P. 1
Folio Geografi

Folio Geografi

|Views: 1,713|Likes:
Dipublikasikan oleh ahza1995

More info:

Published by: ahza1995 on Sep 11, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2013

pdf

text

original

TAJUK JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR BARU BANGI DAN NEGARA PERBANDINGAN DI JEPUN SENARAI KANDUNGAN

Nama Ahli:Muhammad Ahza Hafiz bin Mohamad Adzri :Hafidz Haziq bin Hamdan Kelas:2 Ibnu Sina No.Maktab:281/128 :281/018

Senarai kandungan
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Perkara Tajuk Penghargaan Pendahaluan Objeltif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Goegrafi saya iaitu Puan Hazana binti Abdul Rahman kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua MRSM serting,Tuan haji Ghazi bin Samsuddin yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik Mohamad Adzri bin Jamal dan ibu saya Puan Ecin Kuraesin binti Haji Aksan yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Kepada rakan-rakan saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Baru Bangi atas kerjasama yang telah pihak tuan puan berikan.

PENDAHULUAN
Nama saya Muhammad Ahza Hafiz bin Mohamad Adzri.Manakala rakan setugas saya pula bernama Hafidz Haziq bin Hamdan. Kami sama-sama belajar di tingkatan 2 Ibnu Sina di Maktab Rendah Sains MARA Serting,Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, kami diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Kami telah menjalankan KGT ini selama 2 minggu. Kami telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Di Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan. Negara yang dibandingkan ialah Negara Jepun. Sebab- sebab pemilihan adalah kerana terdapat pelbagai perbandingan jaringan sistem pengangkutan antara Bandar Baru Bangi dengan Jepun.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat di Bandar Baru Bangi dan mewujudkan semangat cinta akan negara. 2. Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi 3. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di Bandar Baru Bangi.

KAWASAN KAJIAN
Kawsan kajian yang saya pilih ialah Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan. Pandang darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, pasaraya, jalanraya dan lain-lain lagi.Jika dari MRSM Serting ke Bandar Baru Bangi, kira-kira 150 kilometer atau lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki kereta ke sekolah. Bandar baru Bangi terletek di kawasan Selangor selatan. Sebahagian besar dari tanahnya merupakan tanah rata yang membolehkan pelbagai banggunan didirikan di Bandar ini.

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah: a) Kaedah Pemerhatian b) Kaedah Cari Maklumat Pemerhatian - Selama menjalankan kajian ini, saya telah memerhatikan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di Bandar Baru Bangi. Cari Maklumat – Saya banyak menggunakan kaedah ini untuk menyiapkan kerja lapangan ini.

DAPATAN KAJIAN JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI BANDAR BARU BANGI,SELANGOR
Terdapat dua jenis pengangkutan di Bandar Baru Bangi iaitu jalan raya. Jaringan jalan raya di Bandar Pekan adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Bandar Baru Bangi dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan sekolah-sekolah. Pengangkutan darat

1- Pengangkutan awam
a) Bas b) Teksi

2- Pengangkutan Persendirian
a) Motorsikal b) Kereta c) Basikal

3- Pengangkutan barang
a) Van b) Lori 4 – Laluan Kereta Api a) KTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR BARU BANGI
1- Bentuk muka bumi di Bandar Baru Bangi adalah rata dan luas. 2- Perkembangan ekonomi yang pesat di Bandar Baru Bangi menyebabkan pembinaan jalan raya. Saya amat bersyukur dengan kurniaan bentuk muka bumi yang unik yang membolehkan pembinaan sistem jalan raya.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR BARU BANGI DAN NEGARA JEPUN ¦ Di Bandar Baru Bangi
 Melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi, ia dapat memajukan lagi sektor pendidikan.Terdapat banyak universiti yang terdapat di kawasan ini seperti UKM dan UiTM.  Selain itu, sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi juga dapat membantu pergerakan penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

Di Negara Jepun
 Sistem jaringan pengangkutan di Tokyo, Jepun juga dapat menarik lebih ramai bilangan pelancong. Pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah yang terdapat di Terowong Osakako Sakishima dan pelancong juga dapat merasai kemajuan teknologi pengangkutan yang canggih seperti Kereta Api Shinkansen.  Di Tokyo, Jepun juga sistem pengangkutannya yang canggih dapat menghubungkan 7000 buah pulau yang menganjur sejauh 3000 km dengan sistem lebuhraya dan perkhidmatan udara serta pengangkutan laut yang cekap. Sebagai rakyat Malaysia, kami bersyukur dengan penyediaan jaringan sistem pengangkutan yang baik dapat menarik minat para pelancong untuk pembanggunan negara kita walaupun tidak secanggih Jepun.

