Anda di halaman 1dari 12

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH PELAJARPELAJAR SAINS DI MALAYSIA Siti Rahayah Ariffin, Rosadah Abd Majid,

Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, Anisa Alias, Shahrir Samsuri, Basri Hassan, Nor Azaheen Abdul Hamid

ABSTRAK Kemahiran Pemikiran Kritikal merupakan kemahiran yang sangat penting dalam semua profesion. Jelaslah di sini terdapat keperluan yang serius untuk kita mempersiapkan masyarakat secara amnya, dan para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritikal bagi menghadapi pelbagai cabaran dan situasi yang bakal ditempuhi. Ini ditegaskan dalam Cornell Critical Thinking Skills (1989) yang menegaskan kepentingan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Adalah penting bagi seseorang individu diterapkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah untuk berupaya mengambil tindakan yang jitu dan bertanggung jawab terhadap implikasi yang dihadapi. Kertas ini bertujuan membincangkan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar sains di Malaysia berumur 16 hingga 17 tahun. Seramai 846 pelajar telah menjawab Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument MyCT). Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4 sub-konstruk iaitu Taakulan (reasoning), Analitikal dan Logik (analytica and logical), Kecenderungan (disposition) dan Andaian (assumption). Profil pelajar sains menunjukkan keupayaan membuat kecenderungan (disposition) adalah paling tinggi (73.74), diikuti taakulan (reasoning) (62.10), andaian (assumption) (58.63) dan paling rendah adalah analitikal dan logikal (analytical dan logical) (35.63). Hasil analisis Anova satu-hala (one-way Anova) mendapati kemahiran kritikal lebih tinggi di kalangan pelajar Melayu berbanding Cina dan India. Perbezaan ini di dapati signifikan (F=5.25, p< 0.001) bagi sub-konstruk taakulan (reasoning), (F=4.71, p<0.005) bagi sub-konstruk analitikal dan logikal (analytical and logical) dan (F=2.72, p<0.005) bagi sub-konstruk andaian (assumtions). Sementara dari analisis Ujian-t, mendapati pelajar lelaki dan perempuan, pelajar dari sekolah bandar dan luar bandar, serta pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi dan rendah tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi keempat-empat sub-konstruk kemahiran kritikal. Kesimpulan kajian ini menunjukkan pelajar sains mempunyai kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang berstruktur dan mantap kerana mereka telah dilatih dalam kerja amali dan bengkel di makmal. Implikasi kajian kepada semua pengajar yang mengajar pelajar aliran sains, perlu memberi penekanan kepada kemahiran yang lemah dengan mempelbagai strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta memberi perhatian kepada perbezaan individu pelajar tersebut. Kata kunci: Malaysian Critical Thinking Skills Instrument (MyCT), kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah, taakulan (reasoning), analitikal dan logikal (analytical and logical), kecenderungan (disposition) dan andaian (assumption).

PENGENALAN Manusia diciptakan oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini yang diberi berbagai keistimewaan dan kelebihan dari makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal fikiran. Akal fikiranlah yang membezakan manusia dengan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual

knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan penaakulan minda (akal). Kemahiran berfikir telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia sejak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi yang juga dikenali sebagai pemikiran kritis yang merangkumi pemikiran kreatif. Dalam menjana pemikiran kritis dalam kehidupan, Socrates telah menggunakan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan menjana dan memberi buah fikiran seseorang. Sarananya juga betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi yang disebut sebagai deep questions diajukan untuk menggalakkan seseorang berfikir secara kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan layak diterima pakai. Metod penyoalan Socrates yang dikenali sebagai Socrates questioning atau Penyoalan Socratic masih dianggap sebagai cara terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan masih banyak diamalkan hingga kini. Ide Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh Plato (murid Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran Socrates) dan Aristotle (seorang lagi ahli falsafah Greek). Mereka dan ahli falsafah Greek yang lain menyarankan betapa perlunya manusia berfikir sebelum menerima sesuatu. Dalam abad ke dua puluh, tokoh-tokoh seperti Benjamin Bloom bersama rakan-rakanya yang lain termasuk Krathwohl telah mendalami konsep penggunaan soalan seperti yang disarankan oleh Socrates dalam menjana kemahiran berfikir dengan berlandaskan domain kognitif. Bloom adalah orang orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan istilah aras pemikiran atau level of thought processes. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh digembelingkan dengan menggunakan soalan atau objektif pengajaran aras tinggi juga. Bloom juga menyatakan bahawa keghairahan guru menggunakan soalan atau objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif atau kritis. Bertitik tolak dari sejarah kemahiran berfikir, maka Kemahiran berfikir dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi. Dalam menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif seperti yang di ketengahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif) telah dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu; kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda untuk menilai kesahan atau kebaikan sesuatu ide, buah fikiran di samping membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisa data atau maklumat. PENYATAAN MASALAH Pemikiran kritikal adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengetengahkan Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan harapan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERI). Justeru sebagai salah satu usaha untuk memperkembangkan aspek Intelek, Kurikulum KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif) telah dibentuk dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara kita. Amalan KBKK menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran agar pelajar-pelajar kita mampu untuk menyesuaikan diri dalam arus perkembangan semasa yang menuntut seseorang itu mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan bijak terutamanya tuntutan di alam pekerjaan dalam era teknologi kini.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL Kini kita hidup di dalam masyarakat yang sangat kompleks dan berkembang maju. Maklumat dan ilmu pengetahuan sering kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan maklumat berlaku dengan cepat. Jadi kita seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk terus menimba ilmu pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal ditempuhi. Menurut Chaffee (1997) yang menyatakan bahawa proses belajar dan berfikir adalah proses yang saling berkait sepanjang hayat. Dalam kehidupan seharian kita sering diajukan dengan soalan-soalan yang mencabar minda dan kritis. Manakala dalam bidang pendidikan juga kita sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita menyoal soalan yang releven kemudian disokong dengan fakta yang kukuh tentang sesuatu isu yang telah dinyatakan serta memperolehi suatu rumusan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan masyarakat secara amnya, dan para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritikal bagi menhadapi cabaran globalisasi. Menurut pakar-pakar pendidikan (Goldman, Hasselbring et. Al. 1997; Montague, Wagner & Morgan 2000) yang menegaskan keperluan untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. Manakala dalam Cornell Critical Thinking Skills (1989) menekankan keperluan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Jadi adalah penting bagi seseorang graduan untuk memperolehi kemahiran berfikir untuk menjadi pemimpin yang efektif. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membincangkan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah di kalangan pelejar-pelajar sains di Malaysia yang berumur sekitar 16 hingga 17 tahun. Implikasi kajian ini kepada semua tenaga pengajar yang mengajar pelajar-pelajar aliran sains adalah besar. Mereka mungkin perlu mengubah gaya pengajaran dan memberi penekanan kepada kemahiran tertentu. KEPENTINGAN KAJIAN Adalah amat diharapkan dapatan kajian ini mampu membantu semua pengajar yang mengajar pelajar aliran sains supaya memberi penekanan yang lebih kepada kemahiran yang lemah dengan mempelbagaikan strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta memberi perhatian kepada perbezaan individu pelajar tersebut. DEFINISI KONSEPTUAL PEMIKIRAN KRITIKAL Terdapat pelbagai tafsiran tentang pemikiran kritikal. Berikut dikemukakan beberapa definisi pemikiran kritikal oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir: 1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritikal adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. 2. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai kebolehan individu untuk melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu utama dan membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang tepat daripada maklumat dan data yang ada, dan seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai bukti.

