Anda di halaman 1dari 16

KAJIAN SEMANTIK: PERIBAHASA SIMPULAN BAHASA BERUNSURKAN ORGAN BADAN MANUSIA (HATI) 1.

0 PENDAHULUAN Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Penggunaan simpulan bahasa dalam sesuatu penulisan dan pengucapan adalah digalakkan kerana ia mempunyai ciri-ciri keindahan dan memaparkan kehalusan santun kata orangMelayu. Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu perkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalam erti kata yang halus. Simpulan bahasa digunakanuntuk menyampaikan apa yang terbuku di hati kepada orang lain dengan bahasa yang lebih halus dan indah supaya tidak nampak kasar dan menghina orang lain. Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lain, maksud sebenar tidak hilang malah lebihmenampakkan kelembutan tutur kata orang-orang Melayu dahulu menyampaikan sesuatumaksud dengan perkataan yang lain. Orang boleh mengatakan sesuatu kepada orang lainsecara berterus-terang, tetapi menggunakan simpulan bahasa, pernyataan tersebut kelihatan tersembunyi tetapi orang tetap mengerti dan memahami. Dalam erti kata lain,dengan menggunakan simpulan bahasa, ia dapat menyampaikan hasrat atau hajat kepadaseseorang dengan bahasa yang lebih indah dan maksud yang disampaikan kelihatan lebih baik dan menyenangkan. Setiap kata dalam simpulan bahasa pastinya mempunyai makna, erti atau maksud tertentu yang membawa pengertian yang tersendiri terhadap sesuatu perkara yang dinyatakan oleh penutur. Melalui kajian ini kita akan melihat sejauh mana kata hati dapat di terangkan maknanya mengikut beberapa konsep dan aspek semantik itu sendiri. Kajian juga menumpukan kepada bagaimana simpulan bahasa itu digunakan dalam kehidupan masyarakat serta pengertian kata hati itu sendiri memberi kesan dalam kehidupan masyarakat kita.

1.1 Latar Belakang Kajian Makna Makna sebagai penghubung bahasa dengan dunia luar, sesuai dengan kesepakatan para pemakainya sehingga dapat saling difahami. Secara keseluruhannya, makna memiliki tiga

peringkat kedudukan. Pada tahap pertama, makna menjadi isi abstrak dalam memberikan maksud logik yang benar. Tahap kedua, makna menjadi isi suatu bentuk kebahasaan. Pada tahap ketiga, makna menjadi isi komunikasi yang mampu memberikan maklumat tertentu. Makna dianggap sangat sukar ditelusuri dan dianalisis strukturnya. Sebagai alat komunikasi verbal, bahasa merupakan suatu sistem lambang bunyi yang bersifat arbitrer. Sebuah pembelajaran tentang semantik tidak akan selesai dengan memberikan makna pada setiap kata dalam sebuah bahasa. Semantik berasal dari bahasa yunani, semantik dinyatakan sebagai ilmu makna. Makna bahasa, khususnya makna kata, terpengaruh oleh berbagai konteks. Makna kata dapat dibangun dalam kaitannya dengan benda atau objek di luar bahasa. Dalam konsepsi ini, kata berperanan sebagai label atau pemberi nama pada benda-benda atau objek-objek yang berada di alam semesta. Makna kata juga dapat dibentuk oleh konsepsi atau pembentukan konsepsi yang terjadi dalam fikiran pengguna bahasa. Proses pembentukannya berkait dengan pengetahuan atau persepsi penggunaan bahasa tersebut terhadap fenomena, benda atau peristiwa yang terjadi di luar bahasa. Dalam konteks ini, misalnya penggunaan bahasa akan tidak sama dalam menafsirkan makna kata demokrasi kerana persepsi dan konsepsi mereka berbeza terhadap kata itu. Selain kedua konsepsi itu, makna kata juga dapat dibentuk oleh kaitan antara stimulus, kata dengan respons yang terjadi dalam suatu peristiwa ujaran. Kajian makna sangat penting dalam mendalami lagi fungsi bahasa sebagai alat komunikasi agar tidak aka nada kesilapan bahasa yang seringkali berlaku dalam interaksi dan komunikasi penutur bahasa, terutamanya bahasa melayu.

