Anda di halaman 1dari 2

Rujukan kami : IPG KKB: 1/110/12/ ( ) Tarikh :

Guru Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas 16100 Kota Bharu, Kelantan. u/p : Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas.

Tuan/Puan, Jemputan Ke Majlis Meraikan Anak-Anak Khas dan Perpisahan Guru Pelatih Semester 8. Adalah dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, kami pelajar Persatuan Pendidikan Khas dari Jabatan Pendidikan Khas yang terdiri dari opsyen PISMP Pendidikan Pemulihan dan PISMP Pendidikan Khas Semester 6 akan mengadakan Majlis Meraikan Anak-Anak Khas dan Perpisahan Guru Pelatih Semester 8. Program ini diadakan bertujuan meraikan anak-anak khas dalam komuniti di samping meraikan perpisahan guru pelatih semester 8. 3. Butiran Majlis: Tarikh Hari Masa Tempat : 16 Oktober 2013 : Rabu : 8.00 malam hingga 11.00 malam : Hotel Riverview, Kota Bharu

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Kehadiran pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUAN DUNIA DAN AKHIRAT
Saya yang menjalankan tugas,

(TUAN HAJI HASHIM BIN DERAMAN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, 16109 Kota Bharu, Kelantan.

Rujukan kami : IPG KKB: 1/110/12/ ( ) Tarikh :

Guru Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Demit (2) 16100 Kota Bharu, Kelantan. u/p : Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Demit (2).