3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritikal adalah manifestasi pemikiran reflektif. Ia termasuklah penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan mengamalkan pemikiran terbuka. 4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Umumnya. kebanyakan ahli fikir bersetuju bahawa pemikiran kritikal dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini bermakna, pemikiran kritikal ialah satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan dan tindakan. Ini adalah selari dengan pendapat Dr. Richard Paul, Pengasas dan Pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dalam pemikiran kritis di Amerika Syarikat. Seterusnya, Facione (2007) dalam essei beliau Critical Thinking: What Is It and Why It Counts telah mengemukakan definisi pemikiran kritikal yang dirumuskan daripada pendapat sekumpulan pakar. Definisi tersebut adalah hasil kajian yang beliau lakukan pada tahun 1990 dan dikemukakan dalam Laporan Delphi (The Delphi Report). Pakar merumuskan bahawa konsep asas yang terpenting dalam pemikiran kritikal ialah kebolehan menginterpretasi (interpretation), membuat analisis, menilai, membuat inferensi, menghuraikan dan kawalan kendiri (selfregulation).

METODOLOGI Instrumen pemikiran kritikal di Malaysia dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Siti Rahayah Ariffin yang diberi nama Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument - MyCT) versi 1 (2008). Inisiatif pembinaan instrumen ini diharapkan dapat mengukur tahap pemikiran kritikal pelajar dalam konteks budaya Malaysia. Kita tidak lagi perlu bergantung pada instrumen yang dihasilkan oleh negara lain yang kadangkala item-item yang disediakan tidak sesuai dengan budaya dan gaya hidup negara kita. Instrumen ini telah melalui pelbagai peringkat pengesahan. Antaranya melalui temubual dan pandangan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan pemikiran kritis mengenai ciri-ciri atau konstruk yang hendak diukur. Maka, sub-konstruk pemikiran kritikal yang terdapat dalam instrumen ini ialah taakulan (reasoning), analitikal & logik (analytikal & logic), kecenderungan (disposition) dan andaian (assumption). Instrumen ini dibahagikan kepada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengenai maklumat demografi. Terdapat 13 maklumat yang perlu diisi oleh pelajar iaitu nama, nama sekolah, alamat sekolah, tingkatan, negeri asal, jantina, bangsa, kategori sekolah, aliran pengajian, pekerjaan bapa, pekerjaan bapa, pendapatan keluarga dan keputusan PMR (setiap matapelajaran yang diduduki). Bahagian B pula mengandungi 62 item yang dibahagikan pula kepada empat bahagian. Empat bahagian tersebut adalah berdasarkan empat sub-konstruk yang hendak diukur dalam domain pemikiran kritikal. Data yang digunakan adalah dalam bentuk multiple response analysis atau mixed rating scale. Berikut adalah senarai pembahagian item mengikut konstruk:

i.

ii.

iii.

iv.

Sub-konstruk taakulan (reasoning), B (I) mengandungi 36 item. Item-item ini adalah untuk mengenalpasti kebolehan penakulan pelajar. Respon pelajar adalah berbentuk objektif aneka pilihan (multiple choice questions) yang mempunyai tiga pilihan jawapan iaitu A, B atau C atau disebut sebagai data dikotomus. Sub-konstruk analitikal dan logik (analytical and logic),B (II) mengandungi 10 item. Item-item ini adalah untuk mengenalpasti keupayaan pelajar berfikir secara analitikal dan logic. Respon pelajar juga berbentuk objektif aneka pilihan yang mempunyai tiga pilihan jawapan iaitu 1, 2 atau 3 dan kategori data dikotomus. Sub-konstruk kecenderungan (disposition), B (III) mengandungi 12 item. Item-item ini adalah untuk mengenalpasti kebolehan individu mengawal kecenderungan diri dengan jelas dalam sesuatu masalah yang diberi. Respon pelajar pula berbentuk skala Likert yang terdiri daripada lima pilihan iaitu 1, 2, 3, 4 dan 5 dan jenis data ini dikenali sebagai data politomus. Sub-konstruk andaian (assumption), B (IV) yang mengandungi 4 item. Item-item ini pula untuk mengenalpasti kebolehan pelajar membuat andaian atau kesimpulan (assumption) berdasarkan fakta dan analisis yang dibuat. Respon pelajar adalah berbentuk dua pilihan jawapan iaitu benar atau salah, juga kategori data dikotomus.

