Anda di halaman 1dari 2

Nasi sudah menjadi bubur

Assalammualaikum w.b.t.Nasi sudah menjadi bubur bermaksud sudah terlanjur, tidak dapat di ubah lagi. Amar adalah seorang budak yang hidup di tengah keluarga yang kaya.Namun begitu, hidupnya tidaklah yang seindah yang diinginkan.Hari-harinya di temani oleh pengasuhnya yang bernama Kak Ita.Kedua-dua orang tuanya hanya sibuk bekerja. Satu hari Amar bertanya kepada ibu dan ayahnya.Untuk apa ibu dan ayah bekerja sedangkan kita sudah memiliki segalanya.Ibunya menjawab, ibu dan ayah bekerja untuk menyara kamu bersekolah supaya Berjaya dalam pelajaran.Mendengar jawapan tersebut Amat terdiam dan berfikir sejenak. SK Mutiara adalah salah satu-satunya sekolah yang berhampiran dengan rumah Amar.Di situlah tempat Amar akan bersekolah.Amar sangat gembira kerana dapat bersekolah di situ.Rata-rata muridnya kan di hantar dan di jemput oleh penjaganya semasa dan selepas sesi persekolahan. Hari yang di tunggupun tiba.Amar bangun awal untuk ke sekolah dengan harapan ayah dan ibunya akan menghantarnya ke sekolah.Sangkaan Amar tersilap.Awal-awal pagi lagi ibu dan ayahnya telah pergi kuar bekerja.Nampaknya, Kak Italah yang akan menghantar Amar ke sekolah.Amar berasa sangat sedih. Tiga bulan telah berlalu.Tidak pernah sekali pun Amar ditemani oleh ayah dan ibunya untuk ke sekolah.Kak Italah segalanya.Pada suatu hari, sekolah Amar mengadakan program menabung di sekolah.Ibu bapa murid diwajibkan hadir ke sekolah bersama anak-anak mereka.Amar gembira mendengar berita yang diumumkan oleh guru di sekolahnya.Amar mencari idea untuk membawa ibu dan ayahnya ke sekolah. Amar menunggu kepulangan orang tuanya di ruang tamu bersama tabung yang berisi wang yang disimpanya setiap hari.Kedengaran bunyi kereta masuk dihalaman rumahnya.Sudah pasti ibu dan ayahnya pulang.Pintu di bukakanLantas Amar bertanyakan pada ibu dan ayahnyaAyah, berapakah gaji ibu dan ayah sehari?Ayahnya menjawab.Kalau di campurkan kedua-duanya RM 250.00.Lalu ayahnya bertanya pada Amar.Mangapa Amar?Dengan pantas Amar mengeluarkan duit dalam tabungannya sebanyak Rm 250.00 untuk diberikan pada ayah dan ibunya. Esok ada program menabung di sekolah.Ayah dan ibu perlu datang .Amar bagi duit kat ayah dan ibu untuk Amar sewakan ayah dan ibu pergi bersama Amar esok ke sekolah.Kata Amar.Ayah dan ibunya tergamam.Mereka mengangguk dan berjanji akan pergi bersama Amar ke sekolah pada keesokkan pagi.Mendengar jawapan dari ayah dan ibunya, Amar berasa amat gembira.

Awal pagi-pagi lagi Amar sudah bangun.Ia bersiap dengan rapi.Tiba-tiba terdengar bunyi deringan telefon.Ayahnya menjawab telefon tersebut.Selesai menjawab Amar bertanya pada ayahnya.Siapakah yang menelefon tadi ayah?Ayahnya menjawab..Maafkan ayah, Amar.Ayah dan ibumu tidak dapat hadir bersama kamu ke sekolah kerana kami kena pergi bertugas di negeri lain dalam masa dua hari ni.Alangkah sedihnya Amar mendengar khabar tersebut.Nampaknya, Kak Italah yang akan bersama Amar ke sekolah.Pulang dari sekolah, Amar terus masuk biliknya dan mendiamkan diri tanda tidak berpuas hati terhadap ayah dan ibunya.Puas Kak Ita memujuknya..Akhirnya Kak Ita mengambil sehelai kertas lukisan dan mengajar Amar melukis.Amar berasa seronok dengan aktiviti barunya.Setiap masa dia melukis. Pada suatu hari, sedang ibu dan ayahnya makan di dapur, Amar telah melukis gambar seekor kucing di kereta ayahnya.Amar berasa seronok dengan lukisan yang di buat.Setelah selesai melukis Amar memanggil ayahnya untuk melihat lukisan tersebut.Alangkah terkejut ayahnya kerana melihat kereta telah di conteng oleh Amar.Dengan perasaan begitu marah, ayahnya mengambil sebatang besi lalu memukul tangan Amar.Ibunya hanya melihat sahaja perbuatan suaminya seperti menyokong perlakuan tersebut.Amar menangis dan mengerang kesakitan.Namu tidak dipedulikan oleh ayahnya. Pada keesokkan harinya, ketika Kak Ita memandikan Amar, Amar menjerit kesakitan.Ruparupanya tangan Amar telah menjadi bengkak dan pendarahan dalam.Badan Amar menjadi panas.Kak Ita terus menelefon ibu dan ayah Amar untuk memberitahu hal tersebut supaya mereka dapat membawa Amar ke hospital.Ibu dan ayahnya hanya memandang remeh saja.Ia menyuruh Kak Ita hanya memberi makan panadol pada Amar. Sehingga satu malam Amar tidak sedarkan diri.Melihat keadaan tersebut, barulah ibu dan ayahnya menjadi kelam kabut.Mereka terus membawa Amar ke hospital.Doktor mengesahkan Amar demam dan tidak sedarkan diri berpunca dari tangan dan pendarahan dalam.Tangan Amar terpaksa di potong.Selepas sedar dari pembedahan, Amar memnita maaf pada ayah dan ibunya serta berjanji tidak akan menconteng lagi kereta ayahnya.Ibu dan ayah menangis teresak-esak kerana setiap masa Amar berkata AyahIbubagilah tangan Amar kembali..Amar dah tiada tangan ni..Amar janji tidak akan melukis di kereta ayah lagi.Tapi apa yang hendak diperkatan lagi Nasi sudah menjadi bubur.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Sekian terima kasih.