Anda di halaman 1dari 29

Asal usul tarannum : tercipta kerana umat Arab pada masa silam ingin mengisi kekosongan jiwa mereka.

Mereka memerhati bunyi2 persekitaran, diantaranya ialah : - bunyi deruan angina - bunyi geseran daun2 / pokok2 kayu - bunyi titisan air / air yang mengalir - bunyi nyanyian / kicauan burung Umat Arab pada mulanya menerapkan seni tarannum melalui syair2 mereka. Akhirnya apabila turun ayat2 al-Quran, maka mereka menerapkan tarannum ketika membaca ayat2 al-Quran Hijjaz adalah antara tarannum / lagu al-Quran yang termasyhur Jenis2 tarannum : - baiyati - soba - hijjaz - nahawand - sikah - jaharkah - rast - husaini - kurdi - ajam Tarannum Hijjaz mempunyai gerak lembut tetapi berkesan berbentuk tegas dan bersemangat berbentuk lincah dan menghidupkan persembahan sesuai dengan mana-mana tobaqat sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud perintah, marah/ tegah Tarannum Baiyati berbentuk lembut tetapi tegas bersesuaian dengan tobaqat sederhana mempunyai unsur2 keharmonian & ketenangan sesuai sebagai tarannum pembukaan & penutup

Tarannum Husaini berbentuk aktif & bersemangat bersesuaian dengan tobaqat yang tinggi unsur2 ketenangan & tegas unsur2 rangsangan & penggalak Tarannum Soba gerak yang ringan & meresap ke jiwa alunannya lembut & mendayu bersesuaian dengan tobaqat sederhana amat sesuai dengan ayat2 yang menunjukkan memohon, merayu, merintih & seumpamanya Tarannum Kurdi gerak tegas & berkesan lincah & aktif sesuai dengan tobaqat sederhana sesuai sebagai tarannum penutup

Tarannum Nahawand gerak ringan & berkesan berbentuk lembut dan berkesan sederhana & memikat jiwa sesuai dengan tobaqat sederhana mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan Tarannum Rast gerak lembut tetapi tegas lembut & mempesonakan lincah & menyemarak sesuai dengan mana-mana tobaqat sesuai dengan ayat2 yang berbentuk amaran Tarannum Sikah gerak lembut yang meyakinkan

lembut & menusuk hati sesuai dengan mana-mana tobaqat sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya Tarannum Jaharkah gerak ringan tetapi berkesan lembut & menusuk hati unsur2 ketenangan & harmoni sesuai dengan tobaqat sederhana sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya Tarannum Ajam gerak lembut yang berkesan mempunyai kehangatan yang bersemangat tegas & meyakinkan sesuai dengan tobaqat yang tinggi sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud pertanyaan, perintah, murka & sbgnya Susunan kebiasaan harakat lagu Hijjaz: Harakat Pertama (penerangan/pengenalan) -Hijjaz asli/Araki/Ajam Harakat Kedua (rangsangan) Hijjaz asli/Araki/Ajam Harakat Ketiga (Jawab) Hijjaz asli/Araki/Ajam Harakat Keempat (Jawabuljawab) Hijjaz asli/Araki/Ajam Harakat Kelima (persediaan) Hijjaz asli/Araki/Ajam Harakat Keenam (penutup) Hijjaz asli/Ajam/Waslah tobaqat = tingkatan suara (rendah, sederhana, tinggi (jawab), tertinggi (jawabuljawab)) Waslah = gabungan 2 lagu / > yang boleh mendorong kepada kemantapan sesuatu harakat Araki = salah satu dari lagu penghias seruan Rasulullah supaya umatnya membaca al-Quran dengan suara yang baik (diriwayatkan oleh Imam Ahmad Abu Daud & Ibnu Majjah yang bererti :

Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara2 kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja dapat menambah keelokan bacaan al-Quran itu. Tambahan Tips (Kredit ahib) selalunya jika ingin baca dengan bertaranum dimulai dan diakhiri dengan lagu BAYATI.

