Anda di halaman 1dari 5

DISEDIAKAN OLEH : NOOR ZAIS BIN ISMAIL (KP SAINS SKST)

PEMBOLEH UBAH Sebagai langkah paling awal untuk mahir dalam Bahagian B ialah mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam aktiviti / eksperimen dalam soalan berkenaan. Pemboleh Ubah Dimanipulasikan Pemboleh Ubah Bergerak Balas Untuk tutorial ini, CH menggunakan pendekatan Bahasa Melayu. Guru anda mungkin menggunakan pengenalan TO TC atau WTO WTC atau mungkin juga T2O T2C dan ada juga C dan O/M. Kesemuanya digunakan sebagai nota ringkas atau penandaan yang mesti diconteng oleh murid di atas kertas soalan bagi memudahkan murid menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan. Namun, pedoman ini amat membantu jika anda seorang murid yang membaca, menulis dan berfikir dalam Bahasa Inggeris (objektif asal PPSMI). Untuk itu, CH akan menggunakan dua istilah sahaja: No. 1 (PM) dan No.2. (PB) Jadi, bagaimana nak kaitkan dengan pembolehubah tersebut? Bayangkan kalau kita dimarahi ibu kita kerana menipu ibu kita. Ibu kita pasti akan memarahi kita sambil menuding jari telunjuk ke arah kita sambil memberi amaran supaya beringat. Jadi, kerana menipu, kita dimarahi sambil dituding jari telunjuk. Jari telunjuk (1 jari), menipu (manipulasi). Bagaimana anda bergerak (pergi) ke sekolah? Bas? Basikal? Jalan kaki? Asasnya, pasti kita pergi menggunakan 2 kaki. 2 kaki, bergerak ke sekolah. Kesimpulannya, No. 1 (PM) pemboleh ubah dimanipulasikan. No.2 (PB) pemboleh ubah bergerak balas. Bagaimana nak menentukan No. 1 dan No. 2? Bentuk 1 : Jadual (Kes 1) Minggu Bilangan Katak Bilangan Belalang 1 10 100 2 20 90 3 30 80 4 40 70 5 50 60

No. 2 biasanya adalah yang paling kanan atau paling bawah. Kalau kita tunjuk peace, pasti kita guna tangan kanan, dan peace menunjukkan dua jari. Jadi, No.2 ialah bilangan belalang. No. 1 pula biasanya sebelum No. 2. Maka, No. 1 ialah bilangan katak.

DISEDIAKAN OLEH : NOOR ZAIS BIN ISMAIL (KP SAINS SKST)

Soalan: Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan. Bilangan katak. Apakah pemboleh ubah bergerak balas? Bilangan belalang. Bentuk 1 : Jadual (Kes 2) Kadangkala, terdapat juga jadual 3 kolum tetapi tidak mematuhi kes 1. Saiz sangkar Kecil Sederhana Besar Purata jisim asal kucing (kg) 1.2 1.2 1.2 Jisim kucing minggu (kg) 1.3 1.7 2.1 selepas dua

Dalam apa bentuk atau berapa bilangan kolum jadual sekalipun, No.2 tetap yang paling kanan atau yang paling bawah. Yang berubah ialah No.1 sahaja. Sekiranya didapati sebelum No.2, maklumat angka adalah sama kesemuanya, maka No.1 berpindah ke kolum sebelumnya iaitu saiz sangkar. Soalan: Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan? Saiz sangkar. Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas. Jisim kucing selepas dua minggu. Bentuk 2: Graf

Untuk graf, anak panah ke kanan ialah No.1. Panduan mengingat, apabila kita hendak menunjuk arah apabila ditanya orang, sebagai contoh, Di manakah arah ke sekolah? , maka kita akan menunjukkan arah dengan tangan kanan menggunakan satu ibu jari. 2

DISEDIAKAN OLEH : NOOR ZAIS BIN ISMAIL (KP SAINS SKST)

Anak panah ke atas pula ialah No.2. Soalan: Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan. Tahun penyiasatan. Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas. Bilangan tapir. Kes khas Nampak panduan di atas seperti mudah, tetapi ada cabarannya. Ada yang kena kita cari, dan ada yang boleh terus diambil. Sebagai petunjuk mudah, setiap pemboleh ubah tidak boleh terdiri daripada satu perkataan. Mesti dua perkataan atau lebih. Contoh.

DISEDIAKAN OLEH : NOOR ZAIS BIN ISMAIL (KP SAINS SKST)

Kita dapati No.2 ialah isi padu air yang dikumpul. Maka, mengikut panduan di atas, No. 1 ialah span. Tetapi telah cikgu maklumkan, jika No.1 itu terdiri dari satu perkataan, maka kita kena tengok gambar atau baca soalan. Kebiasaannya, gambar akan diberi. Lihat gambar. Mesti ada satu perkara atau maklumat yang tidak sama antara satu sama lain. Ya, gambar menunjukkan span. Ada tiga span. Tetapi apa yang tak sama antara ketiga-tiga span itu? Ya, ada span yang kecil. Ada span yang besar. Kecil atau besar, ini adalah berkenaan saiz. Jadi, No.1 ialah saiz span. Saiz adalah disebut sebagai parameter, span adalah objek. Sebagai panduan, soalan/gambar): - saiz - ketinggian -luas tapak - luas permukaan - bilangan antara parameter yang biasa digunakan (bergantung kepada

DISEDIAKAN OLEH : NOOR ZAIS BIN ISMAIL (KP SAINS SKST)

Bagi setiap soalan, kenal pasti jawapan-jawapan bagi soalan berikut. (a) State what is change (manipulated variable). Nyatakan apa yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan. (b) State what is observed (responding variable). Nyatakan apa yang diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas).

Soalan 1

Anda mungkin juga menyukai