Anda di halaman 1dari 30

PENGENALAN

Penerapan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dalam


Pendidikan Islam amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kemahiran Berfikir adalah antara unsur utama yang diberikan
penekanan dan dinyatakan secara bersirat
Modul ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang
kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat
menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Selepas mengikuti modul ini guru :

1. Memahami maksud dan konsep KB.


2. Menguasai teknik penerapan KB dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3. Menyebarkan konsep dan aplikasi KB dalam pengajaran
dan pembelajaran.
4. Menyebarkan konsep dan aplikasi KB dalam pengajaran dan
pembelajaran kepada guru lain.
5. Membina semangat untuk mendalami aplikasi KB dalam
pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupan seharian.

BERFIKIR

Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk


mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masaalah.
Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,
kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu.
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan
pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan
untuk menilai kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara
kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea
asli.
STRATEGI BERFIKIR
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah
pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat
keputusan, kedua-dua KB secara kritis dan kreatif digunakan.
Kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara
misalnya sesuatu objek, soalan yang seringkali timbul di pemikiran
anda ialah :

1. Apakah objek itu?


2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda


sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda
menggunakan aspek yang berikut :

. Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang objek itu

. Kemahiran - menyoal diri sendiri tentang objek itu

. Sikap / Nilai - keinginan untuk mengetahui tentang objek itu

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara


pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam
rajah di muka surat sebelah.
Pengetahuan

PROSES
BERFIKIR

Kemahiran/sikap Nilai
RASIONAL

Modul ini akan memberi pendedahan kepada guru-guru untuk


menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang aktif dan membawa
kepada ‘Higher Order Thinking Skills”

i- Kemahiran pembelajaran aras 3,4 dan 5 (Blooms Taxanomy of


learning)

ii- Aktiviti yang dirancang untuk digabungjalinkan dengan


pelbagai media

iii- Aktiviti yang berpusatkan murid-murid.


KANDUNGAN KURIKULUM

Bidang pembelajaran ‘Ulum Syar’iyah’

Bidang pembelajaran ‘Ulum Syar’iyah’ menumpukan


perkara-perkara berikut :-

• Pemantapan akidah menerusi peneguhan iman, pemupukan


sikap, tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar dan
insaf akan kedudukannya terhadap Allah s.w.t, diri sendiri, alam
sekitar, masyarakat dan negara.

• Penghayatan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman


tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan oleh
Allah s.w.t serta melakukannya.

• Memahami peranan Fardu Ain dan Fardu Kifayah sebagai ibadah


yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara kea rah
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

• Meneladani sirah Rasullah s.a.w dan Tamadun Islam iaitu


dengan mengetahui mencontohi dan membangunkan kembsli
keagungan Tamadun Islam.
CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN: IBADAH
(Persediaan Sebelum Mengajar)

Tingkatan Lima

Masa 80 minit

Tajuk Isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan : Anak angkat

Focus Pemikiran / pengetahuan : Pelajar dapat menyatakan pengertian


anak angkat menurut Ajaran Islam.

Amalan : Menjaga amanah Allah merupakan


tanggungjawab yang besar.

Penghayatan : Sentiasa bekerjasama sebagai salah


seorang daripada ahli keluarga.

Pembudayaan/ : Mematuhi batas-batas pergaulan di


antara anak angkat dengan keluarga
angkat.

Kaedah 1. Kontekstual
2. Kajian kes
3. Masteri Learning
4. KMD

Pengetahuan 1. Boleh menulis Jawi dengan baik


Sedia ada 2. Boleh menerima arahan ringkas
Pelajar 3. Pelajar sentiasa bersama dengan keluarga ketika melakukan
kerja-kerja amal.
Sumber 1. Gambar penyerahan anak-anak angkat kepada keluarga angkat
Pengajaran & anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pembelajara 2. VCD/ Komputer
n 3. LCD
4. Keratan akhbar/ majalah
Persediaan 1. Bilik tayangan yang lengkap
2. Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3. Lembaran kerja
4. Soalan-soalan
Hasil Aras 1:
Pengajaran & 1. Menyatakan pengertian anak angkat menurut Islam
Pembelajara 2. Menyatakan hukum mengambil anak angkat
n 3. Menyatakan peraturan yang berkaitan dengan mengambil anak
angkat
4. Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan
Aras 2:
1. Menghuraikan tanggungjawab ibu terhadap anak angkat
2. Menjelaskan hikmah-hikmah diharuskan mengambil anak
angkat
3. Berusaha dan iltizam memberi pendidikan terhadap anak-anak