PENGENALAN SUARA

Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu. MENGENAL SIFAT-SIFAT SUARA Ianya boleh di kategorikan kepada 4 jenis sifat : 1) Suara Terbaik : (Ianya mempunyai 11 sifat ) 1 Ketepatan nada 7

Licin 2 Tinggi 8 Bersih 3 Rendah 9 Terang 4 Garau 10 Lantang 5 Lembut 11 Tajam 6 Manis

2) Suara Baik : ( Ianya mempunyai 10 sifat ) 1 Ketepatan nada 7 Licin 2 Sederhana 8 Bersih 3 Rendah 9 Terang

4 Garau 10 Lantang 5 Lembut 11 6 Manis

3) Suara Kurang Baik : ( Ianya mempunyai 9 sifat ) 1 Ketepatan nada 7 Licin 2 Tinggi 8 Bersih 3 Kecil 9 Terang 4 10 5 Lembut 11 Tajam 6

Manis

4) Suara Tidak Baik : ( Ianya mempunyai sifat-sifat berikut ) 1 Sumbang 7 Pecah 2 Nipis 8 Parau 3 Lembab 9 Terketar-ketar 4 Lemah 10 Tengelam 5 Keras 11 Tersempit 6 Serak 12 Tercekik dan lain-lain * Suara yang termasuk dalam kategori yang pertama,kedua dan ketiga adalah dikira istimewa dan senang untuk mempelajari taranum al-Quran * Manakala suara yang termasuk dalam kategori yang keempat adalah dikira suara

yang bermasaalah , ianya perlu diubahsuai dan diperbaiki dan memerlukan jangka masa yang agak panjang. MENGENAL TOBAQAT ( ) SUARA

Dalam bidang taranum al-Quran , lazimnya digunakan 4 tobaqat suara sahaja : 1. Tobaqat pertama ( ) : ianya berfungi di dada 2. Tobaqat kedua ( ) : ianya berfungi pada tekak 3. Tobaqat ketiga ( ) : ianya berfungi pada rongga hidung 4. Tobaqat keempat ( ) : ianya berfungi pada rongga otak * untuk lebih mantap lagi pelajar-pelajar hendaklah mempelajari sistem proses nada iaitu DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO , ianya berlaku pada tiap-tiap tobaqat suara. PERANAN SUARA

Pelajar-pelajar haruslah mengetahui dengan lebih lanjut lagi peranan suara dalam bidang bacaan al-Quran sebagaimana berikut : 1. Menentukan makhraj huruf dan sifatnya dengan betul 2. Menentukan nada dan irama 3. Menentukan seni bacaan / persembahan bacaan 4. Memelihara nikmat kurnian Allah

5. Memberikan penyesuaian dengan ragam ayat-ayat al-Quran 6. Memberikan penyesuaian dengan lahjah Arab Taranum Taranum (lagu ) ialah suatau ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut prosesan nada , rentak dan irama yang tertentu, untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan , khususnya bacaan alQuran. CIRI-CIRI TARANNUM YANG MUKTABAR ( ) Pelajar-pelajar sekalian , setiap tarannum atau lagu pastinya tidak terpisah dari ciriciri berikut : Pertama : Nada ( iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara ) Kedua : Rentak ( iaitu pergerakan menghidupkan bunyi suara ) Ketiga : Irama ( iaitu alunan atau bentuk bunyi )

* Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum

SEJARAH UMUM

Mengikut ahli sejarah taranum ( muzik ) bahawa asal-usul taranum adalah di ilhamkan dari unsur-unsur berikut : 1. Bunyi-bunyian geseran kayu 2. Bunyi-bunyian tiupan angin 3. Bunyi-bunyian kicauan burung-burung 4. Bunyi-bunyian air yang mengalir

Ia kemudiannya telah digubah dan ditalhinkan oleh Profesor muzik atau penyair untuk dijadikan berbagai irama taranum mengikut budaya bangsa masingmasing. Mengikut catatan iaitu pengarang kitab , bahawa permodenan taranum ( muzik Arabi ) adalah di import dari Yunani, iaitu seorang Profesor muzik bangsa Greek kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik tempatan Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah bangsa Arab bahawa bertaranum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam, sehingga di mana-mana dan bila-bila sahaja mereka berada sama ada ketika

bekerja, berjalan atau berehat mereka sentiasa mengalunkan taranum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka. Tetapi setelah munculnya agama Islam maka Rasulullah menggalakkan ( menyarankan) supaya mereka ( umat Islam ) menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani dan dihormati oleh masyarakat

