dan negara dunia ketiga contohnya, kagum bagaimana kita menjalankan koperasi sekolah sehebat koperasi dewasa. Ini memberi gambaran bahawa mereka mengiktiraf kegiatan koperasi sebagai suatu medium yang mampu mengubah kehidupan dengan mengurangkan kadar kemiskinan sekaligus menjadi peneraju ekonomi. Justeru penganjuran HKS diharap dapat menggarap paradigma baru dalam meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat koperasi di kalangan pelajar. Akhir sekali, syabas diucapkan kepada seluruh warga sekolah yang berusaha gigih bagi memastikan HKS 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selamat Menyambut Hari Koperasi Sekolah.

TAN SRI DATO HAJIMUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Anda mungkin juga menyukai