DAPATAN KAJIAN Profil Sampel Kajian Jadual 1 menunjukkan komposisi pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 846 pelajar yang terdiri daripada 342 orang (40.4%) adalah pelajar lelaki dan 504 orang (59.6%) adalah pelajar perempuan. JADUAL 1 Profil Sampel Kajian Keterangan Kekerapan Lelaki 342 Perempuan 504 Melayu 515 Cina 202 India 115 Lain-lain 14 Bandar 417 Luar Bandar 429 =< RM 3,000.00 543 > RM 3,000.00 303

Faktor Demografi Jantina

N 846

Kaum

846

Ketegori Sekolah Pendapatan Keluarga

846 846

Peratus 40.4 59.6 60.9 23.9 13.6 1.7 49.3 50.7 64.2 35.8

Dari segi posisi kaum pula, seramai 515 orang (60.9%) adalah pelajar keturunan Melayu, 202 orang (23.9%) pelajar Cina manakala pelajar India seramai 115 orang pelajar (13.6%) dan kaumkaum lain adalah 14 orang sahaja (1.7%). Manakala kategori sekolah yang dijalankan kajian ialah 417 orang pelajar dari sekolah Bandar (49.3%) dan 429 orang pelajar (50.7%) adalah dari pelajar sekolah Luar Bandar. Dari segi pendapatan keluarga pula terbahagi kepada dua kategori iaitu pendapatan keluarga sama dan kurang dari RM3,000.00 adalah seramai 543 orang pelajar (64.2%) manakala pendapatan keluarga lebih RM3,000.00 pula adalah seramai 303 orang pelajar (35.8%).

Kebolehpercayaan Instrumen Data dianalisis menggunakan Winstep versi 3.64.2 untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan MyCT. Analisis Model Rasch bagi kesahan dan kebolehpercayaan item di tunjukkan dalam Jadual 2 hingga 5. Kebolehpercayaan item menunjukkan tahap ketekalan susunan kedudukan item dalam skala logit sekiranya set item dijawab oleh kumpulan sampel yang lain tetapi sepadan dari segi kebolehan. Nilai pekali menghampiri 1 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi (Wright & Masters 1982 ). Item seharusnya tersebar dengan baik dengan pelbagai aras kesukaran dan menghala ke sasaran pelbagai tahap kebolehan individu (Bond & Fox 2001). Setiap konstruk mempunyai kesahan yang tinggi apabila setiap item di dalam konstruk mengukur perkara yang sama, berjaya mentafsir konstruk yang diukur, mempunyai pelbagai aras kesukaran dan adil kepada semua kumpulan responden ( Bond & Fox 2001; Linacre 2006). Jadual 2 menunjukkan kebolehpercayaan item sub-konstruk taakulan (reasoning) ialah 1.00. Jadual 3 menunjukkan kebolehpercayaan item sub-konstruk analitikal dan logikal ialah 0.99. Jadual 4 menunjukkan kebolehpercayaan item sub-konstruk kecenderungan (disposition) ialah 0.99 dan Jadual 5 menunjukkan kebolehpercayaan item sub-konstruk andaian (assumption) ialah 0.99. JADUAL 2 Kebolehpercayaan Item Pelajar Sains Taakulan (Reasoning) Summary of 36 Measured Items RAW COUNT MEASURE MEAN 527.1 846 S.D. 218.1 0 MAX. 796 846 MIN. 153 846 REAL RMSE .10 ADJ.SD MODEL RMSE .09 ADJ.SD S.E. of item MEAN = .24 0 1.43 2.4 -2.31 1.42 1.42

MODEL INFIT OUTFIT ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD 0.09 0.98 -0.2 1.03 0.4 0.02 0.1 2.5 0.31 4.1 0.15 1.28 6.9 1.86 9.9 0.07 0.83 -6.2 0.64 -6.1 SEPARATION 14.97 Item RELIABILITY 1.00 SEPARATION 15.17 Item RELIABILITY 1.00