Aras 3:
1. Menghuraikan masalah yang timbul akibat menasabkan anak
angkat kepada ayah angkat.
2. Menjaga hubungan baik kekeluargaan.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS

Matapelajaran : Pendidikan Islam


Tingkatan : Lima Cemerlang
Bilangan murid : 33 orang
Tarikh : 2 Mac 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.45 – 9.55 pagi ( 80 minit)
Tajuk : Anak angkat
Objektif :

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


1. Menyatakan pengertian anak angkat menurut Islam

2. Menyatakan hukum mengambil anak angkat

3. Menyatakan peraturan yang berkaitan dengan mengambil anak angkat

4. Sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan

Kemahiran berfikir :
- Kesediaan dan kemampuan menerima anak angkat ke dalam keluarga

Penyerapan :
- Ilmu - Pendidikan Moral : Bertata susila

- Nilai - Sabar dalam mendidik anak angkat

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad-kad bergambar

2. VCD

3. LCD

Pengetahuan sedia ada murid :

1. Boleh menulis Jawi dengan baik

2. Boleh menerima arahan ringkas


Langkah Isi Aktiviti P & P Catatan/ Nilai/
BBM

Set - Gambar- - Guru mempamerkan gambar- -BBM:


Induksi gambar gambar penyerahan dan 1. Kad –
penyerahan penerimaan anak angkat di kad
dan hadapan kelas. gambar
penerimaan - Murid menelti gambar-gambar 2. VCD
anak angkat. tersebut.
- Guru seterusnya menayangkan
VCD tentang penyerahan anak
- VCD angkat
penyerahan - Murid menonton tayangan VCD
anak angkat tersebut
- Guru mengemukakan beberapa
soalan yang ada hubung kait
dengan mengurus atau
menjaga anak yatim
- Murid memberikan pelbagai
jawapan
- Guru seterusnya mengaitkan
jawapan murid dengan tajuk
yang akan dipelajari pada hari
tersebut

Langkah - Pengertian - Guru menyatakan pengertian Nilai:


1 anak angkat anak angkat menurut Islam - Sentiasa
menurut Islam - Murid mendengar pengertian menjaga
- Anak angkat: dan penerangan guru. amanah
“seseorang - Murid diminta untuk membaca yang
yang dan memahami pengertian dipertangg
dipelihara anak angkat menurut Islam ung
oleh bukan Jawabkan
ibu bapanya
sebenar atau
bukan dari
ahli waris
yang terdekat
yang wajib
menjaganya
semasa
ketiadaan ibu
bapanya”
Langkah - Hukum - Guru menerangkan hukum Nilai:
2 mengambil mengambil anak angkat dalam - Sabar
anak angkat: Islam dalam
“Harus dalam - Guru juga menceritakan sirah mendidik
Islam” Nabi Muhammad yang anak
- Nabi mengambil Zaid b Harithah angkat
Muhammad sebagai anak angkat. untuk
mengambil kejayaan
Zaid b masa
Harithah depan.
sebagai anak - Guru menilai tahap kefahaman
angkat murid dengan mengemukakan
beberapa soalan:
1- Berikan maksud anak angkat
menurut Islam
2- Nyatakan hukum mengambil
anak angkat
Langkah - Peraturan - Guru menyatakan peraturan- Penyerapan
3 yang peraturan yang berkaitan ilmu:
berkaitan dengan mengambil anak - Ibadah:
dengan angkat berpakaian
mengambil - Murid mendengar penerangan menutup
anak angkat guru dengan teliti aurat dan
1- anak - Murid diminta untuk menyebut menjaga
angkat tidak kembali satu persatu peraturan- batas-batas
boleh peraturan yang perlu diikuti pergaulan
dibinkan untuk mengambil anak angkat.
atau
dibintikan
kepada bapa
angkat
2- batas
pergaulan
bersama
keluarga
angkatnya
tetap sama
dengan
kedudukan
asalnya
sama ada
mahram
ataupun
bukan
mahram
3- harta
pusaka
daripada
keluarga
angkatnya
adalah tidak
berhak ke
atas anak
angkat atau
sebaliknya.
Langkah Penilaian: - Guru menilai tahap kefahaman
4 “KUIZ” murid dengan mengemukakan
beberapa soalan dalam bentuk
kuiz:
1- Berikan maksud anak angkat
menurut Islam
2- Nyatakan hukum mengambil
anak angkat
- 3- Nyatakan peraturan-
peraturan pengambilan anak
angkat mengikut syara’
- Murid dibahagikan kepada 3
kumpulan.
- Guru mengemukakan soalan-
soalan kuiz dan murid diminta
menjawabnya dalam kumpulan.
- Kumpulan yang menjawab
dengan tepat akan diberikan
markah.
- Kumpulan yang memperoleh
markah yang banyak dikira
sebagai pemenang
Penutup Rumusan - Guru meminta murid membuat
tentang isi rumusan tentang isi pelajaran
pelajaran yang telah dipelajari pada hari
tersebut
- Guru memberikan
penghargaan kepada murid
kerana mereka dapat
menjalankan aktiviti P& P
dengan baik.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS

Mata pelajaran : Pendidikan Islam


Tingkatan : Lima Cemerlang
Bilangan murid : 33 orang
Tarikh : 4 Mac 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.30 – 8.40 pagi (80 minit)
Tajuk : Anak angkat
Objektif :

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


1. Menghuraikan tanggungjawab ibu terhadap anak angkat

2. Menjelaskan hikmah-hiikmah diharuskan mengambil anak angkat

3. Berusaha dan iltizam memberi pendidikan terhadap anak-anak

4. Menghuraikan masalah yang timbul akibat menasabkan anak angkat kepada


ayah angkat

Kemahiran berfikir :
- Kesediaan dan kemampuan menerima anak angkat ke dalam keluarga

Penyerapan :
- Ilmu - Pendidikan Moral : Bertata susila

- Nilai - Sabar dalam mendidik anak angkat

Bahan Bantu Mengajar :


1. Buku teks

Pengetahuan sedia ada murid :


1. Boleh menulis Jawi dengan baik

2. Pelajar sentiasa bersama dengan keluarga ketika melakukan kerja-kerja amal


Langkah Isi Aktiviti P & P Catatan/ Nilai/
BBM

Set - Gambar - Guru mempamerkan gambar -BBM:


Induksi seorang ibu seorang ibu menyusukan 1. Kad
menyusuka anaknya di hadapan kelas. gambar
n anaknya - Murid menelti gambar
tersebut.
- Guru mengemukakan
beberapa soalan yang ada
hubung kait dengan mengurus
atau menjaga anak yatim
- Murid memberikan pelbagai
jawapan
- Guru seterusnya mengaitkan
jawapan murid dengan tajuk
yang akan dipelajari pada hari
tersebut

Langkah - Tanggungja - Guru meminta murid Nilai:


1 wab ibu memikirkan tentang peranan - Sentiasa
kepada seorang ibu menjaga
anak - Murid memberikan pelbagai amanah
angkatnya jawapan yang
- Guru seterusnya dipertangg
mengemukakan soalan: ung
1- bagaimana pula peranan jawabkan
seorang ibu kepada anak
angkatnya?
- Murid memberikan pelbagai
jawapan dan andaian
- Guru memperbetulkan
jawapan murid dan
menyenaraikan
tanggungjawab ibu kepada
anak angkatnya
- Murid menyebut satu persatu
tanggungjawab ibu kepada
anak angkatnya

Langkah - Hikmah - Guru menjelaskan hikmah- Nilai:


2 diharuskan hikmah diharuskan mengambil - Berusaha
mengambil anak angkat dan
anak angkat - Murid mendengar penjelasan beriltizam
guru dengan jelas dan teliti memberi
pendidikan
terhadap
anak angkat