Bagaimana pelajar-pelajar mengenal taranum dan sejarahnya?? SEJARAH TARANUM AL-QURAN

Adalah difahamkan dari beberapa hadis sohih , bahawa sejarah taranum al-Quran itu tentunya bermula dari sejarah nuzul al-Quran di Gua Hira` pada tahun 610 Masehi. Di sana Rasulullah sendiri membaca al-Quran dengan baik , cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca al-Quran dengan bertaranum, bertazyin dan bertahsin.

Rasulullah telah memuji Abu Musa al-Ashaari dalam sabdanya :

"Sesungguhnya bertuah, engkau telah dianugerahkan Allah dengan mizmar (suara cantik) dari jenis mizmar keluarga nabi Daud". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis Riwayat Saidatina Aishah : Katanya, "Pada suatu malam saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan alQuran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya setelah selesai bacaan Salim itu Rasulullah segera bersyukur dan berdoa " pujipujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini ( Salim )". Pemanjangan Budaya Taranum al-Quran : Bertaranum ,bertahsin dan bertazyin al-Quran tersebut dipusakai dan dipanjangkan oleh para sahabat seperti , , , kepada para tabie` yang bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada para tabi` tabie` dan seterusnya. Pengembangan danPengawalan Bacaan al-Quran : Pengembangan dan pengawalan bacaan tersebut adalah dilaksanakan dengan lebih

berkesan dan lebih meluas oleh para tabien seperti : * Di Kufah ( 62 H ) : *Di Mekkah ( 70 H ) : *Di Kufah ( 73 H ) : * Di Madinah (78 H ) : * Dan lain-lain lagi

Ia kemudiannya diterima dan disebar meluas oleh para tabi` tabien seperti , , termasuklah imam-imam qiraat dan seterusnya para guru al-Quran dan para qari-qariah yang muktabar sehingga ke zaman kini.

SIFAT-SIFAT BACAAN RASULULLAH

Untuk mengetahui sifat-sifat bacaan Rasulullah itu pelajar-pelajar , marilah samasama kita renungkan kepada beberapa hadis sohih yang telah dikemukakan oleh para sahabat sebagaimana berikut : 1) :

" )( ." () Ertinya : Aku menyaksikan nabi Muhammad membaca al-Quran, sedangkan baginda di atas kenderaan untanya yang sedang maju berjalan, baginda membaca al-Quran surah Al-Fath sebagai bacaan yang paling lembut dalam bentuk bacaan tarji` ( melagukan al-Quran )

Huraian : * Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah merayakan kejayaan peperangannya dengan mempersembahkan bacaan al-Quran yang sungguh indah dan menarik * Kalimah menunjukkan bahawa bacaan Rasulullah adalah paling lembut,merdu dan mempesonakan. * Kalimah itu menunjukkan bahawa bacaan Rasulullah mempunyai keindahan alunan dan lagu yang sempurna.

2) : . )( () Ertinya : Aku dengar suara Nabi Muhammad membaca al-Quran , ketika itu aku sedang berbaring di atas katilku, baginda melagukan bacaan al-Quran

3) :

) ( . () Ertinya : Aku pernah dengar Rasulullah membaca ketika baginda sembahyang Maghrib , ya sungguh menarik bacaannya , tiada pernah ku dengar seorang pun yang lebih lunak suara bacaan daripadanya. 4) ) ( () Ertinya : Aku pernah dengar Nabi Muhammad membaca ketika sembahyang Isyak , ya sungguh indah sekali bacaannya, tiada pernah ku dengar seorang pun yang lebih merdu bacaannya dari bacaan Rasulullah.

Ulasan hadis-hadis diatas : Hadis yang pertama adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan al-Quran di khalayak ramai ketika berada di medan perang dalam suasana gembira merayakan kejayaan perjuangan. Hadis kedua adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan bacaan alQuran ketika berehat di rumahnya dalam suasana keharmonian dan ketenangan jiwa. Hadis ketiga dan keempat adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan alQuran ketika mengerjakan ibadat sembahyang dalam suasana ketawadu`an dan keinsafan jiwa raganya.