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI BANDAR BARU BANGI DAN NEGARA JEPUN Di Bandar Baru Bangi KESAN POSITIF
o Melalui penggunaan pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan. o Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga dapat membantu mengurangkan pencemaran udara.

KESAN NEGATIF
o Dengan penggunaan pengangkutan yang membakar bahan api fosil melepaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. o Gas hidrokarbon dan gas oksida nitrogen yang dilepaskan oleh kenderaan dapat menghasilkan jerebu dan kabut foto kimia yang mengancam kesihatan manusia.

Di Negara Jepun KESAN POSITIF
• • Di Jepun, sistem pengangkutan jalan raya dapat menggalakkan perkembangan sektor pertanian, perindustrian, perdagangan dan pelancongan. Sistem jaringan pengangkutan juga penting untuk membawa barang-barang dan bahan mentah dengan penggunaan lori dan kereta api.

KESAN NEGATIF
• • Projek melurus dan melebarkan jalan melibatkan pemotongan cerun-cerun bukit dan tanah tinggi. Ini akan menjadi penyebab berlakunya kejadian tanah rutuh. Bunyi kenderaan berat, kereta api dan kapal terbang boleh mengganggu ketenteraman manusia.

Kita sepatutnya mencontohi negara Jepun kerana sebahagian besar penduduknya suka menggunakan kenderaan awam. kami berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana sistem jalan raya setaraf dengan negaara maju seperti Negara Jepun.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN Di Bandar Baru Bangi dan Di Negara Jepun
 Penggunaan alat catalytic converter pada ekzos kereta. Alat ini berupaya menukarkan gas beracun.  Pengurusan trafik yang lebih cekap dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas seperti penggunaan teksi dan bas. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu peka dengan masalah yang dihadapi dan bertindak sewajarnya.

JADUAL DATA KAJIAN
Bilangan dan jenis-jenis kenderaan dari 8.00 pagi hingga 8.45 pagi Jenis- jenis Masa 8.00-8.15 8.15-8.30 8.30-8.45 Kereta 30 20 25 Motosikal 40 60 20 Lori 20 40 60 Bas 3 2 4 Van 4 3 2

RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah kami jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai banyak sistem pengangkutan yang amat berguna kepada masyarakat setempat. Pengangkutan amat diperlukan bagi menjalankan kerja seharian ataupun urusan yang perlu dilakukan diluar tempat. Masyarakat setempat lebih akrab menggunakan pengangkutan persendirian berbanding pengangkutan awam. Bagaimanapun, pengangkutan awam masih digunakan dan kebanyakan penggunanya adalah daripada kalangan remaja. Faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan Bandar Baru Bangi adalah seperti bentuk muka bumi yang rata dan dasar pembanggunan. Penduduk kawasan kajian ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dapat bersama dan dan bersatu dalam satu negara yang aman damai seterusnya dapat menuju ke arah wawasan 2020. Ini adalah peringkat pertama bagi memajukan negara kita supaya setaraf dengan negara maju lain yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh semua orang seperti negera yang telah dibandingkan iaitu Negara Jepun.Kami amat berbangga menjadi rakyat Malaysia.

LAMPIRAN RUJUKAN
BUKU RUJUKAN ILMIAH TAJUK BUKU: Ulang Kaji Total Terkini PMR Geografi PENGARANG: Tong Siew Kheng TEMPAT TERBIT: Selangor Darul Ehsan PENERBIT: Sasbadi Sdn.Bhd TAHUN TERBIT: 2006

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->