JADUAL 3 Kebolehpercayaan Item Pelajar Sains Analitikal dan Logikal (Analytical and Logical) Summary of 10 Measured Items RAW COUNT MEASURE MEAN 303.3 842 S.D. 160.3 0 MAX. 645 842 MIN. 133 842 REAL RMSE .08 ADJ.SD MODEL RMSE .08 ADJ.SD S.E. of item MEAN = .32 0 0.96 1.16 -2.03 0.95 0.95

MODEL INFIT OUTFIT ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD 0.08 1 0 1 -0.1 0.01 0.03 0.7 0.05 0.9 0.1 1.06 1.3 1.09 1.4 0.08 0.96 -1.1 0.93 -1.5 SEPARATION 11.40 Item RELIABILITY 0.99 SEPARATION 11.48 Item RELIABILITY 0.99

JADUAL 4 Kebolehpercayaan Item Pelajar Sains Kecenderungan (Disposition) Summary of 12 Measured Items RAW COUNT MEASURE MEAN 3104.7 836 S.D. 362.9 0 MAX. 3668 836 MIN. 2409 836 REAL RMSE .04 ADJ.SD MODEL RMSE .04 ADJ.SD S.E. of item MEAN = .18 0 0.59 0.98 -1.05 0.59 0.59

MODEL INFIT OUTFIT ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD 0.04 1.02 0 1.01 -0.1 0.01 0.27 5.5 0.28 5.8 0.05 1.45 8.4 1.53 9.6 0.03 0.58 -9.9 0.6 -9.5 SEPARATION 13.53 Item RELIABILITY 0.99 SEPARATION 14.35 Item RELIABILITY 1.00

JADUAL 5 Kebolehpercayaan Item Pelajar Sains Andaian (Assumption) Summary of 4 Measured Items RAW COUNT MEASURE MEAN 453.2 775 S.D. 158.7 0 MAX. 560 775 MIN. 179 775 REAL RMSE .09 ADJ.SD MODEL RMSE .09 ADJ.SD S.E. of item MEAN = .60 0 1.04 1.8 -0.71 1.04 1.04

MODEL INFIT OUTFIT ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD 0.09 1 0 0.99 -0.4 0 0.07 1.7 0.12 2 0.09 1.1 2.3 1.17 2.2 0.08 0.92 -2.3 0.85 -3.1 SEPARATION 11.88 Item RELIABILITY 0.99 SEPARATION 12.05 Item RELIABILITY 0.99

Profil Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah Mengikut Sub-Konstruk Dalam analisis profil pelajar aliran sains menunjukkan penguasaan dalam kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah lebih tinggi bagi sub-konstruk kecenderungan (disposition) iaitu 73.74%, diikuti oleh sub-konstruk taakulan (reasoning) iaitu 62.10%, manakala bagi subkonstruk andaian (assumption) pula sebanyak 58.63% dan sub-konstruk analitikal dan logikal (analytical and logical) mempunyai tahap penguasaan yang paling rendah iaitu 35.63% sahaja. Profil ini dinyatakan dalam Jadual 6 yang mana penguasaan sub-konstruk yang lemah perlu diberi penekanan. JADUAL 6 Profil Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah Mengikut Subkonstruk N Peratus skor Taakulan (reasoning) Peratus skor Analitikal & Logik (analytikal & logic) Peratus skor Kecenderungan (disposition) Peratus skor Andaian (assumption) 846 846 846 846 Mean 62.10 35.63 73.74 58.63 Std. Deviation 12.50 14.13 10.13 20.98

