Anda di halaman 1dari 5

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

PERENGGAN PENDAHULUAN

Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan iaitu:

Ayat Rangsangan - Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan kepada pembaca. Kemukakan 3 ayat rangsangan yang berkaitan dengan definisi dan isu semasa tentang kata kunci @ kehendak soalan. Ayat Arahan dibicarakan.

Ayat yang menjawab kata kunci karangan / tentang isi yang akan

Contoh Pendahuluan Karangan

Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir pada setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan di jalan raya.

(1)

(AR) Kemalangan atau kecelakaan di jalan raya merupakan tragedi yang

telah banyak mengorbankan nyawa dan harta benda manusia. (AR) Hampir setiap hari media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya. (AR)

Daripada segi statistik, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang tertinggi di dunia yang berlaku pada setiap hari. (AA) Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Pendahuluan Jenis Suasana Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya mendengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari suatu bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sebarang tindakan. Namun saya gagahkan semangat dan cuba melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.

Pengenalan Jenis Peribahasa Tulis satu rencana yang bertajuk Perpaduan Asas Kemajuanuntuk dimuat kan dalam majalah sekolah anda.

Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankan aspek kerjasama dan perpaduan termasuklah Bukit sama-sama didaki, lurah sama-sama dituruni, Hati gajah sama-sama dilapah hati kuman sama-sama dicecah dan banyak lagi. Semua peribahasa yang dinyatakan tadi sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.

PERENGGAN ISI Perenggan isi mengandungi empat ayat iaitu; (AI) Ayat judul Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. (A2) Ayat huraian Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberi kan penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama. Ayat bukti/contoh Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan isi, bertujuan memperkuat hujah. Ayat penegas ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Penanda wacana yang biasa digunakan seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan dengan hal itu, dsb.

Contoh Perenggan Isi

(1) Salah satu punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai sesuatu kejohanan. (3) Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, enam pemain bola sepak negara terpaksa digantung beberapa bulan kerana menghabiskan masa di disko hingga larut malam. (4) Tegasnya, perkara seperti inilah yang menjadi penghalang utama pasukan kita untuk mencapai kejayaan.

(A1) Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak gemar mengambil makanan ringan adalah kerana pengaruh iklan makanan ringan di televisyen. (A2) Hal ini demikian kerana iklan-iklan yang disiarkan memperlihatkan keenakan dan keseronokan memakan makanan ringan keluaran syarikat tertentu. (A3) Hal yang demikian amat mudah mempengaruhi kanak-kanak kerana sikap semula jadi kanak-kanak yang ingin akan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. (A4) Sebagai contohnya, digambarkan kanak-kanak yang mengambil makanan ringan berkeadaan riang dan cergas melakukan aktiviti. (A5) Jelaslah, kebijaksanaan pengeluar makanan ringan mengeksploitasi psikologi kanak-kanak menggunakan kemudahan iklan menjadi punca kepada masalah ini.

Perenggan Deduktif Generalisasi (A.Tajuk) Fakta - (A.Contoh) (A. Cadangan) (A. Huraian)

Ayat Kesimpulan (AK)

(AT) Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat. (AC) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. (ACD) Sehubungan dengan ini, persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (AH) Oleh itu, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri. (AK) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Perenggan Induktif Ayat Kesimpulan (AK) Ayat fakta (AC) / (ACD) Ayat Generalisasi (AT) (AK)Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan apabila (AC) masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Sehubungan dengan ini,(ACD) persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. Oleh hal yang demikian, (AH)penjual akan memberikan perhatian tentang aspek

kebersihan gerai,makanan dan diri. Tegasnya, (AT) tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat.

PERENGGAN PENUTUP Ayat kesimpulan pendirian penulis Ayat cadangan Ayat cadangan Ayat harapan Kesimpulan, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak. Semua pengguna jalan raya

perlulah beringat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.

Intihanya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa perlulah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Pengguna jalan raya janganlah bersikap sudah terhantuk baru hendak terngadah. Sedarilah bahawa, keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.

RUMUSAN Isi perenggan perlulah dikembangkan Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara. Setiap perenggan perlu sekata. Ayat yang gramatis. Penggunaan penanda wacana yang tepat. Menyatakan peribahasa, perumpamaan,dsb

Anda mungkin juga menyukai