Anda di halaman 1dari 12

KERAJAAN KESULTANAN KASHMIR 1339-1588

Oleh : Abdul Rahim bin Abdullah A139702

PENDAHULUAN
Kerajaan Kesultanan di Kashmir terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat yang pertama adalah di bawah pemerintahan keluarga Shah Mir (1339 1561) Peringkat yang kedua adalah di bawah pemerintahan keluarga Ghazi Shah Chak (1561 1588)

PENGASAS
Shah Mir b. Tahir b. Waqur Shah ( Shams al-Din) Dikatakan berasal dari Turki Datang ke Kashmir untuk mencari kemasyhuran dan masa depan pada 1313 Diambil bekerja oleh Suhadeva serta diberikan penempatan. Dilantik menjadi menteri semasa pemerintahan Rinchana serta penjaga bagi anak lelaki Rinchana (Haidar) Berdasarkan taktik dan kebolehannya, Shah Mir berjaya mengukuhkan kedudukannya semasa era Udayanadeva.

Dia bekerjasama dengan Kota Rani dan berjaya menghalang serangan Turki. Keadaan ini meningkatkan lagi popularitinya di Kashmir. Ajak Kota Rani kahwininya serta menawarkan untuk berkongsi kuasa dan mengancam untuk berperang sekiranya Kota Rani enggan mengahwininya. Kota Rani menolak pinangan tersebut dan memindahkan pusat pemerintahan dari Srinagar ke Andarkot. Keadaan ini menyebabkan Shah Mir menyerang Andarkot dan berjaya mengalahkan tentera Kota Rani. Semua pembesar Andarkot berjaya dipengaruhi oleh Shah Mir.

Kota Rani menyerah dan bersetuju mengahwini Shah Mir. Namun begitu, Shah Mir tidak mempercayai Kota Rani kerana sentiasa menghasut segolongan pembesar untuk menentang Shah Mir. Oleh itu, Shah Mir telah memenjarakan Kota Rani serta anak-anaknya seterusnya menjadi pengasas bagi dinastinya yang memerintah Kashmir melebihi 200 tahun. Dia menggunakan gelaran Sultan Shams alDin.

Era Kegemilangan
Pada zaman Shahi Khan b. Sikandar b. Hindal b. Ali Shir b. Shah Mir (Guna gelaran Sultan Zayn al-Abidin) Merupakan anak kedua Sultan Sikandar Semasa kecil diletakkan di bawah asuhan Maulana Kabir, seorang ulama yang mendalam ilmunya dan beriman serta bersederhana dalam kehidupan masyarakat yang pelbagai agama. Pemikiran Sultan Zayn al-Abidin dipengaruhi oleh ahli sufi Kashmir, terutamanya oleh Shaikh Nur al-Din Rishi. Keadaan ini telah menyebabkan dia memberontak dan melawan pemerintahan kejam yang diamalkan oleh bapanya sendiri.

Sebab Gemilang
1. Pemulihan Agama Hindu - Tunjuk contoh yg baik berbanding pemimpin sebelumnya. - Tidak memaksa orang Hindu masuk Islam - Sesiapa yang dipaksa peluk Islam sebelum ini diberi peluang untuk kembali kepada agama asal - Hapuskan cukai pembakaran mayat - Sertai perayaan masyarakat Hindu

2. Adil dalam Pentadbiran - Pada zaman sebelumnya, rasuah berleluasa. - Wujud pemalsuan dalam mahkamah. - Mabuk dan perbuatan songsang merupakan perkara yg biasa termasuk dalam kalangan Sayyid. - Keadilan ibarat jauh panggang dari api - Sultan Zayn al-Abidin telah bawa sinar baru dalam sistem kehakiman. - Pentingkan keadilan dan semua tidak terkecuali daripada menerima hukuman termasuklah anaknya, para menteri atau kawan rapat sekalipun.

- Menjadi hakim bagi mahkamah rayuan. - Mendengar kes dan membuat keputusan dengan nasihat penganalisis politik. - Menubuhkan jabatan siasatan bagi memantau para pegawainya. (hapuskan rasuah). - Semua keputusan kehakiman direkod (keputusan penting/kes berat direkod atas kepingan tembaga dan dipaparkan di seluruh negara).

3. Pembangunan Ekonomi - Harga pasaran kebanyakannya dikawal oleh orang tengah dan menetapkan harga yang tinggi terutamanya semasa kebuluran. - Keadaan ini menyebabkan raktaynya tertindas. - Oleh itu, Sultan Zayn al-Abidin telah memperkenalkan sitem harga kawalan yang dipantau sepenuhnya oleh kerajaan. - Harga-harga ini dicatat di atas kepingan logam dan diletakkan di tempat tumpuan dan seluruh bandar. - Sistem ini telah menyelamatkan rakyatnya daripada kerakusan penjual yang menipu. 4. Polisi pendidikan 5. Polisi Asing (Luar)

Era Kejatuhan
Campur tangan golongan Sayyid Sayyid Mirak Hasan Baihaqi melantik anak tiri Hasan Shah iaitu Muhammad Khan sebagai sultan (Muhammad Shah)- pegang takhta sebanyak 4 kali. Takhta sepatutnya diwarisi oleh Fath Khan b. Adam Khan iaitu sepupu kepada Hasan Shah. Pada pemerintahan golongan Sayyid, rasuah dianggap perkara biasa, menekan rakyat melambangkan kebijaksanaan dan ketagih perempuan sumber kebahagiaan.

Ajaran Syiah berleluasa. Hindu dipaksa anut Islam Ditakluk oleh Haidar Dughlat Gabenor Mughal Humayyun Berakhir sepenuhnya selepas penyerahan Kashmir kepada Akbar, Maharaja Mughal.

Anda mungkin juga menyukai