Perbezaan Kemahiran Kritikal Mengikut Jantina

Untuk membandingkan perbezaan peratus min antara jantina, Ujian-t digunakan. Keputusan Ujian-t ditunjukkan dalam Jadual 7. Analisis ini dibuat bagi melihat sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan bagi setiap konstruk yang dikaji. Analisis yang diperhatikan dari Jadual 7 tidak menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kesemua sub-konstruk. Sub-konstruk taakulan (reasoning) (t=-1.76, p=.199), analitikal & logik (analytikal & logic) (t=-.17, p=.777), kecenderungan (disposition) (t=-.26, p=.940) dan andaian (assumption) (t=-2.35, p=.399) secara statistiknya. Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi keempat-empat sub-konstruk kemahiran kritikal berbanding pelajar lelaki dan perempuan. JADUAL 7 Ujian-T Membandingkan Peratus Min Dengan Jantina Jantina N Min SD t sig. Peratus skor Taakulan (reasoning) Peratus skor Analitikal & Logik (analytikal & logic) Peratus skor Kecenderungan (disposition) Peratus skor Andaian (assumption) Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan 342 504 342 504 342 504 342 504 61.18 62.73 35.52 35.70 73.63 73.81 56.58 60.02 13.17 11.99 14.10 14.18 10.56 9.83 22.09 20.10 -1.76 .199

-.17

.777

-.26

.940

-2.35

.399

Perbezaan Kemahiran Kritikal Mengikut Kaum Jadual 8 menunjukkan keputusan analisis Anova Satu-Hala berbanding kaum. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan bagi sub-konstruk taakulan (reasoning) (F=5.25, p=0.001), sub-konstruk analitikal dan logik (analytical and logical) (F=4.71, p=0.003) secara statistiknya. JADUAL 8 Analisa Anova Satu-Hala Berbanding Kaum Sum of df Mean Square Squares Peratus skor Taakulan (reasoning) Peratus skor Analitikal & Logik (analytical & logic) Peratus skor Kecenderungan (disposition) Peratus skor Between Groups Within Groups Between Groups Within Groups Between Groups Within Groups Between Groups 2426.220 129674.0 2783.063 166034.9 363.373 86269.514 3567.178 3 842 3 842 3 842 3 808.74 154.01 927.69 197.19 121.12 102.46 1189.06 1.18 2.72 .315 .044 4.71 .003

F 5.25

Sig. .001

Andaian (assumption)

Within Groups

368442.3

842

437.58

Perbezaan Kemahiran Kritikal Mengikut Kategori Sekolah Keputusan Ujian-t yang membandingkan peratus min mengikut kategori sekolah ditunjukkan dalam Jadual 9. Analisis ini dibuat bagi melihat sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara pelajar bandar dan luar bandar bagi setiap sub-konstruk yang dikaji. Analisis yang diperhatikan dari Jadual 9 tidak menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kesemua subkonstruk. Sub-konstruk taakulan (reasoning) (t=-.93, p=.504), analitikal & logik (analytikal & logic) (t=-1.33, p=.262), kecenderungan (disposition) (t=-.11, p=.514) dan andaian (assumption) (t=-3.37, p=.510) secara statistiknya. Dengan ini dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi keempat-empat sub-konstruk kemahiran kritikal berbanding pelajar bandar dan luar bandar. JADUAL 9 Ujian-T Membandingkan Peratus Min Dengan Kategori Sekolah Jantina N Min SD t sig. Peratus skor Bandar 417 22.50 4.52 Taakulan .93 .504 Luar Bandar 429 22.21 4.48 (reasoning) Peratus skor Analitikal & Logik (analytikal & logic) Peratus skor Kecenderungan (disposition) Peratus skor Andaian (assumption) Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar 417 429 417 429 417 429 3.63 3.50 44.27 44.22 2.25 2.44 1.46 1.36 6.20 5.96 .84 .83 1.33 .262

.11

.514

-3.37

.510

Perbezaan Kemahiran Kritikal Mengikut Pendapatan Keluarga Keputusan Ujian-t yang membandingkan peratus min dengan pendapatan keluarga pelajar menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara pendapatan keluarga pelajar dengan tahap penguasaan keempat-empat sub-konstruk kemahiran kritikal pelajar. Rujuk Jadual 10, bagi sub-konstruk taakulan (reasoning) (t=-2.57, p=0.314), bagi sub-konstruk analitika dan logikal (analytical and logical) (t=-.38, p=0.134), untuk sub-konstruk kecenderungan (disposition) (t=-1.24, p=0.115) dan sub-konstruk andaian (assumtion) (t=1.85, p=0.093) JADUAL 10 Ujian-t Untuk Membandingkan Peratus Min Dengan Kaum Sub-Construct Peratus skor Taakulan (reasoning) Pendapatan Keluarga =<RM3,000.0 0 >RM3,000.0 N 543 303 Mean 22.06 22.89 SD 4.43 4.58 t -2.57 sig .314