Dengan ini nyatalah bahawa Rasulullah sentiasa membaca al-Quran dengan baik dan merdu serta terpesona sesuai dengan al-Quran itu sebagai mukjizat yang teragung. Sifat bacaan Rasulullah itu adalah sebahagian dari uswah hasanah yang perlu dicontohi dan diteladani oleh sesiapa sahaja yang mengakui dirinya sebagai umat Islam. Sifat bacaan Rasulullah amat sempurna, tertil, bertajwid, bertaranum, bertarji`, bertahsin, bertazyin dan sebagainya. Situasi baginda adalah digambarkan oleh hadis sohih yang tidak perlu dipertikaikan lagi oleh sesiapa pun.

Dalil-Dalil dan Kelebihan Tarannum Di antara hadis-hadis Rasulullah yang memberi penekanan kepada kelebihan membaca al-Quran secara bertarannum ialah: 1. Sabda Rasulullah : ()

Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan al-Quran.

2. Sabda Baginda lagi: . () Ertinya: Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran itu, kerana bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan alQuran dan menangislah, jika tidak mampu menangis, maka buatlah olok-olok menangis. Dalam hadis ini kalimah itu menunjukkan bahawa Rasulullah sendiri memerintahkan ummatnya supaya melagukan al-Quran. Dalam Hadis ini kalimah itu menunjukkan bahawa Rasulullah sendiri mempertikaikan golongan umatnya yang tidak mahu melagukan bacaan al-Quran. Sebaliknya mereka lebih suka melagukan syair, mengagongkan bahasa sendiri dari keagungan al-Quran. Kalimah itu menunjukkan bahawa Rasulullah menggalakkan lagu bacaan al-Quran itu yang boleh membawa kepada kekhusyukan. ( lagu yang mempunyai sifat kelembutan sahaja yang boleh membawa kepada

kekhusyukan seperti lagu Soba,Jiharkah dan Nahwand )

3. Sabda Rasulullah

........ () Ertinya : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) Arab dan dengan suara berlahjah Arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya ahli fasik demikian juga dengan irama ahli gereja ( Kristian dan Yahudi ) Dalam hadis ini bahwa Rasulullah menyuruh umatnya melagukan al-Quran itu dengan berpandukan irama dan suara yang berlahjah Arab, kerana al-Quran itu berbahasa Arab yang sememangnya memerlukan budaya Arab. Kalimah ini menunujukkan bahawa Rasulullah memberi amaran keras supaya jangan melagukan dengan unsur-unsur irama fasik seperti apa yang dilagukan oleh biduan dan biduanita ( artis-artis) yang sematamata menghiburkan peminat dan mencari nama sahaja. Kalimah itu menunujukkan bahawa amaran Rasulullah supaya jangan terpengaruh dengan irama-irama yang berunsur pemujaan gereja , negara,

pembesar negeri dan sebagainya kerana perbuatan ini menghilangkan kemukjizatan al-Quran. HUKUM MELAGUKAN BACAAN AL- QURAN

Sunat sekiranya: Dapat membangkitkan syiar islam. Dapat menarik perhatian orang ramai kepada al-quran. Dapat menarik minat terhadap pengajaran dan pembelajaran al-quran Dapat melahirkan ketinggian mukjizat al-quran. Dan sebagainya. Harus sekiranya: Tidak mencacatkan al-quran. Tidak mengganggu ketenteraman awam. Tidak menghalang ketenangan beribadah. Tidak melahirkan fitnah. Dan sebagainya.

Makruh sekiranya. Mengganggu ketenteraman awam. Menghalang ketenangan beribadah. Melahirkan fitnah. Menghilangkan khusyuk/ tadabbur. Dan sebagainya. Haram sekiranya: Merosakkan keaslian al-quran. Menjatuh atau menghinakan keutuhan al-quran. Menghalang kemajuan atau ketinggian al-quran. Menyeleweng matlamat kearah yang dilarang syara.