1.2 Tujuan Penulisan Penulisan ini bertujuan untuk memenuhi tugasan Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu serta untuk mengetahui apa sebenarnya kajian makna tersebut. Mengupas dengan lebih jelas tentang pentafsiran makna dalam kalangan masyarakat. Penggunaan kata hati dalam simpulan bahasa melayu amat popular sekali, oleh itu penulisan ini akan mengupas persoalan makna dalam setiap simpulan bahasa yang berfokuskan kepada kata Hati, misalnya: Baik hati Berat Hati Makan Hati Geli hati 1.3 Kelebihan Penulisan Manfaat dari penulisan ini adalah untuk menambah pengetahuan pembaca dan penulis sendiri terhadap Semantik atau makna yang menjuru kepada peribahasa berbentuk simpulan bahasa yang sememangnya amat sinonim dengan corak kehidupan masyarakat kita.

2.0 PERBINCANGAN 2.1 Hakikat Makna Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurutR. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pengertian lagi. Misalnya,Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, Kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah

semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abadke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan modendigunakan dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitupenting atau beerti ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, sema juga beertitanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji maknaatau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis maknadalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik,makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna inidapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat 2.2 Pengertian Kajian Makna A. Bakar Hamid (1967; 160-165) dalam Abdullah Hassan (2005; 154-157), menjelaskan bahawa makna merupakan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, suatu komunikasi pertutur itu tidak akan berkesan. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata -

bagaimana asal mulanya - bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa. Sebelum kita meneliti konsep dan skop dalam bidang semantik, perlulah kita mengetahui istilah penting dalam bidang semantik. Apakah maksud istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Istilah ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign). Sema juga bermaksud isyarat. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine in yang bermaksud bererti. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna. Disebabkan semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah as the study of meaning in natural language. Perkataan semantics yang dipetik daripada kata Perancis semantique telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis, bernama Michel Breal pada tahun 1883 dalam makalah beliau yang bertajuk, Les Lois Intellectuelles du Langage. Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa semantik mempunyai kedudukan sendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logik dan hubungan makna dengan psikologi (Aminuddin,1985:16). Kini, istilah semantik digunakan untuk merujuk kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagai ilmu tentang makna atau erti. 2.3 Pernyataan Masalah Pada pandangan masyarakat kita amnya dan masyarakat melayu khusunya, Hati merpukan antara organ badan manusia yang seringkali digunakan dalam penggunaan simpulan bahasa dalam perbualan seharian. hati memainkan peranan yang mudah untuk diangakat sebagai kata yang dapat dijadikan sebagai kata yang boleh memberi perlambangan kepada gaya kehidupan masyarakat kita, memandangkan hati itu sendiri amat penting didalam membolehkan setiap individu itu merasai perasaan dalam berkomunikasi atau berinteraksi sesama sendiri. Kajian ini
5

dibuat untuk melihat sejauhmana kata hati bertepatan dengan maksud simpulan bahasa menurut pandangan dan corak pemikiran masyarakat kita dengan makna sebenar simpulan bahasa. 2.4 Tinjauan Literatur Kajian-kajian yang berkaitan dengan peribahasa telah lama diberi perhatian oleh pengkajipengkaji bahasa baik di Malaysia mahupun di luar negara. Ismail Salleh (1990: 402) menyatakan bahawa peribahasa, simpulan bahasa dan kiasan telah mendapat perhatian para pengumpul dan pengkaji asing dan tempatan. Perhatian terhadap bidang ini berterusan sehingga kini. Pelbagai pendapat serta ulasan terhadapnya telah dilahirkan oleh pengkaji mengikut kepentingan dan pandangan masing-masing.Adat kebiasaan masyarakat Melayu banyak menggunakan peribahasa. Keadaan ini menjadi satu kenyataan kerana dengan seuntai peribahasa yang singkat dapat dikemukakan dengan sejitu-jitunya maksud yang hendak disampaikan. Menurut Tarigan (1985: 56) dalam setiap peribahasa terkandung bukan hanya makna kamus tetapi juga erti kiasan yang merupakan garapan semantik. Bertitik tolak daripada tuntutan kehidupan inilah maka peribahasa telah dicipta oleh manusia. Peribahasa Melayu lahir daripada sifat orang Melayu yang menganggap penyampaian masej secara terus-terang adalah kurang manis dan kurang sopan melainkan secara berselindung dan berkias. Kelahirannya adalah daripada rasa dan pengalaman hidup yang ditempuh oleh masyarakat Melayu lama. Menurut Abdullah Hussain, (1989 : vii) lebih tua sesuatu bangsa itu,lebih banyak dan lebih klasik pulalah peribahasanya. Di samping popularnya bahasa kiasan lain yang sedia indah dengan iramanya, peribahasa turut menjadi sebahagian daripada pertuturan sehari-hari di kalangan orang Melayu. Peribahasa dijadikan petunjuk serta panduan kepada golongan yang muda mahupun yang tua. Pendapat dan pandangan yang diungkap dengan menggunakan ayat secara ekonomis itu disusun dalam bentuk peribahasa. Ini menjadikannya lebih manis dan merdu pada pendengaran bangsa Melayu yang tidak begitu gemar berterus terang ketika berinteraksi. Secara tidak langsung, masyarakat silam wajar terhutang budi kepada peribahasa yang membantu mendisiplinkan anggotanya. Ini kerana, peribahasa yang digunakan merupakan peribahasa yang timbul daripada persekitaran masyarakat serta tingkah laku masyarakat. Pendek kata, setiap perilaku masyarakat akan menjadi buah bicara yang akhirnya akan membentuk
6