Peratus skor Analitikal & Logik (analytical & logic) Peratus skor Kecenderungan (disposition) Peratus skor Andaian (assumption)

=<RM3,000.0 0 >RM3,000.0 =<RM3,000.0 0 >RM3,000.0 =<RM3,000.0 0 >RM3,000.0

543 303 543 303 543 303

3.55 3.59 44.05 44.59 2.38 2.27

1.39 1.45 6.30 5.64 .86 .80

-.38

.134

-1.24

.115

1.85

.093

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Isu kesahan dan kebolehpercayaan adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu alat ukur sebelum boleh digunapakai. Hasil kajian ini mendapati item-item MyCT mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan analisis model Rasch dan sesuai untuk mengkaji tahap kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah pelajar-pelajar di Malaysia. Kajian juga mendapati kelemahan pelajar-pelajar aliran sains dalam menguasai subkonstruk analitikal dan logik (analytical and logical), ini menunjukkan pada peringkat persekolahan kemahiran ini perlu diberi penekanan yang lebih. Analisis juga melihat bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam penguasaan keempat-empat sub-konstruk kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam aliran sains. Ini kerana pada usia 16-17 tahun tahap kematangan pelajar lelaki dan perempuan tidak berbaza. Hasil kajian menggunakan Anova Satu-Hala telah membuktikan bahawa terdapat perbezaan penguasaan sub-konstruk taakulan (reasoning) dan analitikal dan logikal (analytical and logical) di kalangan pelajar Melayu berbanding Cina dan India. Keadaan ini wujud kerana jumlah pelajar kaum India yang dikaji adalah sedikit, tetapi keadaan ini adalah fenomena sebenar di sekolah-sekolah. Situasi ini juga berlaku mungkin disebabkan latar belakang sosial dan keluarga pelajar itu sendiri. Pelajar Melayu mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti dan mensintesis masalah dengan tepat dan dapat mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam sesuatu penulisan. Pelajar Melayu juga berupaya membezakan dengan mudah masalah utama dan masalah sampingan. Sementara pelajar-pelajar Cina dapat menjana bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. Pelajar Cina dan India juga berupaya membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat (Kamsiah 2006; Jamal dan Mustapha 2005). Kemahiran pemikiran kritikal dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad 1998). Kajian ini menyokong kajian oleh Kamsiah (2006) dan Jamal dan Mustapha (2005) yang menyatakan pelajar-pelajar sekolah menengah berupaya mempersembahkan refleksi terhadap keputusan secara objektif dan boleh menilai dan mengintegrasi pelbagai disiplin dalam satu usaha pembelajaran. Pelajar kategori sekolah luar bandar dan bandar juga tidak menunjukkan perbezaan tahap penguasaan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah. Maka dalam hal ini faktor kategori sekolah tidak mempengaruhi kerana kurikulum pendidikan di Malaysia tidak berbeza di bandar mahupun di luar bandar, begitu juga dengan kemahiran guru-guru dan Kementerian Pelajaran tidak mengabaikan kemudahan infrastruktur di bandar dan luar bandar. Jadi situasi ini menyebabkan pelajar-pelajar dikedua-dua kategori sekolah berupaya menguasai kemahiran pemikiran kritikal yang hampir sama. Keputusan analisis kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan penguasaan kemahiran pemikiran kritikal bagi kategori pendapatan keluarga pelajar, sama dengan atau kurang RM3,000.00 dan lebih RM3,000.00. Ini menunjukkan bahawa faktor pendapatan

