Anda di halaman 1dari 19

KLASIFIKASI PENYELIDIKAN

APAKAH DASAR PENYELIDIKAN?


Penyelidikan dijalankan bagi menghasilkan barangan yang lebih baik dan bermanfaat kepada manusia (Penyelidikan GunaanApplied Research) Penyelidikan dilakukan bagi menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan manusia (penyelidikan Tindakan- Action Research)

APAKAH PENYELIDIKAN GUNAAN?


Penyelidikan ini berbentuk ujikaji ke atas material atau barangan kegunaan manusia Aspek yang ditekankan adalah: 1. Meningkatkan proses pengeluaran barangan 2. Meningkatkan produk yang sedia ada atau menjalankan penyelidikan bagi tujuan pengubahsuaian produk sedia ada kepada produk baru

APAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN?


Menyelesaikan masalah yang dihadapi atau membentuk pendekatan baru bagi menyelesaikan masalah Ciri penyelidikan kategori ini ialah: penyelidikan berkait langsung dengan situasi sebenar dan perubahan organisasi, menyediakan rangkakerja tersusun untuk mneyelesaikan masalah dan sebagainya contoh penyelidikan siswazah menganggur etc Setelah dikenalpasti masalah dan sebab, satu pelan tindakan akan dicadangkan untuk pihak berkenaan mengambil tindakan

APAKAH METODOLOGI?
Bermakna cara mengumpul data Terdapat pelbagai jenis tetapi boleh digunakan secara bersilang bergantung kepada keadaan dan kepentingan

JENIS PENYELIDIKAN BERDASARKAN ASPEK METODOLOGI?


1. 2. 3. 4. Penyelidikan Persejarahan Penyelidikan Deskriptif Penyelidikan Kualitatif Penyelidikan Eksperimen

APAKAH PENYELIDIKAN PERSEJARAHAN?


Peristiwa, perkara dan objek yang lepas adalah sesuatu yang bernilai untuk dikaji Analisis dan tafsiran terhadap perkara yang lepas boleh digunakan untuk mentafsir masa kini dan berkemungkinan meramal masa depan Maklumat sejarah boleh diperolehi daripada dokumen, rekod (kuantitatif dan lisan) serta relik (relic)

BAGAIMANAKAH METODOLOGI PENYELIDIKAN PERSEJARAHAN?


Bermula daripada mengenal pasti permasalahan kajian sehingga menulis laporan: 1. Mengenal pasti masalah 2. Menilai sumber maklumat 3. Menilai kebolehpercayaan maklumat 4. Menyusun maklumat 5. Membuat keputusan hipotesis 6. Membentang penemuan

APAKAH PENYELIDIKAN DESKRIPTIF?


Penyelidikan ini bertujuan menjelas dan mentafsir terhadap apakah dia (what is it) Tumpuan kepada suasana atau hubungan yang wujud antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, pendapat yang dipegang, proses sedang berjalan, kesan-kesan yang ada bukti atau trend yang sedang berlaku Kesimpulanya, memfokuskan kepada fenomena kontemporari yang belum diselidiki atau kemungkinan sudah diselidiki tetapi ditumpukan kepada aspek lain

Yang penting hubungan antara pemboleh ubah. Adakah pemboleh ubah A mempengrauhi pemboleh ubah B, maka apakah ramalan yang berlaku dilakukan. Terdapat TIGA bentuk Penyelidikan Deskriptif: i)Penyelidikan Penerokaan (Exploratory Research) ii)Penyelidikan Kecapaian dan Penilaian (Assessment and Evaluation Research) iii)Penyelidikan Korelasi (Correlation Research)

PENYELIDIKAN PENEROKAAN
Meneroka sesuatu bidang, masalah atau fenomena baru Boleh digunakan untuk menganalisa sesuatu masalah sebelum melaksanakan sesuatu projek Dinamakan juga sebagai pilot study kerana dilakukan sebagai kajian awalan sesebuah kajian sebenar dilakukan

PENYELIDIKAN KECAPAIAN DAN PENILAIAN


Bertujuan: i)Kecapaian (Assessment)-menjelaskan status fenomena tanpa melibatkan sebarang penjelasan atau cadangan terhadap masalah yang dikenalpasti ii)Penilaian (Evaluation)-menjelaskan atau menilai sesuatu program atau projek berdasarkan tahap pencapaian objektif yang dirangka.Pada akhir kajian,beberapa cadangan disaran bagi mengatasi masalah yang ditemui

PENYELIDIKAN KORELASI
Kajian yang mencari hubungan antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Ia akan mengenalpasti sama ada sesuatu kejadian atau faktor bertindak emmpengaruhi perubahan kepada pemboleh ubah yang lain. Hasil kajian bergantung kepada pemboleh ubah bergantung atau bersandar, ketepatan fakta yang terkumpul dan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah cth: Suasana rumah pangsa dalam mempengaruhi sumbang mahram di bandar-bandar besar

Penyelidikan Korelasi mempunyai tiga kemungkinan hasil iaitu: i)Korelasi positif: Apabila nilai satu pemboleh ubah (A) adalah tinggi maka nilai pemboleh ubah kedua (B) juga tinggi atau sebaliknya hubungan A dengan B. ii)Korelasi negatif:Apakah nilai satu pemboleh ubah (P) tinggi maka nilai pemboleh ubah kedua (Q) adalah rendah atau sebaliknya iii)Tiada korelasi:Adakah nilai satu pemboleh ubah (X) tidak mempunyai hubungan dengan pemboleh ubah (Y)

PENYELIDIKAN KUALITATIF
Kajian cenderung kepada metode pengumpulan data melalui teknik pemerhatian atau penganalisaan kandungan dokumen Tiga jenis bentuk:analisis kandungan, kajian kes dan etnografi

ANALISIS KANDUNGAN
Bersamaan dengan Kajian Dokumen (Document Analysis/Content Analysis) Fokus penyelidikan adalah kepada isu semasa, fenomena pada masa tertentu bertujuan menambah pengetahuan kepada dalam menyelesaikan masalah serta persoalan sosial berkaitan analisa yang dilakukan

KAJIAN KES
Bertujuan menyelidik realitu sosial Ia mengkaji unit terpilih tetapi dianggap mewakili masyarakat keseluruhan yang lebih besar Unit terdiri daripada seorang, sebuah keluarga, satu kumpulan sosial, institusi sosial atau komuniti Data tidak terhad kepada pemerhatian dan temubual sahaja tetapi mellaui soal-selidik dan data-data berekod. Kajian kes adalah kajian mendalam terdalam sesuatu perkara Penyelidik perlu mempunyai latar belakang atau teori yang mendalam dalam kes yang hendak dikaji bagi mengelakkan bias dalam mengumpul dan menganalisa data

KAJIAN ETNOGRAFI
Dikenali juga sebagai antrologi budaya Metode adalah pemerhatian Kajian ini melihat budaya atau cara hidup golongan tertentu. Kajian ini menggunakan teknik penyertaan bersama dengan responden yang diselidiki bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat Misalnya kajian bahasa, perkahwinan, amalan membesarkan anak, kepercayaan, amalan agama,hubungan sosial dan sebagainya

PENYELIDIKAN EKSPERIMEN
Bagaimana subjek (atau unit sosial) bertindak balas apabila dirangsang oleh satu ujikaji Fokus penyelidikan mengesan reaksi atau tindak balas responden Unsur penting dalam penyelidikan ini adalah proses ujian dilakukan secara natural tanpa berlaku pengawalan terhadap responden oleh pengkaji

Anda mungkin juga menyukai