peribahasa. Zailiani Taslim, (1999) menerangkan bahawa peribahasa diperturunkan daripada kawan kepada kawan, daripada ibu bapa kepada anak dan daripada pemimpin kepada anak buah. Peribahasa yang dicipta pada bidang pendidikan dan tarbiah juga sesuai diucapkan secara terbuka tanpa sebarang halangan dan pantang larang. Menurutnya lagi, peribahasa memang layak menjadi institusi yang memanusiakan manusia daripada aspek keguruan tinggi. Menurut Zaba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasakiasan dalam budaya Melayu. Beliau juga menyatakan bahawa peribahasa boleh mencakupi perumpamaan, pepatah dan bidalan perbilangan dan lidah pendeta. Peribahasa yang akan dipilih hanyalah merujuk kepada beberapa peribahasa yang mempunyai unsur pemilihan gender atau jantina di dalamnya. (Abdullah yusof dan rakan-rakan 2009) Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafal seberapa banyak peribahasa seperti robot. Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing. Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak. 2.5 Metodologi kajian Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang mengkaji tentang jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa berunsurkan organ badan manusia iaitu hati dengan menggunakan teknik merujuk melalui kamus berbahasa melayu iaitu kamus Dewan dan beberapa buku yang dicadangkan yang tertera dalam lampiran rujukan.

Simpulan bahasa merupakan rangkaian perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal. Abdullah Hussein pula menyatakan bahasa simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain daripada erti yang lazim. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan. Contoh : Ada angin : (a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. (b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

Penggunaan simpulan bahasa dalam perbualan masyarakat kita sememangnya berlaku setiap hari kerana ianya sudah sinonim dengan kehidupan seharian. Simpulan bahasa yang merupakan cabang peribahasa merupakan cerminan watak kepada bangsa yang memilikinya dan sebagai cabang seni dalam sastera rakyat. Selain itu ia merupakan susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logic hasil daripada kecekapan berbahasa penutur bahasa melayu itu sendiri. Oleh kerana bahasa melayu merentas kurikulum, maka adalah wajar simpulan bahasa diberi perhatian dalam pendidikan bahasa melayu agar dapat mencapai ketrampilan bahasa, iaitu menguasai kebolehan berbahasa dan komunikasi yang tepat. Penguasaan bahasa melayu dikalangan pelajar di sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi perlu dipupuk dan dikembangkan. Justeru, bagi mengembangkan minat, kefahaman dan penggunaan simpulan bahasa, perlu ada kaedah dan pendekatan yang berkesan yang perlu dilakukan oleh guru atau pengajar.