keluarga pelajar tidak mempengaruhi. Situasi ini berlaku kerana pelajar-pelajar banyak terdedah dari aspek infrastruktur seperti komputer, capaian internet dan maklumat lebih pantas di samping peluang berinteraksi dengan rakan-rakan di sekolah dan di luar sekolah. Jadi walaupun tidak terdapat kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di rumah tetapi mereka tetap mendapat pendedahan di sekolash. Berdasarkan keputusan kajian dan rumusan yang telah dibuat, penyelidik mencadangkan supaya pihak pengajar khususnya agar lebih sensitif tentang fenomena ini, di mana penekanan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Terutamanya penekanan lebih dalam konstruk-konstruk yang lemah umpamanya pada sub-konstruk analitikal dan logikal (analytical and logical) dengan mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pemikiran kritikal, analitikal, reasoning, penyelesaian masalah dan penulisan merupakan hasil bersama di mana mengajar kemahiran ini tidak memadai untuk satu kelas atau setahun pengajaran sahaja. Pengajar bertanggungjawab untuk memupuk kemahiran ini merentas subjek dan disiplin (Richard 2006). Kesinambungan di peringkat pengajian tinggi, pelajar mengikuti pembelajaran bukan sahaja setakat menguasai ilmu pengetahuan yang disediakan dalam kurikulum tetapi juga memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar membezakan dengan mudah masalah utama dan matlamat sampingan di samping menjana bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. Pelajar juga boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat dan menjelaskan implikasi keputusan yang dijana. Semua faktor ini penting bagi pelajar dalam menempuh alam pekerjaan dan kehidupan bermasyarakat terutama di Malaysia yang bermasyarakat majmuk. Selain itu kemahiran pemikiran kritikal membolehkan pelajar mempersembahkan refleksi terhadap keputusan secara objektif, menilai projek dari pelbagai disiplin dan menginterpretasi data secara kritis (Kamsiah 2006; Jamal dan Mustapha 2005). Maka untuk mencapai matlamat ini, pendekatan yang sesuai harus diterapkan kepada pelajar supaya mereka mampu berfikir dan boleh mengkaitkan elemen-elemen pembelajaran di antara satu sama lain (Norashikin dan Zuhaidi 2005). Secara kesimpulannya diharapkan kajian ini akan memudahkan pengajar melaksanakan pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan tahap kemahiran pemikiran kritikal pelajar sains di Malaysia.

RUJUKAN Alec Fisher & Michael Scriven. 1997. Critical Thinking Its definition and Assessment. USA : Edgepress. Abd. Majid Konting (2000), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alias Baba (1999). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the Human Science. Ner Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Byers W. (2001) Using questions to promote active learning in lectures. University Chemistry Education, 5 p24-30. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan Buku 1,2 dan 3. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education. Hussein Mahmood. 1993. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. John W. Best dan James V. Kahn (1998). Research in Education Eighth Edition. Singapore: Prentice Hall. Kamsiah Binti Ismail. 2006. Psychological predictors of academic achievement of adoloscent: career and educational aspirations as mediating variables. Tesis Ph.D. Kulliyah of Education, International Islamic University Malaysia. Revista de Educacin en Ciencias (Journal of Science Education) (Bogota, Colombia) Vol.7 No2, 2006. p75-77. (ISSN 0124-5481) Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, Konsep & Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Bangi: Pusat Perkembangan Akademik, UKM. Siti Rahayah Ariffin. 2008. Inovasi Dalam Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM. Siti Rahayah Ariffin dan Noriah Mohd Ishak. 2006. Multiple Intelligences Among Science Stream Students in Malaysia. International Proceeding in Teaching and Learning Conference, Sydney, Australia 2006. Sufean Hussin. 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sabaria Juremi & Aminah Ayob. Menentukan Kesahan Alat Ukur-Alat Ukur Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Kreatif, Kemahiran Proses Sains dan Pencapaian Biologi. Thesis PhD. Universiti Sains Malaysia. Zainudin Hassan, Hamdan Said, Jamilah Omar & Haslita Hassa. Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Daerah Kota Bahru, Kelantan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.