Anda di halaman 1dari 12

Pantun teka-teki

Untuk dibacakan di hadapan


kanak-kanak.
Kalau tuan pergi ke kedai
Belikan saya sebungkus roti
Kalau tuan bijak pandai
Binatang apa keris di kaki?
Pergi mencari Pakcik Mustafa
Jumpa Pak Mamatt di rumahnya
Bersama tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya
Pokoknya tinggi juga rendang
Rasanya masam ketika muda
Buah apakah seperti bintang
Apabila masak kuning
warnanya
Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Tubuhnya kurus bermata Satu
Ekornya tajam apakah itu?
Jika adik membeli tikar
Tikar dianyam dari mengkuang
Jika adik bijak dan pintar
Apakah dia membelit dipinggang?
Sungguh merdu si burung dara
Terbang ke melintas taman kayangan
Bolehkah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?
Pergi ke kedai naik kuda
Hendak beli sudu dan senduk
Cubalah teka apakah benda
Semakin berisi semakin menunduk?
Perahu belayar dari Bentan
Masuk ke muara sungai Melaka
Lebar kepala dari badan
Cubalah teka ikan apa?
Bunga raya terang warnanya
Hendak ditanam dalam hutan
Saya cuma ingin bertanya
Bintang apa dalam lautan?
Naik kuda beralas pelana
Pakai topi atas kepala
Kalau adik seorang bijaksana
Binatang apa tiada kepala?
Sekian terima kasih