2.6 Batasan Kajian Kajian ini hanya terbatas kepada simpulan bahasa yang sering digunakan dalam pertuturan penutur bahasa melayu.Simpulan bahasa ini juga hanya berfokus kepada satu tumpuan sahaja dengan mengambil item dalam organ manusia iaitu hati. Data utama kajian ini ialah simpulan-simpulan bahasa yang menggambarkan pemikiran. Penelitian terhadap aspek pemikiran dilakukan berdasarkan lima bidang falsafah dan penulis mengaitkan Semua aspek pemikiran itu dengan hipotesis Sapir-Whorf. Penelitian ini dilakukan berdasarkan penelitian kualitatif-fenomenologis. Berdasarkan pemikiran falsafah fenomenologi, Peneliti kualitatif cenderung berorientasi fenomenologis, namun sebahgian besar diantaranya tidak radikal, tetapi idealis pandangannya. Mereka memberi tekanan pada segi subjektif, tetapi mereka tidak perlu menolak kenyataan adanya di tempat sana, ertinya mereka tidak perlu mendesak atau bertentangan dengan pandangan orang yang mampu menolak tindakan itu. Pendekatan dalam kajian ini mengkaji dan menjelaskan makna pengalaman manusia tentang hati melalui deskripsi yang mendalam tentang sesuatu konsep atau fenomena yang dikaji. Dengan yang demikian, data penelitian adalah terdiri daripada kata, frasa, klausa dan makna simpulan bahasa yang dikumpulkan daripada beberapa sumber yang dikenal-pasti.melalui dapatan tinjauan kepustakaan dengan masyarakat setempat. Melalui simpulan-simpulan bahasa yang dihimpunkan dan dipilih, penulis akan membuat penelitian sama ada terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam simpulan bahasa melayu. 2.7 Teori Relative Linguistik dan Hipotesis Sapir-Whorf Teori ini menyatakan bahawa terdapat hubungan antara bahasa, budaya san pemikiran suatu masyarakat. Dengan pendekatan lain, tanggapan atau fikiran dan tindakan seseorang itu bergantung kepada struktur dan kosa kata dalam bahasanya yang digunakan untuk berfikir dan menanggapi sesuatu. Dengan yang demikian bahasa turut mempengaruhi tingkah laku penuturnya.

Teori relativity Linguistik yang dipolopori oleh Boas, Sapir dan Whorf menyatakan bahawa orang berbicara dengan cara yang berbeza kerana mereka berfikir dengann cara yang berbeza. Mereka berfikir dengan cara yang berbeza kerana mereka menawarkan cara mengungkapkan makna tentang dunia persekitaran mereka dengan cara yang berbeza juga. Rahman Shaari (1993:88) berpendapat bahawa aspek peribahasa harus dianggap sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam pengajaran Bahasa Melayu. Ini kerana prinsip peribahasa (simpulan bahasa) adalah hidup dan berkembang seiring dengan perkembangan bahasa secara global. Oleh itu, simpulan bahasa melayu amat wajar diberi pengajaran di setiap peringkat persekolahan sebagai kelangsungan kepada perkembangan tersebut. Secara mudahnya, simpulan bahasa melayu yang merupakan salah satu cabang bahasa melayu, mempunyai peranan besar dalam membentuk entiti dan jati diri bangsa yang memiliki dan mengamalkan nilai-nilai murni. Atas kepentingan pendidikan, pengajaran simpulan bahasa melayu amat wajar dilaksanakan secara sistematik dan bijaksana bagi menghindari halangan dan kesukaran murid memahami, meminati dan mengingati sesuatu kesimpulan bahasa melayu. 2.8 Analisis Data Melalui penulisan ini, strategi penterjemahan adalah digunakan untuk menganalisis data seperti mana yang disarankan oleh Baker (1992) iaitu menggunakan peribahasa (simpulan bahasa) yang sama bentuk dan sama makna, menggunakan simpulan bahasa yang sama bentuk, parafrasa, pengguguran dan penggantian. Penyesuaian dalam analisis dibuat dengan menggantikan penggunaan bentuk kepada penggunaan lambang iaitu simpulan bahasa yang menggunakan lambang dan makna sama dan simpulan bahasa yang mempunyai makna yang sama tetapi mempunyai lambing yang berbeza. Simpulan bahasa yang sama bentuk dan makna, penggunaan lambangnya diklasifikasikan mengikut golongan kata berdasarkan kriteria semantic Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Nik Safiah dan rakan-rakan, 2008) Peribahasa yang mempnyai makna yang sama tetapi mempunyai lambang yang berbeza dianalisis berdasarkan perihal, keadaan, sifat, cara, kejadian dan peristiwa.Daripada sejumlah simpulan bahasa yang dikaji, didapati terdapat unur pemikiran yang

