Anda di halaman 1dari 16

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KRB 3063

PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU


ADAPTASI KARYA AGUNG
SIDANG AKADEMIK 2013/2014

SEMESTER 6

NAMA NO .MATRIK NO. KP NAMA PENYELARAS PUSAT PEMBELAJARAN TARIKH SERAHAN

JINLI BIN RAMLI@RAMLEE GEORGE BIN ANTONIUS PPG/41182/11 650413-12-5659 PPG/41206/11 640722-12-5039

DR. SHAHBUDDIN HASHIM KOTA KINABALU

2 NOV 2013

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

EPISOD 18 : DASTAR RAJA MUHAMMAD DAN SEPAK RAGA

Pada suatu petang yang indah, terlihat seorang lelaki gagah dengan sosok tubuhnya yang bidang itu sedang bersemayam di bawah pohon yang rendang sambil ditemani kudanya. Datanglah tiga dayang istana masuk menghadap Raja Muhammad yang enak di buai angan-angan itu. Kemudian, diberikan kepadanya santapan yang sememangnya menjadi kegemaran pada setiap petang.

Dayang 1

: Tuanku, patik telah bawakan santapan petang kegemaran

untuk tuanku, kata dayang istana itu tersipu malu.

Sememangnya Raja Muhammad memilik rupa paras yang tampan dan mampu memikat sesiapa sahaja wanita yang melihatnya begitu juga dengan dayang istana. Masing-masing berdiri kekok apabila berhadapan dengan Raja Muhammad tetapi tidak diendahkannya. Namun, sifatnya yang kasar dan angkuh itu menyebabkan ramai jejaka menyimpan niat yang tidak baik terhadapnya.

Raja Muhammad

: Baiklah, jawab Muhammad pendek sambil merenung

jauh ke halamannya yang indah persis kayangan yang indah tidak mampu dimiliki oleh rakyat biasa. Dayang 2 : Patik mahu tunggu tuanku selesai mengambil santapan ini

dahulu, senang patik kemaskan, kata dayang. Raja Muhammad : Hai, tiada angin tiada ribut sanggup pulak kamu

menunggu ya, kata Raja Muhammad sedikit keras kedengaran.

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Dayang 2

: Errrerr..pa..pa..patik tidak bermaksud apa-apa tuanku. Patik

cuma mahu memastikan tuanku suka hidangan ini, kata dayang 2 sambil tersekat-sekat. Raja Muhammad : Ahhh sudahlah. Pergilah kamu membuatkan fiil kamu

sendiri. Beta tidak mahu diganggu, kata Raja Muhammad dengan nada yang selamba.

Kemudian dayang istana itu pun berlalu pergi dek malu dengan perbuatan Raja Muhammad yang tidak langsung mesra seperti ayahnya. Tidak lama selepas itu, terdengar tapak kaki orang mencurigakan yang berada tidak jauh daripada tempat Raja Muhammad.

Raja Muhammad

: Siapa?!, kata Raja Muhammad dengan nada yang

agak tinggi dan keras. Limat : Aduh, gagal lagi. Apa jenis telinga yang dia guna ni pun aku tak tahu. Padahal bukan main hebat lagi aku mengatur langkah perlahan agar tidak kendengaran, kata Limat mengomel sendirian. Raja Muhammad : Jangan katakan kau Limat, ikan di dalam sungai pun

beta dengar, kata Raja Muhammad dengan angkuh sambil ketawa berdekah dekah. Limat : Cis, cuba disuruhnya tangkap ikan sekarang entah reti entah tidak, Limat bermonolog sendirian.

Seketika itu mereka berdua terdiam sejenak. Tiba-tiba Raja Muhammad bersuara.

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Raja Muhammad

: Marilah kita pergi berkuda di kampung Bendahara,

kata Raja Muhammad kepada Limat pada satu petang. Limat : Baiklah tuan, nanti hamba siapkan kuda, jawab Limat sambil berlari lari ke kandang kuda.