Dan sebagainya. Fardhu kifayah sekiranya: Boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-quran. Boleh menambahkan keelokkan al-quran. Boleh menghilangkan keraguan terhadap al-quran. Boleh memantapkan kefahaman terhadap al-quran. Dan sebagainya.

PERANAN TARANUM PADA BACAAN AL-QURAN

Seorang Qari itu tidak harus melupakan peranan taranum bil-Quran supaya matlamatnya dapat dicapai dengan sepenuhnya. Antara peranannya ialah: 1) Untuk mencapai tahap ketertilan yang sebenar. Allah taala berfirman : hendaklah kamu membaca al-Quran dengan seberapa tartil yang termampu ( Muzammil : 4 ) 2) Untuk memberi penghormatan kepada status al-Quran Rasulullah bersabda : diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan keberkatan ( Riwayat muslim ) 3) Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan, Allah taala berfirman : mereka bersegera menundukkan muka sambil menanggis sedangkan al-Quran itu boleh menambahkan kekhusyukkan dan keinsafan ( Al-Isra` : 109 ) 4) Untuk mendapat rahmat.

Allah berfirman : bila-bila sahaja al-Quran di baca maka hendaklah diam untuk memerhati dengar bacaannya semoga kamu dirahmati Allah ( al-A`araf 204 ) 5) Untuk menambahkan seni al-Quran. Rasulullah bersabda : Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokkan suara kamu, sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni mukjizat al-Quran ( riwayat Nasaie dan Abu Daud )

* Ibn Abbas pernah menegaskan bahawa nabi Daud alaihissalam pernah membaca kitab Zaburnya denagn 70 lagu, untuk menyegar jiwa dan menarik minat setiap manusia dan binatang. Setiap jiwa tidak akan berfungsi jika tidak diusik, pengusik jiwa yang berkesan ialah peranan taranum

ASAS TARANUM ARAB HIJAZI

Qari-qari Hijazi biasanya membaca al-Quran berdasarkan asas-asas taranumnya yang tersendiri, yang dirumuzkan dengan ungkapan kata-kata : ( ( ( ( ( ) Singkatan nama lagu Banjakah )) ) Singkatan nama lagu Husaini () ) Singkatan nama lagu Mayyah () ) Singkatan nama lagu Rukbi () ) Singkatan nama lagu Dukkah ()

( ) Singkatan nama lagu Sikah () ( ) Singkatan nama lagu Jiharkah () ASAS TARANUM ARAB MISRI

Berdasar kepada kaedah yang disampaikan oleh bahawa qari-qari mesir biasanya mereka membaca al-Quran tidak lari daripada asasasas taranum yang empat iaitu Bayati , Hijazi , Iraqi dan Rast. Manakala lagu yang lain adalah sebagai cawangan sahaja seperti Husaini , Kurdi , Soba , Ajam , Nahwand , Sikah dan Jiharkah . Demikianlah 12 lagu yang pernah diamalkan oleh qari-qari Mesir sebagai lagu bacaan al-Quran. Manakala selebihnya adalah diamalkan untuk lagu-lagu qasidah dan lagu muzik sahaja. SUSUNAN TARANUM YANG POPULAR

Qari-qari dari Mesir masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan taranum yang disusun seperti berikut : a) Bayati , Soba , Hijaz , dan Sikah b) Bayati , Hijaz , Nahwand dan Rast c) Bayati , Nahwand ,Rast dan Jiharkah

d) Bayati , Rast , Sikah dan Jiharkah e) Bayati , Iraqi , Nahwand dan Rast

TAJUK DEFINISI / HURAIAN

HARAKAT ( (

Gaya alunan lagu yang tersusun daripada beberapa Qit`ah dengan Mahattohnya yang tertentu

Harakat pertama : merupakan harakat permulaan yang perlu disesuaikan dengan harakat terakhir pada lagu sebelumnya. Harakat kedua: Harakat yang memberi semangat kepada harakat yang berikutnya Harakat ketiga : Harakat jawab ( harakat tinggi ) Harakat keempat:Harakat jawabul-jawab( harakat tertinggi ) Harakat kelima: Harakat menurun ( harakat persediaan ) Harakat keenam : Harakat penutup

2 MAHATTOH ( ) Gaya penghujung ( perhentian ) kepada sesuatu harakat yang tertentu.

QIT`AH ( )

Gerak lagu yang paling pendek tanpa mahattoh yang tertentu

4 BURDAH ( ) Bunga-bunga lagu atau getaran suara Jenis-jenis Burdah : a) Burdah asli b) Burdah sina`ie

Perkataan bayati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman. Pada istilah ilmu taranum , ianya adalah nama bagi satu jenis alunan taranum yang dipopularkan oleh qari-qari Arab terutama dari mesir.