10

melatari setiap peribahasa yang diungkapkan. Sapir-Whofr (1921) menjelaskan bahawa bahasa menentukan pemikiran penuuturnya. Dalam kajian ini terdapat enam jenis simpulan bahasa yang berunsurkan hati akan dipersoalkan. Hati adalah organ manusia yang sangat berguna dalam kehidupan, hati juga mempuyai tafsiran abstrak yang mana ianya berunsur perasaan yang halus dan sukar ditelusuri maknanya. Hati banyak digunakan sebagai simbol dalam kehidupan manusia, bereadaan manusia dan sifat manusia itu sendiri, Contoh: 1. Baik hati Merujuk kepada orang yang suka membantu dan mempunyai sikap yang selalu melakukan perkara yang betul kepada orang lain.

SUMBER Baik

MAKNA

perbuatan

Hati

Perasaan (abstrak) yang tulus. Hati Berlian

Simpulan bahasa yang sama maksud

Dalam hubungan seharian masyarakat, kita selalu mengaitkan tentang isu-isu perasaan, moral dan corak interaksi satu sama lain. Moral ialah satu sistem dan niat manusia dengan manusia. Nilai ini bersifat relative, subjektif dan sementara. Tindakan bermoral menjadi isu dalam simpulan bahasa ini. Setiap tindakan manusia yang wajar dilakukan, diketengahkan dalam simpulan bahasa ini untuk menjadi contoh dalam mencapai kesejahteraan hidup dalam masyarakat.

11

2. Jaga hati Merujuk kepada perbuatan manusia agar tidak bertindak atau berkelakuan sesuatu yang boleh menyakiti dan menyinggung orang lain.

SUMBER Jaga

MAKNA

Perlakuan mengawasi sesuatu

Hati

Perasaan orang lain

Simpulan bahasa ini dapat menggambarkan tentang hubungan masyarakat yang perlu berjagajaga agar tidak berlaku keadaan yang boleh membuatkan orang lain terganggu dan merasa tidak dihormati. Dalam kehidupan masyarakat isu menjaga hati ini sangat sensitif dan penting kerana ia melibatkan keharmonian hidup masyarakat. 3. Hati berdetus Merujuk kepada perasaan yang ada pada seseorang yang mencurigai suatu keadaan atau perbuatan yang lain.

SUMBER Hati

MAKNA

Perasaan (apa yang dirasa)

berdetus

berbunyi seperti bunyi letusan senapang, mercun dan sebagainya.

Simpulan bahasa hati berdetus menunjukkan sikap sesetengah masyarakat yang kebiasaannya curiga dan berfikiran negative atau was-was dengan keadaan tertentu. Ia menunjukkan seolh-olah ada letusan yang berlaku di benak hati yang membuatkan seseorang itu merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Pada makna yang sebenarnya seolah-olah hati itu yang meletus, namun dalam konsep abstrak atau simboliknya, ia menerangkan maksud yang tersirat.

12

4. Jantung Hati Simpulan bahasa ini menggabungkan dua organ manusia yang sangat penting dalam kehidupan dan tanpa kedua-dua organ ini manusia tidak akan hidup. Begitulah betapa pentingnya jantung dan hati. Simpulan bahasa ini merujuk kepada seseorang kekasih yang sangat disayangi.

SUMBER Jantung

MAKNA

Item yang sangat penting dalam tubuh manusia.

Hati

Item yang dikatakan sebagai menjadi lubuk segala perasaan.

Simpulan bahasa yang sama makna

Ratu Hati (khusus untuk wanita) Mahkota hati (umum)

Simpulan bahasa ini merupakan suatu perlambangan yang sangat abstrak bagi melambangkan seseorang yang sangat istimewa dan penting dalam hidup seseorang. Ia melambangkan seorang kekasih yang menjadi nadi dan sumber kehidupan kepada hati yang punya perasaan cinta terhadap seorang kekasih. Dalam masyarakat, perasaan cinta itu pasti wujud terutama sekali ianya berlaku amat hebat dikalangan mereka yang sedang berada di alam percintaan. Bagaimanapun, simpulan bahasa ini juga sebenarnya boleh digunakan mengikut keadaan dan pemikiran individu itu sendiri. Kerana jantung hati juga boleh diberikan sebagai gelaran kepada ibu atau ayah yang sangat disayangi. Ratu hati juga boleh digunakan untuk menggantikan jantung hati, namun ianya hanya terbatas untuk wanita sahaja. Namun begitu secara amnya ia juga boleh menggunakan mahkota hati.

13

5. Keras Hati Simpulan bahasa keras hati membawa maksud tidak mahu mendengar kata-kata dan nasihat orang lain atau degil. Ia menonjolkan bahawa seseorang itu sangat susah untuk dilembutkan atau diurus. SUMBER Keras MAKNA

Suatu benda yang pejal, trguh, kukuh dan tidak ada unsur lembut atau cair.

Hati

Perasaan seseorang

Simpulan bahasa yang sama maksud

Hati batu

Simpulan bahasa ini menggambarkan sikap dan pemikiran sesetengah manusia dalam masyarakat yang tidak patuh, degil serta tidak mahu mendengar nasihat atau pandangan orang lain. Sikap masyarakat seperti ini selalunya difikirkan sebagai individu yang agak susah untuk dibimbing atau diberi petunjuk. Keras hati- menggambarkan perasaan seseorang itu amat pejal dan sukar untuk ditembusi oleh apapun pujukan. Ia samalah juga dengan makna simpulan bahasa Hati batu. Batu merujuk kepada sesuatu item yang pejal dan keras. 6. Lurus hati Membawa maksud seseorang yang mampunyai sikap atau sifat yang ikhlas dan jujur. Individu dalam masyarakat yang tidak melakukan perkara-perkara yang curang atau melanggar etika moral dan norma-norma kehidupan bermasyarakat.

SUMBER Lurus

MAKNA

Suatu garis atau bentuk yang tidak ada lengkung

Hati

Pemikiran atau perasaan seseorang

14

Simpulan bahasa yang sama makna

Putih hati, hati jernih

Dalam masyarakat, sememangnya terdapat juga individu yang boleh dipercayai dan boleh dipertanggungjawabkan. Perkataan lurus biasanya sudah maklum didalam pemikiran masyarakat bahawa ianya sesuatu yang bagus, positif dan tidak mendatangkan apa-apa masalah, malah benda yang lurus ini sememangnya disukai oleh kebanyakan masyarakat. Lurus hati menggambarkan ketulusan seseorang dalam melakukan sesuatu tanpa niat yang negatif.

3.0 KESIMPULAN Hati dikatakan sebagai rumah segala perasaan manusia. Setiap inidvidu yang mempunyai perasaan dari benak hati mempunyai sifat tersendiri dan masyarakat juga mempunyai pelbagai pandangan yang tersendiri terhadap setiap individu. Setelah kajian makna ini dibuat, kita telah mendapati bahawa pandangan masyarakat terhadap hati sememangnya amat bertepatan sekali dengan perlambangan yang diungkapkan. Beradsarkan kajian ke atas enam simpulan bahasa yang dipilih, kita dapat melihat bahawa sikap manusia sememangnya dapat ditelusuri melalui apa yang ada di dalam hati. Tanggapan yang wujud dari hati ke hati itu telah melahirkan simpulan-simpulan bahasa yang berteraskan hati yang tepat menggambarkan sifat dan keberadaan seseorang. Secara umumnya, simpulan bahasa berasakan hati ini lebih membicarakan berkaitan dengan moral dan norma kehidupan masyarakat. Terdapat juga persamaan simpulan bahasa namun menggunakan perlambangan yang berbeza. Kesimpulannya, manusia mempunyai persepsi yang agak sama berkaitan dengan sifat yang berhubung dengan hati kerana hati mampu berhubung secara abstrak melalui perasaan yang mudah ditelusuri lalu wujudlah kata dari bahasa yang melahirkan simpulan bahasa merasakan hati.Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan diantara bahasa dan pemikiran dalam simpulan bahasa melayu.

Jumlah Perkataan: 3660


15

RUJUKAN Abullah Hassan (1992), Semantik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Yusof et.al (2009), Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof,(2008), Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik, Metodologi,Terori dan analisis Data, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd

16