KONTEMPORARI
PENGENALAN
Penjelasan Biologi
Penjelasan Institusi dan Sosialisasi
Penjelasan Amalan Interaksi
Penjelasan Sosio-Psikologi
Penjelasan Biologi
Secara biologis, setiap gender
mempunyai sifat dan kelebihan
tersendiri yang tidak ada pada gender
lain, misalnya dari segi hormon,
sensitiviti kepada cahaya dan suara
dan sensitiviti kepada penghubung
kanan atau kiri otak.
Jadi, setiap gender mesti menerima
hakikat ini, lantas mengambil
kelebihan yang ada pada satu-satu
gender bagi menampung
kekurangan yang ada pada
gendernya sendiri.
Lelaki mesti mengakui yang wanita
secara biologis mempunyai lebih
sifat kasih sayang dan lebih sesuai
mendidik serta menjaga anak
daripada mereka sendiri.
Dengan demikian kelebihan wanita
adalah penting bagi mengisi atau
menampung kekurangan lelaki
dalam kehidupan keluarga.
Penjelasan Institusi &
Sosialisasi
Perbezaan gender dan seterusnya
perbezaan kedudukan antara gender
adalah hasil daripada perbezaan
peranan yang diajar dan diterapkan
kepada lelaki dan juga kepada
perempuan dalam proses sosialisasi.
Lelaki diajar untuk menjalankan
peranan dalam sektor pekerjaan dan
wanita dalam sektor rumahtangga.
Dengan demikian perkembangan
berikutnya berkaitan dengan
pengalaman dan kejadian setiap
gender itu adalah dicorakkan oleh
sektor yang berkaitan dengan
gender tersebut.
Jadi, perbezaan gender itu serta
kedudukan gender adalah
dicorakkan oleh manusia sendiri
dalam masyarakat.
Golongan feminis berpendapat jika
tidak dicorakkan sedemikian, maka
setiap gender akan berpeluang
merealisasikan kebolehan dan
potensi masing-masing secara bebas
tanpa perlu akur kepada ketetapan
dalam skrip gender (gendered script)
Penjelasan Amalan
Interaksi
Ini berkaitan rapat dengan
penjelasan institusi dan sosialisasi di
atas.
Proses sosialisasi menjadi penyebab
utama bagi pembentukan
tingkahlaku dan sahsiah seseorang
mengikut gender.
Lelaki tidak digalakkan untuk terlibat
dalam kegiatan yang ‘halus dan
lembut’, begitu juga perempuan
ditegah melakukan perbuatan atau
kegiatan yang ‘kasar’.
Keadaan ini mewujudkan dikotomi
atau garis pemisah yang tetap
antara tingkahlaku dan sahsiah lelaki
dan perempuan.
Penjelasan Sosio-
Psikologi
Dalam sejarah tamadun manusia,
segala keterangan tentang gender
dizahirkan dalam konsep dan
perkataan berdasarkan pengalaman
lelaki, dan ini telah tertanam dengan
kuat dalam pemikiran masyarakat.
Dengan demikian, adalah sukar bagi
wanita untuk menjelaskan diri
mereka mengikut pengalaman
mereka sendiri.
Golongan feminis [Perancis] berjuang
untuk mewujudkan ‘vocabulary’ atau
konsep/perkataan yang berlandaskan
wanita (female-based vocabulary)
serta menolak budaya lelaki.
Ada yang menuntut supaya sifat
kejadian wanita yang distingtif
(women’s distinctive ways of being)
itu diakui sebagai satu kelainan atau
sebagai alternatif kepada cara lelaki
(male modes).
Mereka juga menuntut supaya
pengetahuan umum (public
knowledge), keserjanaan akademik
(academic scholarship), serta setiap
pola kehidupan sosial perlu
mengambil kira secara serius sifat
dan cara kejadian wanita (female
ways of being).
Hanya dengan itu, dikatakan dunia
ini akan menjadi lebih aman dan
menjadi tempat yang lebih
berperikemanusiaan (more humane
place) kepada semua insan.
KETIDAKSAMAAN GENDER
Gagasan utama teori feminis dari
sudut ketidaksamaan gender ini
adalah: ‘dalam banyak keadaan
kaum wanita bukan sahaja berbeza
daripada kaum lelaki, tetapi juga
mereka tidak mempunyai kedudukan
yang istimewa (less privileged)
seperti kaum lelaki.
Dengan kata lain, kedudukan kaum
wanita itu adalah tidak sama
(unequal) dengan kedudukan kaum
Ketidaksamaan gender dalam
masyarakat dilihat dari aspek-aspek
berikut:
Dari segi agihan sumber material
(material resources), kedudukan
sosial, kuasa, dll. kaum wanita, pada
umumnya tidak mendapat bahagian
dan hak yang sama banyak (iaitu
kurang) daripada bahagian atau hak
yang diperolehi oleh kaum lelaki.
Ketidaksamaan ini adalah hasil
daripada organisasi masyarakat yang
tidak mengambil kira sebarang
bentuk perbezaan signifikan dari segi
biologi dan juga dari segi sahsiah
(personality) antara lelaki dan
perempuan.