Seekor

kuda

hitam

bertompok

putih

kesayangan

Raja

Muhammad

dikeluarkan. Pelana dipasang dan kuda itu dibawa ke hadapan istana. Raja Muhammad pun telah siap sedia lalu turun dan melompat naik ke belakang kuda. Kuda itu dipacunya dan kuda berlari-lari keluar dari perkarangan istana. Limat berlari-lari mengejar anak raja itu. Raja Muhammad melarikan kudanya dalam kebun depan istana dan Limat mengejarnya. Limat pantas berlari. Dia juga digelar Limat Pantas Lari. Kemudian, anak raja itu pun mengenderai kudanya berjalan pantas-pantas melalui kebun dan dusun kemudian pergi ke laut. Limat Pantas Lari berlari-lari membuntuti kuda itu. Cepat Limat, cepat! seru Raja Muhammad sambil memacu kudanya di pantai. Limat berlari pantas seolah tidak jejak kakinya di pasir.

Raja Muhammad Raja Muhammad.

: Ha, sungguhlah kau digelar pantas lari, Limat, kata

Limat : Sungguh tuanku, jawab Limat tercungap-cungap. Raja Muhammad : Tapi kau tercungap-cungap, macam tak cukup nafas,

kata Raja Muhammad. Limat : Benar tuanku, jawab Limat dan nafasnya mulai tenang.

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Dia duduk di pangkal pohon besar memandang Raja Muhammad yang masih lagi duduk di atas kudanya. Marilah, kita pergi berjalan-jalan di Kampung Bendahara, kita pun sudah lama tidak ke sana, kata Raja Muhammad.

Baiklah tuanku, marilah, jawab Limat Pantas Lari.

Kuda itu berjalan lambat-lambat sambil menggoyang kepalanya ke kiri dan kanan. Limat berjalan mengiringi kuda itu sambil memegang tengkuk kuda itu. Raja Muhammad duduk di belakang kuda memandang ke kiri dan ke kanan.

Raja Muhammad

: Limat, anak siapakah itu? tanya Raja Muhammad

memandang sekumpulan anak gadis yang sedang membasuh di tepian perigi. Limat : Tuanku, anak orang, jawab Limat Pantas Lari.

Raja Muhammad menyebat perlahan belakang Limat.

Raja Muhammad

: Memanglah anak orang, bukannya anak jin dan

pelesit, bodoh, kata Raja Muhammad. Limat : Yalah tuanku, anak orang. Tapi siapa orangnya hamba tidak tahu, jawab Limat.

Raja Muhammad memacu kudanya dan kuda itu berlari pantas. Limat tergesa-gesa berlari mengiringi kuda itu. Limat berlari lintang pukang kerana jalan tepi itu semak.
5

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Anak-anak gadis di tepian perigi itu tersipu-sipu tertawa melihat Limat berlari lintang pukang di sebelah kuda anak raja itu. Mereka berada tidak jauh dari kampung Bendahara. Kebun Bendahara luas dan pokok buah-buahan banyak di dalamnya. Masa itu buah-buahan belum bermusim lagi. Kedua Raja Muhammad dan Limat berjalan dalam kebun Bendahara mengikuti satu lorong demi satu lorong. Kemudian mereka berada tidak jauh dari kawasan rumah tempat tinggal hamba sahaya bendahara. Mereka memasuki lebuh besar yang menuju ke rumah Bendahara. Tidak jauh dari rumah Bendahara, keduanya mendengar suara anak-anak muda sedang bermain sepak raga. Riuh bunyinya. Mereka amat gembira.

Raja Muhammad Muhammad.

: Ha, Limat, ada orang bermain sepak raga, kata Raja

Limat : Benar tuanku, memang mereka suka bermain sepak raga apabila petang-petang begini, lagipun hari tidak hujan, kata Limat. Raja Muhammad : Siapa agaknya juara sepak raga di kampung

Bendahara ini? tanya Raja Muhammad. Limat : Ha, tuanku, siapa lagi kalau bukan Tun Besar, anak Bendahara. Dia memang handal bermain sepak raga. Berpuluh kali sepak tidak jatuh ke tanah, sahut Limat. Raja Muhammad : Kita juga ada mendengar desas-desus yang

mengatakan Tun Besar memang handal bermain sepak raga. Marilah kita pergi menonton, katanya.

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Kuda pun dipacu dan kuda itu berlari pantas diikuti oleh Limat daripada belakang. Sebentar kemudian mereka sampai dekat dengan rumah tempat anakanak muda bermain. Akan tetapi anak-anak muda itu bermain di lebuh, tempat orang lalu-lalang. Mereka sedang asyik menyelak, dan membalas sepakan dalam satu bulatan. Enam orang semuanya yang sedang bermain dan ramai lagi yang duduk di pangkal kayu dan bertenggek di dahan rebah menonton. Ada yang duduk bersandar di tepi balai permainannya. Sambil keasyikan melihat majlis itu, mereka pun menyanyi sambil berbalasbalas pantun menghiburkan sesama sendiri mengikut rentak lenggang kangkung.

Dari mana hendak ke mana, Dari Jepang ke bandar Cina, Kalau boleh kami bertanya, Bunga yang kembang siapa punya.

Mahal harganya kain batik, Dipakai selendang ke kuala, Jika bunga boleh dipetik, Dipersunting dijunjung di kepala.

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Jika roboh kota melaka, Papan di Jawa saya dirikan, Jika sungguh sebagai kata, Badan dan nyawa saya serahkan.

Jika tiada karena bulan, Takkan bintang meninggi hari, Jika tidak kerana tuan, Takkan adik datang ke mari.

Mereka amat gembira dan mereka yang bermain itu tidak sedar Raja Muhammad tiba-tiba telah ada berkuda tidak jauh dari bulatan mereka sedang asyik memerhatikan gelagat Tun Besar. Sementara itu, Tun Besar yang sedang asyik menyepak bola raga menunjukkan kehebatannya membilang kuat-kuat diikuti dengan rakan-rakannya yang lain. 1, 2, 3, 4, dan sehinggalah Tun Besar leka menyepak. Kemudian disambung lagi, 16, 17 dan menyepak lagi, mengejar bola itu dan mengambilnya. Teman-teman mereka bertepuk tangan kerana bagaimanapun susahnya bola itu dapat disambut oleh Tun Besar dan menyepaknya lagi dan terus membilang 23, 24, 25, 26, 27 dan bola itu tersangkut. Mereka bertepuk dan Tun Besar menunggu bola itu jatuh. Tapi bola itu melekat.

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Anak Muda 1 : Panjat Tun Besar, panjat! kata salah seorang yang menonton. Tun Besar : Hai, kena pulak panjat, kita tunggulah bola itu jatuh sendiri,

jawab Tun Besar. Anak Muda 2 : Kalau bola itu tidak jatuh, bermakna lamalah Tun Besar menyepak tidak berhenti, sampai ke senja, jawab seorang lagi.

Mereka ketawa.

Anak Muda 3 : Hai, baik digoyang pokok ini, kata salah seorang yang bermain. Anak Muda 4 : Jaga Tun Besar, kita goyang pokok ini, kata salah seorang yang berbadan tegap.

Masa itu Raja Muhammad masih duduk di atas kudanya melihat temasya itu. Orang itu pergi ke pangkal pokok. Tun Besar sedia menunggu bola itu jatuh. Pokok itu pun digoyang dan bola itu terkeluar dari celah dahan dan jatuh. Apa lagi Tun Besar terus menyambut bola itu tetapi bola itu terus melayang ke arah Raja Muhammad. Tun Besar mengejar tapi, bola itu terjatuh di kepala Raja Muhammad. Tun Besar terhenti beberapa langkah dari kuda Raja Muhammad. Dastar Raja Muhammad jatuh betul dekat kaki Tun Besar. Tun Besar terkedu melihat dastar Raja Muhammad jatuh dekat kakinya. Hampir terpijak.

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Raja Muhammad memandang Tun Besar dan kemudian memandang kepada Limat, Cis! Jatuh dastar kita diperlakukan sebegitu rupa oleh Tun Besar, kata Raja Muhammad. Limat memahami kehendak Raja Muhammad akan tetapi dia terdiam melihat Tun Besar dan Raja Muhammad.

Raja Muhammad

: Limat! Tidakkah kamu melihat dastar kita jatuh

dibaham bumi? Siapakah yang empunya angkara menyepak bola raga itu? Raja Muhammad murka.

Arakian, Si Limat pun berlari dengan pantasnya balik ke istana. Tun Besar hendak mengambil dastar itu tapi ditegah oleh Raja Muhammad. Dastar itu masih terbaring di tanah dan Raja Muhammad tetap duduk di belakang kudanya. Kawan-kawan Tun Besar, anak-anak buah dan hamba sahaya Bendahara Paduka Raja berdiri mengelilingi Tun Besar dan Raja Muhammad. Ada yang datang rapat, ada yang takut dan berdiri jauh dan ada yang memanjat pokok. Tapi tiada siapa yang berani berkata. Mereka menunggu Limat lari balik dari istana. Seorang anak muda, sahabat karib Tun Besar melangkah dan menyembah Raja Muhammad.

Selamat

: Tuanku, bukan sengaja Tun Besar menyepak bola raga itu

maka terjatuh di dastar tuanku, kata anak muda itu.

10

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Raja Muhammad

: Kita mendengar Tun Besar ahli raga boleh

menendang hingga berlaksa-laksa kali, dan adakah perbuatan itu tidak sengaja? Bukankah dia tidak melihat siapa berkuda, ada seiapa yang tak melihat? jawab Raja Muhammad.

Sahabat Tun Besar tidak berkata lagi. Masing-masing dalam ketakutan. Limat pun tiba dengan membawa puan baginda dan di atas puan itu ada sebilah keris. Puan itu pun dihulurkan kepada Raja Muhammad dan Raja Muhammad mengambil keris dari puan itu. Jatuh dastar kita oleh Tun Besar, kata Raja Muhammad dan seperti kilat keris itu dihunjamnya kena pada rusuk Tun Besar. Tun Besar rebah dan mukanya betul menghadap dastar Raja Muhammad di pasir. Tun Besar menggeliat beberapa kali dek kegeringan dan terus kejang.

Anak-anak buah Bendahara gempar melihat Tun Besar mati ditikam oleh Raja Muhammad. Raja Muhammad pun memacu kudanya balik ke istana. Mendengar orang gempar itu Bendahara Paduka Raja pun keluar dari rumahnya. Dia melihat orang berlari-lari ke sana ke mari.

Bendahara ini? katanya.

: Hai, anak-anak muda, mengapakah sebabnya jadi gempar

Orang Ramai : Datuk, Tun Besar mati ditikam oleh Raja Muhammad, jawab orang ramai dan dia berlari balik ke rumahnya. Bendahara : Selamat, apakah cerita yang sebenarnya? kata Bendahara

kepada Selamat, sahabat karib Tun Besar.

11

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Selamat sedang memangku kepala Tun Besar.

Selamat

: Datuk, kami bermain sepak raga, dan Raja Muhammad

berhenti melihat kami bermain. Bola raga tersangkut. Bila bola raga itu jatuh, Tun Besar menyepaknya dan entah bagaimana bola raga itu terjatuh di kepala Raja Muhammad dan dastar Raja Muhammad terjatuh. Itulah sebabnya.

Sebentar itu saja anak-anak muda telah datang kembali ke tempat permainan itu. Masing-masing membawa senjata.

Bendahara

: Jika demikian kisahnya, kenapakah kamu semua berlengkap

senjata, berlengkap diri ini? tanya Bendahara Paduka Raja. Anak Muda : Kami semua hendak membalas kematian saudara kami itu! jawab mereka serentak.

Bendahara berdiri dan menghadapi anak-anak muda itu.

Bendahara

: Hai! Hai! Hendak derhakakah kamu sekalian? Hendak

derhakakah? Ceh! Kamu Sekalian. Ceh! Kerana tiada adat; hamba melayu tiada pernah derhaka. Tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang ini.

Anak Muda : Datuk!

12

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Tiba-tiba satu suara dari anak muda yang berkampung itu terdengar. Suara itu keras dan marah bunyinya.

Bendahara

: Kamu semua telah mendengar tadi, jawab Bendahara.

Mereka pun tunduk dan ada yang mencampakkan senjata. Mereka pun berundur. Bendahara Paduka Raja merapati mayat anaknya. Meleleh juga air matanya tapi dicuba tahan supaya tidak dilihat oleh anak buah dan hamba sahayanya, takut-takut mereka tidak sabar dan mengamuk. Mayat Tun Besar pun dibawa balik, dan malam itu juga dikebumikan. Berita kematian Tun Besar sampai ke istana. Orang-orang istana dan di luar istana pun gempar. Pengawal istana berkawal dan ada khabar angin orang Bendahara amat marah di atas kejadian itu. Sultan Mansur Syah mendengar gempar di lu ar istana itu dan berkata, Hai, apakah gempar di luar istana itu? Tun Indera Segara pun mengadap sultan dan mempersembahkan berita gempar itu.

Tun Indera Segara : Tuanku, Tun Besar anak datuk Bendahara mati ditikam oleh paduka anakanda Raja Muhammad. Sultan Mansur Syah : Apa kata Bendahara? tanya Sultan. Tun Indera Segara : Tuanku, apa yang hamba dengar, Bendahara berkata tiada adat hamba Melayu derhaka kepada raja, tetapi janganlah kita bertuankan anak raja ini.

13

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Sultan pun senyum dan menganggukkan kepalanya. Pergilah panggil Si Muhammad ke mari, kata Sultan kepada Tun Indera Segara. Seketika Raja Muhammad datang menghadap, Sultan pun faham apa maksud Bendahara itu dan Sultan tidak dapat menyalahkan Bendahara. Sebelum Bendahara sendiri mempersembahkan perkara itu, biarlah dia dulu mengambil keputusan.

Sultan : Beta amat murka atas apa yang berlaku hari ini. Mengapa anakanda bertindak sedemikian rupa! kata Sultan Mansyur Syah dengan nada yang keras. Raja Muhammad : Mereka rakyat yang tidak sedar diri! Mudah sahaja

mereka mempermalukan anakanda di depan khalayak. Apa mereka semua itu bodoh tidak tahu anakanda ini siapa!, kata Raja Muhammad ingin tidak puas hati. Sultan : Sungguh! Ayahanda tidak percaya kelakuan anakanda semakin angkuh dan sombong seperti ini. Raja Muhammad : Mereka semua itu patut dihukum ayahanda!

Sultan : Hai, Muhammad, apakah dayaku, engkau ditolak dari bumi Melaka. Sekarang aku suruh panggilkan Seri Bira Diraja di Pahang membawa kau ke Pahang. Kau tidak diterima lagi oleh bumi Melaka. Raja Muhammad : Tidak! Anakanda tidak akan meninggalkan tempat ini

tempat kelahiran anakanda. Ayahanda tidak adil berpihak kepada mereka sedangkan mereka cuma rakyat jelata. Sultan : Keputusan ayahanda muktamad. Pergilah engkau, hai M uhammad. Kau ditolak dari bumi Melaka.

14

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Raja Muhammad masih tunduk bisu dan tiada membantah titah ayahanda itu. Raja Muhammad mengundurkan diri dan berlalu pergi daripada istana. Sakit hatinya

GLOSARI Perkataan Membuntuti Tuanku mengekori Bahasa panggilan di dalam atau tulisan dipakai oleh Raja-raja. Lambat-lambat Pelesit Lintang pukang Hamba sahaya Bendahara perlahan Makhluk halus, hantu Tidak tentu arah Hamba satu-satunya Orang yang memegang harta benda kerajaan Desas-desus Dastar Khabar angin Mahkota yang dibina daripada songket
15

Makna

PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)

Dibaham Arakian Berlaksa-laksa kali Kegeringan

Diterkam, dimakan Sesudah itu Perbuatan berulang-ulang kesakitan

16