Langkah - Masalah - Murid diminta untuk Nilai:


3 yang timbul memikirkan masalah yang - Menjaga
akibat timbul akibat menasabkan hubungan
menasabka anak angkat kepada ayah baik
n anak angkat kekeluarg
angkat - Guru memperbetulkan aan
kepada jawapan murid
ayah angkat - Guru menghuraikan masalah
1- harta yang timbul akibat
pusaka menasabkan anak angkat
2- wali kepada ayah angkat
3- tidak - Murid menyebut kembali
menjaga masalah-masalah yang timbul
keturunan satu persatu.

Penutup - Rumusan isi - Guru mengingatkan murid Nilai:


pelajaran sentiasa mentaati ibu bapa - Silaturrahim
angkat selagi tidak menyalahi sentiasa
syariat Allah diutamakan
- Guru menasihatkan murid
supaya beradab dengan BBM:
saudara angkat 1. Lembaran
- Murid dikehendaki menjawab kerja
soalan-soalan daripada
lembaran kerja yang
disediakan
ANAK AMANAH
ALLAH

ANAK ANGKAT MENURUT


PANDANGAN ISLAM

PENGERTIAN ANAK YANG DIPELIHARA OLEH BUKAN IBU


BAPA KANDUNGNYA
ANAK ANGKAT • Biasanya anak angkat diambil oleh pasangan
yang tidak mempunyai zuriat akibat mandul.*

HUKUM
HARUS DALAM ISLAM
MENGAMBIL
ANAK ANGKAT

INFO
MINDA
HIBBAH WASIAT
Pesanan yang dibuat
Pemberian sesuatu oleh seseorang
seperti harta kerana kepada seseorang
kasih sayang kepada yang lain supaya
seseorang melakukan kebaikan
terhadap harta yang
dimilikinya selepas
dia meninggal dunia.
PERATURAN
PENGAMBILAN ANAK
ANGKAT

HA RA M membinkan dan membintikan anak angkat kepada


bapa angkat.
Islam mengharamkan memberi nasab anak angkat kepada
bapa angkat dan

mewajibkan anak angkat dibinkan dan dibintikan kepada


bapa kandungnya sendiri sebagai

Memuliakan pertalian
nasab (keturunan)

Perbuatan menasabkan kepada bapa angkat termasuk


dalam DOSA BESAR dan DILAKNATI ALLAH.

Contoh :
Rasullullah S.A.W sendiri pernah mengambil Zaid bin Harithah
sebagai anak angkat sebelum diutus sebagai rasul dan dikenali
dengan panggilan Zaid bin Muhammad sehinggalah turun ayat
surah al-Ahzab yang melarang perbuatan tersebut.

Bagi menguatkan hubungan antara bapa angkat dan anak angkat


bukannya hubungan nasab (keturunan)Rasullullah mengahwini
bekas isteri Zaid.

Allah memerintahkan agar anak angkat dipanggil dengan


panggilan tertentu, seperti ‘wahai saudaraku’ jika tidak diketahui
bapa kandungnya yang sebenar.
2. BATAS-BATAS PERGAULAN ANAK ANGKAT

Anak angkat tetap dikira ajnabi( orang asing) walaupun


diperlihara semenjak kecil.
Batas-batas pergaulan dan aurat antara anak angkat dan
keluarga angkat wajib dijaga dan tertakluk kepada ketentuan
hukum antara bukan mahram.

3. PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga


angkatnya dan begitu juga sebaliknya.
Anak angkat hanya boleh mendapatkan harta keluarga angkatnya
melalui HIBBAH, HADIAH dan WASIAT (tidak melebihi 1/3
daripada harta keluarga angkat)
HIKMAT LARANGAN MEMBIN &
MEMBINTIKAN KEPADA BAPA ANGKAT

• Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan


mengekalkan kemuliaan pertalian nasab
antara mereka.

• Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi


harta pusaka bapa kandungnya

• Menjaga batas pergaulan supaya aurat


antara anak angkat dan keluarga angkatnya
terpelihara

• Memelihara harta pusaka bapa kandung dan


salasilah keluarga supaya tidak bercampur
dengan anak angkat yang tiada hubungan
nasab dengan mereka

• Memelihara hak wali nikah oleh bapa


kandungnya dan mereka yang berhak
menjadi wali
HIKMAT MENGAMBIL ANAK ANGKAT

• Meringankan beban hidup keluarga yang


miskin

• Mengeratkan silaturrahim keluarga ke dua-


dua belah pihak

• Mendapat pahala dan keredhaan Allah

• Antara jalan penyelesaikan bagi pasangan


yang tidak mempunyai anak

• Membahagiakan rumahtangga bagi


mereka yang tidak dikurniakan anak
PETA MINDA

PENGERTIAN:
Anak yang
HUKUM
dipelihara oleh
MENGAMBIL
bukan ibu bapa
ANAK ANGKAT:
kandungnya
HARUS dalam
Islam

PERATURAN
MENGAMBIL
ANAK ANAK
ANGKAT ANGKA
T

Mendapat pahala

Meringankan beban
hidup keluarga
miskin.

Menimbulkan rasa
kasih sayang

Mengeratkan
AKTIVITI 1 – TEKA SILANG KATA

1 2 3

4 5

Melintang: Menegak:
Status hubungan antara keluarga 1 Dapat harta melaluinya
4 angkat dan anak Tidak melebihi dari satu
angkat yang dipelihara sejak kecil 2 pertiga
Diperlukan ketika pernikahan
6 seorang anak angkat 3
Pemberian kepada anak
angkat
7 Islam memeliharanya Penghargaan Islam kepada
5 bapa kandung
AKTIVITI 2: MELENGKAPKAN RAJAH

HARAM

DIBIN ATAU

DIBINTIKAN ANAK

ANGKAT KEPADA

BAPA ANGKAT

SEBAB AKIBAT
AKTIVITI 3 : PENYELESAIAN MASALAH

KEBUN
DURIAN
KOLAM
IKAN
DUSUN
KERETA
PERDANA
GRAND
LIVINA
SAHAM
HONDA JAZZ
WANG

Encik Mustafa adalah seorang kaya yang mempunyai banyak harta. Dia
mempunyai tiga orang anak dan seorang daripadanya adalah bukan anak
kandungnya tetapi dipelihara sejak kecil lagi seperti anak sendiri. Kasih
sayang terhadap anak-anaknya tidak berbelah bagi.Sifat baik Encik Mustafa
adalah sama adil dan sama rata terhadap anak-anaknya.Beliau terfikir
bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta-harta yang
dimiliki kepada anak-anaknya. Bolehkah anda membantunya
menyelesaikan masalah ini ?
LATIHAN

UNIT 1: ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

Bahagian A: Soalan Objektif

Arahan: Tiap-tiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih
satu jawapan tepat atau terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Hukum mengambil anak angkat ialah…..


A. sunat C. wajib
B. harus D. haram

2. Manakah antara yang berikut merupakan anak angkat Rasulullah S.A.W.?


A. Umar bin Al-Khattab
B. Abu Bakar As-Siddiq
C. Zaid bin Harithah
D. Bilal bin Rabah

3. Apakah hukum membinkan dan membintikan anak angkat?


A. sunat C. haram
B. harus D. Wajib

4. Penyataan yang berikut adalah benar mengenai pemberian harta keluarga


angkat kepada anak angkat, kecuali....
A. anak angkat diharuskan mewarisi keluarga angkat
B. anak angkat diharuskan mendapat hadiah
C. anak angkat diharuskan mendapat hibbah
D. anak angkat diharuskan mendapat harta melalui wasiat

5. Pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai....


A. mahram C. ajnabi
B. senasab D. sebangsa

6. Syarat anak angkat boleh mendapat harta pusaka keluarga melalui wasiat
dan sebagainya ialah......
A. tidak melebihi 2/3 harta
B. melebihi separuh daripada harta
C. tidak melebihi 1/3 harta
D. 2/3 daripada harta

Bahagian B: Soalan Isi Tempat Kosong

Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Anak angkat tidak boleh mewarisi ______________keluarga angkatnya


dan begitu juga sebaliknya.

2. Tidak mendapat _____________merupakan faktor pasangan suami isteri


mengambil anak angkat.

3. Larangan membinkan dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat


bertujuan memelihara ___________________keluarga daripada
bercampur aduk dan tercemar.

4. Orang yang berhak menjadi wali nikah bagi anak angkat ialah
_______________

Bahagian C : Soalan Struktur


Arahan : Soalan 5-9 berdasarkan carta di bawah.
Anak angkat mendapat harta pusaka keluarga dengan beberapa cara. Nyatakan
cara-cara tersebut.

Cara

5. 6.

7.

Terangkan hikmat larangan membinkan dan membintikan anak angkat kepada


bapa angkat.

Hikmat
8. 9.

Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat


dengan keluarga angkatnya terpelihara
Bahagian D: Soalan Subjektif

Arahan : Jawab semua soalan yang berikut.

1.(a) Allah SWT memerintahkan umatnya supaya berbuat baik kepada anak
angkat.
i. Jelaskan pengertian anak angkat.

__________________________________________________________
__

ii. Nyatakan dua sebab pasangan suami isteri mengambil anak angkat.

__________________________________________________________
__

__________________________________________________________
__

iii. Jelaskan dua hikmat mengambil anak angkat.

__________________________________________________________
_

__________________________________________________________
_

(b) Islam melarang membin dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat.
Terangkan tiga hikmat larangan membin dan membintikan anak angkat.

_____________________________________________________________
___

_____________________________________________________________
___

_____________________________________________________________
___
(c) Nyatakan dengan ringkas mengenai perkara di bawah ini.

i. Batas pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat

____________________________________________________________
___

ii. Pewarisan harta pusaka keluarga angkat oleh anak angkat

____________________________________________________________
___
JAWAPAN

UNIT 1: ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM

A. Soalan Objektif
1. B
2. C
3. C
4. A
5. C
6. C

B. Soalan Isi Tempat Kosong


1. harta
2. zuriat
3. keturunan
4. bapa kandung

C. Soalan Struktur
5. hibbah
6. hadiah
7. wasiat
8. mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian
nasab mereka
9. memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandung

D. Soalan Subjektif
1 (a) i. anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya

ii tidak mendapat zuriat


membantu keluarga yang susah

iii mewujudkan kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah tangga bagi


pasangan yang tidak mempunyai anak
dapat membantu anak angkat yang miskin menjalani kehidupan dengan
sempurna

(b) mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasab


antara mereka
memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa
kandungnya
menjaga batas pergaulan antara anak angkat agar terpelihara

(c) i. pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai
ajnabi dan wajib dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah
ii.anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkat. Anak
angkat hanya boleh mendapatkan harta melalui hibbah, hadiah dan
wasiat dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta
keluarga angkat.

(b) i. kerana ibu merupakan orang yang paling dekat dengan anak
kerana anak tersebut memerlukan penyusuan yang sempurna
daripada ibu
ii. Islam
sempurna akal
dewasa / berusia matang

(c) berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan


cuai atau menganiaya kanak-kanak tersebut murtad

B. Soalan Isi Tempat Kosong


10. harta
11. zuriat
12. keturunan
13. bapa kandung

C. Soalan Struktur
14. hibbah
15. hadiah
16. wasiat
17. mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian
nasab mereka
18. memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandung

D. Soalan Subjektif
1 (a) i. anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya

ii tidak mendapat zuriat


membantu keluarga yang susah

iii mewujudkan kebahagiaan dan keceriaan dalam rumah tangga bagi


pasangan yang tidak mempunyai anak
dapat membantu anak angkat yang miskin menjalani kehidupan dengan
sempurna
(c) mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan pertalian nasab
antara mereka
memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa
kandungnya
menjaga batas pergaulan antara anak angkat agar terpelihara

(c) i. pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai
ajnabi dan wajib dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah
ii. anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkat. Anak
angkat hanya boleh mendapatkan harta melalui hibbah, hadiah dan
wasiat dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta
keluarga angkat.