Manusia (lelaki dan perempuan)
semuanya mempunyai keinginan
untuk kebebasan dan juga untuk
merealisasikan potensi yang ada
pada diri masing-masing (self-
actualization).
Namun demikian, kaum wanita tidak
mendapat hak dan peluang yang
sama seperti kaum lelaki untuk
memenuhi tujuan-tujuan di atas.
Keadaan ini bertitiktolak daripada
teori perbezaan gender, khususnya
yang menyentuh aspek-aspek
berikut:
Pembahagian tugas berdasarkan
jantina/gender
Activiti sosial mengikut sektor yang
berasingan, iaitu sektor public dan
sektor private
Keterlibatan kaum lelaki dalam
sektor public dan kaum wanita dalam
sektor private, dan
Proses sosialisasi sistematik bagi
kanak-kanak supaya mereka
dibekalkan dengan pengetahuan
serta kemahiran untuk memasuki
sektor yang dihubungkan dan gender
masing-masing.
Mereka berpendapat sektor private
yang menjadi monopoli kaum wanita
penuh dengan ‘tugas-tugas yang
mendesak (demanding), yang tidak
berminda (mindless), tidak berbayar
(unpaid) dll. berkaitan dengan
urusan rumahtangga, mendidik anak,
dan melayan suami (dari segi
praktical, emosi, dan seksual).
Sebaliknya, sektor yang penuh
ganjaran dari segi kewangan, kuasa,
status, kebebasan, peluang untuk
kemajuan diri dll. adalah sektor
public yang dimonopoli oleh kaum
lelaki.
Sistem dalam masyarakat yang
menyekat kemasukan wanita dalam
sektor public, yang membebankan
mereka dengan pelbagai tugas dan
tanggungjawab dalam sektor private,
yang memenjarakan mereka di
rumah-rumah, dan yang memberi
pelepasan kepada kaum lelaki untuk
sama-sama memikul beban tugas
dalam sektor private adalah
semuanya menjurus kepada
ketidaksamaan gender.
Pendokong teori ketidaksamaan gender ini
mengatakan, gerakuasa yang
menyebabkan sistem yang dinyatakan di
atas itu wujud adalah sexism, iaitu satu
ideologi yang terkandung di dalamnya
fahaman dan amalan bersifat diskriminatif
terhadap wanita, dan juga fahaman
bahawa perbezaan ‘semula jadi’ antara
lelaki dan perempuan itu sesuai dengan
destini sosial masing-masing (iaitu lelaki
sebagai pencari nafkah keluarga dan
wanita sebagai pengurus rumahtangga)
Disebabkan oleh sexism, kaum
wanita dikatakan telah dialihkan
(dwindle) untuk tidak menikmati
kemanusian sepenuh (full
humanness).
Satu contoh menarik tentang perkara
ini ditunjukkan oleh Jessie Bernard
dalam penulisan beliau bertajuk The
Future of Marriage (1982).
Bernard mengatakan dari segi
budaya, perkahwinan (marriage) itu
adalah satu destini dan sumber
kesempurnaan (fulfillment) bagi
wanita, sedangkan bagi lelaki
perkawinan adalah sesuatu yang
menggabungkan alam rumahtangga
(domesticity), tanggungjawab, dan
keadaan yang terikat (constraints).
Dari segi institusi pula, perkahwinan
memperkasakan (empowers)
peranan suami, di samping
membebankan isteri dengan
pelbagai tugas rumahtangga,
menjadikan beliau terlalu bergantung
kepada suami, berpuashati dengan
apa yang diberikan oleh suami, dll.
Bernard juga mengatakan
perkahwinan itu terbahagi kepada
dua, iaitu (1) perkahwinan bagi
lelaki, dan (2) perkahwinan bagi
wanita, setiap satu mempunyai ciri
tersendiri.
Perkahwinan bagi lelaki membawa
kepada keadaan di mana lelaki itu
merasai terikat, dan terbeban di
samping beliau mempunyai kuasa
dan hak terhadap segala
perkhidmatan dan layanan (praktikal,
emosi, dan seksual) dari isterinya.
Perkahwinan bagi wanita pula,
sepertimana yang dikatakan di atas
adalah satu destini dan sumber
kesempurnaan (fulfillment).
Di samping itu, dengan berkahwin,
wanita akan terjebak serta
terkongkong dalam alam rumah
tangga, menjalankan tugas dan
tanggungjawab sebagai isteri, ibu,
dan pengurus rumahtangga.
Perkahwinan menyebabkan wanita
teralih (dwindle) daripada menikmati
kemanusian sepenuh (full
humanness) sepertimana yang
mereka alami sebelum berkahwin.
TEKANAN GENDER
Perkembangan teoritikal tentang
feminisma pada masa kini
kebanyakannya berkisar pada isu-isu
tentang tekanan gender.
Teori ini pada dasarnya berfokus
kepada persoalan dominasi,
kongkongan, dan tekanan kaum
lelaki ke atas wanita.
Dominasi kaum lelaki ke atas wanita
ini dikatakan berpunca daripada
struktur patriarchy atau hasil
daripada struktur patriarchy
tersebut.
Struktur patriarchy bermasksud, ‘
sistem sosial di mana bapa adalah
menjadi ketua keluarga, dan lelaki
mempunyai autoriti ke atas wanita
dan kanak-kanak (A social system in
which the father is the head of the
family and men have authority over
women and children) [ The American
Heritage Dictionary].
Sistem patriarchy ini dikatakan
sentiasa dipertahankan oleh kaum
lelaki (diperkukuhkan oleh agama
dan budaya).
Lantaran itu wanita di sepanjamg
sejarah tamadun manusia adalah
didominasikan, ditakluki, ditindas
dan ditekan oleh lelaki.
Sigmund Freud misalnya,
mengatakan ‘wanita adalah manusia
kelas-dua, mempunyai sifat-sifat
pemikiran (psychic nature) yang
tidak sama (lebih rendah) daripada
lelaki, dengan demikian mereka
hanya sesuai untuk menikmati hidup
yang lebih rendah tarafnya daripada
kehidupan kaum lelaki’ (c.f. Ritzer,
1996:458)
Para pendokong teori tekanan
gender (gender oppression)
mengatakan walaupun terdapat
tekanan satu pihak ke atas pihak
yang lain atas paras kelas, kasta,
ras, etnik, umur, dll. dalam
masyarakat, tetapi struktur tekanan
yang paling meluas dan yang paling
fundamental adalah tekanan gender
melalui sistem patriarchy.
Melalui penyertaan dalam sistem
patriarchy, kaum lelaki dikatakan
mempelajari bagaimana mereka
dapat menganggap orang lain [kaum
wanita] sebagai tidak berguna
(contempt), seolah-olah bukan
manusia yang mesti dikuasai dan
ditakluki.
Patriarchy juga dikatakan membawa
kepada paksaan (repression),
kekejaman, sadisma, penghinaan,
manipulasi dan penipuan kaum lelaki
ke atas wanita dan kanak-kanak.
Imej negatif patriarchy juga dapat
dilihat dari segi kekejaman kaum
lelaki serta organisasi yang
didominasikan oleh lelaki ke atas
wanita, samaada bersifat terbuka
atau pun terselindung.
Kekejaman yang bersifat terbuka
termasuk: rogol, deraan seksual,
pelacuran yang dipaksa (enforced
prostitution), deraan isteri, sumbang
muhrim, gangguan seksual, dll., amalan
(tradisi) seperti membungkus kaki (foot-
binding) di kalangan masyarakat
Tionghua, institusi sati (iaitu isteri yang
masih hidup dibakar bersama suami yang
telah meninggal dunia) di kalangan
masyarakat India, pembunuhan anak
perempuan (female infanticide) di
kalangan masyarakat Tionghua dan India,
pembakaran tukang sihir (witch burning)
dalam masyarakat Eropah (tradisi) dll.
Sementara kekejaman yang tidak
begitu terbuka/terselindung pula
termasuk: tindasan serta diskriminasi
kaum wanita dalam bidang ekonomi,
sekatan peluang untuk mereka
merealisasi potensi yang ada pada
diri mereka, sikap memandang
rendah terhadap wanita,
membebankan mereka dengan tugas
rumahtangga dll.
Pendokong teori feminis variasi
tekanan/opresi gender mengatakan
wanita akan bebas daripada
tekanan/opresi kaum lelaki ke atas
mereka dengan cara mengatasi atau
melemahkan sistem patriarchy yang
dibincangkan di atas.
Mereka mencadangkan beberapa
cara/ langkah untuk tujuan tersebut.
Ini termasuk perkara-perkara
berikut:
1. Menimbulkan kesedaran di
kalangan wanita supaya setiap
seorang daripada mereka perlu
mengakui bahawa mereka
mempunyai nilai dan kekuatan
sendiri;
2. Menolak desakan atau tekanan
bersifat patriarchal daripada lelaki
yang memperlihatkan wanita sebagai
lemah, mempunyai sikap bergantung
(dependent), dan warga masyarakat
kelas-dua;
3. Bersatu dan bekerjasama dengan
wanita lain tanpa mengira perbezaan
kedudukan di kalangan mereka
dengan cara menubuhkan persatuan,
organisasi wanita, persaudaraan
(sisterhood) dsb;
4. Mengambil tindakan radikal
seperti menolak lelaki dengan cara
mendapat kepuasan seksual melalui
kegiatan homoseks (lesbian love
relationships).
Feminisma lesbian dikatakan sebagai
amalan dan juga kepercayaan
bahawa ‘komitmen erotis/emosi
wanita kepada wanita adalah
sebahagian daripada tentangan
mereka terhadap dominasi patriakal
(erotic and/or emotional commitment
to women is part of resistance to
patriarchal domination) [ Taylor &
Rupp, 1993]
FEMINISMA GELOMBANG KETIGA