Taranum bayati tersebut mula diperkenalkan di Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1940an sehingga kini. Ianya amat terkenal sekali sehingga dianggap sesuatu persembahan bacaan al-Quran itu belum lengkap dan sempurna jika tidak dimasukkan taranum bayati. MENGENAL SIFAT-SIFAT TARANUM BAYATI

Taranum bayati mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri di antaranya : 1. Mempunyai kelembutan di samping ketegasan 2. Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat yang sederhana 3. Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan 4. Mempunyai kesesuaian dengan taranum pembukaan dan penutup * mengenal sifat-sifat taranum tersebut adalah mustahak jika tidak tentunya sukar * untuk mengawal dan menyusun harakat-harakatnya dengan baik dan mungkin kehilangan punca yang menyebabkan tersasul ke arah yang tidak diingini.

MEMAHAMI PERANAN TARANUM BAYATI

Taranum bayati mempunyai tugas dan peranannya yang tersendiri di antaranya :

1. Memantapkan persembahan bacaan 2. Menjadi taranum pembukaan dan penutup 3. Menjadi pengukuran kepada taranum yang akan dipersembahkan sesudahnya 4. Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf al-Quran 5. Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan. Seseorang qari atau qariah yang tidak dapat menghayati peranan sesuatu taranum itu mungkin mesej yang hendak disampaikan tidak kesampaian kerana taranum itu sendiri adalah sebahagian daripada alat penyampaian al-Quran kepada masyarakat

Perkataan husaini adalah dari Bahasa Arab yang bererti kecantikan. Pada istilah ilmu taranum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan taranum yang dipopularkan oleh pakar taranum Hijazi. Sehingga sekarang ianya diubahsuai oleh qari-qari Mesir sebagaimana yang kita hayati sekarang. MENGENAL SIFAT-SIFAT TARANUM HUSAINI

Taranum husaini mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri : 1. Mempunyai pergerakan yang aktif dan bersemangat. 2. Mempunyai penyesuaian dengan tobaqat yang tinggi. 3. Mempunyai unsur ketenangan dan ketegasan. 4. Mempunyai unsur rangsangan dan galakan.

MEMAHAMI PERANAN TARANUM HUSAINI

Di antara tugas-tugas dan peranan taranum husaini adalah : 1. Memantapkan persembahan bacaan. 2. Merangsangkan taranum yang berikutnya. 3. Menghangatkan persembahan bacaan. 4. Memantapkan sebutan huruf-huruf al-Quran. 5. Melahirkan kemukjizatan al-Quran. MENGENAL HARAKAT HUSAINI

1. Bersambung kepada harakat keempat dan kelima taranum Bayati. 2. Harakat Husaini diwuslah kan kepada harakat Bayati. 3. Harakat Husaini juga boleh dibaca dan disusun secara berasingan.

Taranum Hijjaz pula dipopularkan oleh qari-qari dari wilayah Hijjaz mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir yang tandus dan berbukit bukau yang kemudian diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya. Ini menjadikan Taranum Hijjaz berlahjah Mesr lebih lembut dan menarik, sesuai dengan kelembutan dan kehalusan lughah al-Quran itu sendiri, katanya.

Antara sifat Taranum Hijjaz termasuklah gerak lambat tetapi berkesan, ketegasan sebagai pendorong semangat, bersesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan perintah, tegah atau marah. Peranan Tarannum Hijaz Memberi semangat kepada persembahan Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari Mesir. Sifat Tarannum Soba Alunan lembut yang mendayu Gerak ringan meresap jiwa Sesuai dengan tobaqot sederhana Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya Peranan Tarannum Soba Menenangkan persembahan Membawa kekhusyukan dan keinsafan Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran