Anda di halaman 1dari 18

ANNYSS SOPHILEA

MUHAMMAD FAIZ BIN NORAZMAN


4 SN 2
SINOPSIS
Annyss Sophillea dating dari planet Alstonia. Dia
berkembara untuk mencari kembarnya, Eyrique yang
telah disembunyikan oleh Strenn. Strenn berbuat begitu
kerana mahu mewarisi takhta pemerintahan Alstonia
sekaligus mahu mengahwini Annyss.
Dalam kembaranya itu, Annyss bertemu dengan
Akmal. Akmal memahami masalah yang menimpa Annyss
dan berhasrat membantunya. Dia akhirnya berjaya
menjejakkan kaki di Alstonia untuk bertemu dengan
Annyss. Mereka juga berjaya mengesan tempat Eyrique
disembunyikan dan Eyrique diselamatkan dengan
bantuan Eustary. Pada masa yang sama, Strenn dan
konco-konconya tiba di situ. Pada ketika itu, Eyrique
terbayang akan peristiwa dia diculik dan disembunyikan
pada hari sepatutnya dia ditabalkan sebagai raja. Strenn
cuba menyakitkan hati Eyrique termasuk memberitahu
bahawa dia telah merampas kekasih Eyrique, Sarlyn. Kini,
Eyrique ingin membalas dendam.
Nasib mereka baik kerana kebetulan malam
penghujung bintang Gemini. Menurut pesanan bonda
Annyss, kekuatan Annyss dan Eyrique akan bersatu untuk
menghapuskan musuh mereka. Namun, Strenn telah mula
mengasak Eyrique hingga menimbulkan kebimbanga
kepada Annyss. Semasa pertarungan itu Akmal
menghalakan senjatanya kepada Strenn lalu membunuhnya.
Akmal telah melakukan pengorbanan yang amat
besar, iaitu sanggup mengorbankan nyawanya demi
memastikan keselamatan Eyrique. Akmal reda menerima
kematianya akibat daripada tindakanya membunuh Strenn.
Namun, Eyrique dan Annyss telah berusaha untuk
menyelamatkannya.
TEMA DAN PERSOALAN
 TEMA
Cerpen ini membawakan tema
pengorbanan. Pengorbanan itu bersifat
global tanpa mengira batas sempadan
bangsa, keturunan, dan geografi.
Pengobanan ini jelas terlihat daripada
sikap Akmal yang sanggup membinasakan
dirinya semata-mata mahu memastikan
Strenn yang menjadi musuh Annyss dan
Eyrique mati
Selain itu, pengorbanan juga dapat
dilihat menerusi tindakan Akmal yang
sanggup merentas dunia sehingga ke
Alstonia. Dia mahu menbantu Annyss
yang pada jangkaannya sedang
memerlukan bantuanya. Pengorbanan ini
sangat besar ertinya kerana kehadiran
Akmal penting bagi membina keyakinan
Annyss mencari kembarnya.
Pengorbanan juga dapat dilihat
menerusi watak Annyss yang bersungguh-
sungguh menyelamatkan Eyrique daripada
Strenn. Annyss berasa bertanggungjawab
untuk mendapatkan Eyrique dan lebih
penting daripada itu memastikan takhta
Maharaja Alstonia terus diwarisi Eyrique.
• PERSOALAN

 PERSOALAN KEMANUSIAAN. Persoalan ini jelas


dapat dilihat melalui perwatakan Akmal. Dia
menjalinkan perhubungan dengan Annyss dan
sanggup berkongsi kesusahan dengan rakanya itu. Dia
dapat merasakan betapa besarnya tanggungjawab
Annyss bagi memastikan takhta Alstonia diwarisi
Eyrique. Justeru, atas dasar kemanusiaan, Akmal
membantu Annyss menyelamatkan Eyrique.
 PERSOALAN KEBENARAN MENGATASI
KEBATILAN. Menerusi cerpen ini juga pengarang
memaparkan persoalan kebenaran akan mengatasi
kebatilan. Strenn yang mewakili kebatilan cuba
menggunakan kekuatannya untuk menyembunyikan
Eyrique demi menjayakan konspirasinya memiliki
takhta Alstonia sekali gus bercadang mahu
mengahwini Annyss . namun rancangan jahatnya itu
tidak mudah dijayakan kerana Annyss yang mewakili
kebenaran
mendapat hak mereka melalui bantuan Akmal.
Pada kesudahan ceritanya, Strenn berjaya
dibunuh oleh Akmal.
 PERSOALAN KASIH SAYANG. Persoalan kasih
sayang turut menjadi persoalan dalam cerpen ini.
Keadaan ini dapat dilihat menerusi hubungan
Akmal dan Annyss yang diikat oleh perasaan
kasih sayang. Walaupun, hal ini tidak dinyatakan
dengan secara jelas, namun kesanggupan Akmal
merentasi angkasa semata-mata merasakan
Annyss menghadapi kesusahan menunjukan
kewujudan hubungan itu antara mereka.
Malahan, kesanggupan Akmal mempetaruhkan
nyawanya demi memastikan tahkta kerajaan
dipegang oleh Eyrique menjadi bukti kukuh
kewujudan perasaan kasih sayang Akmal kepada
Annyss.
Persoalan kasih sayang juga terlihat antara Annyss
dengan saudara kembarnya, Eyrique. Dia sanggup
mengembra ke merata tempat dalam usaha
mencari saudara kembarnya. Yang jelas, Annyss
mahu memastikan saudara kembarnya itu selamat
dan akan terus mewarisi takhta tersebut.
PLOT
Secara keseluruhannya, plot tersusun secara
kronologi. Hal ini menjadikan kisah tersebut mudah
untuk difahami. Berikut merupakan aturan peristiwa
tersebut:

PERMULAAN
 Annyss Sophillea mengembara ke Bumi untuk
menjejaki saudara kembarnya. Dia telah berkenalan
dengan Akmal semasa berada di Bumi.
PERKEMBANGAN
 Annyss meneruskan pencariannya di Alstonia.

KONFLIK
 Konflik tercetus antara Annyss dengan sepupunya
Strenn yang ingin merampas kuasa Kerajaan
Alstonia.
KLIMAKS
 Pertarungan yang hebat antara Eyrique dengan
Strenn yang berkesudahan Strenn mati ditembak
Akmal.
PELERAIAN
 Annyss dan Eyrique berusaha untuk
menyelamatkan nyawa Akmal.
Namun demekian, terdapat beberapa teknik
imbas kembali yang digunakan penulis. Sebagai
contoh, teknik ini dikemukakan oleh penulis semasa
Annyss teringat kembali zaman kanak-kanaknya
bersama Eyrique.
WATAK DAN PERWATAKAN
 ANNYSS
Annyss merupakan kembar Eyrique. Ibu bapanya telah
meninggal dunia.
 BERTANGGUNGJAWAB
Apabila takhta Maharaja Alstonia yang sepatutnya
diwarisi oleh Eyrique cuba dicabar oleh Strenn, Annyss
berasakan dia orang yang paling bertanggungjawab
mempertahankan takhta itu daripada menjadi milik
Strenn.
 BERANI
Annyssjuga seorang gadis yang berani. Hal ini jelas
kelihatan apabila dia sanggup berdepan dengan Strenn
dan berani mencabarnya. Dia juga sanggup mendustai
Strenn untuk menakut-nakutkannya tentang penemuan
Eyrique. Walaupun dikatakan tindakan itu tidak jujur,
tetapi itu merupakan sebahagian strategi Annyss untuk
meresahkan Strenn yang menjadi musuhnya.
 PENYAYANG
Annyss mempunyai perasaan penyayang. Hal ini jelas
sekali dapat dilihat menerusi sikapnya kepada Eyrique.
Dia sanggup mengembara ke Bumi demi mencari
Eyrique.
 AKMAL
Akmal dianggap hero dalam cerita ini. Akmal
berperwatakan:
 BERANI
Akmal merupakan seorang remaja yang berani. Hal ini
jelas terlihat apabila dia sanggup ke angkasa tempat
terletaknya Negara Alstonia. Dia juga sanggup
menggadaikan nyawanya semata-mata mahu
memastikan Strenn mati.
 PENYAYANG
Akmal digambarkan seorang remaja yang penyayang.
Sikap ini terpancar apabila dia menyerahkan sekeping
kad hari jadi kepada Annyss walaupun pada ketika itu dia
sedang bertarung dengan maut.
 STRENN
Strenn dianggap sebagai watak antagonis dalam cerpen
ini. Dalam banyak hal Strenn merupakan pencetus
kepada semua kekalutan yang dialami oleh Annyss dan
Eyrique. Berikut merupakan perwatakan Strenn.
 EGO
Strenn berego tinggi. Apabila Eyrique hilang, dia dapat
merasakan bahawa Annyss tidak akan menemui
kembarnya itu. Malah, dia begitu yakin bahawa dia akan
mewarisi takhta Maharaja Alstonia.
 BERNAFSU BESAR
Strenn juga merupakan seorang pemuda yang bernafsu
besar. Hal ini dapat dilihat daripada keinginannya
mendapatkan takhta Maharaja Alstonia walaupun dia
bukan merupakan waris yang layak. Demi menjayakan
matlamatnya itu, Strenn sanggup mengatur komplot bagi
menyembunyikan Eyrique, iaitu calon yang sepatutnya
mengisi takhta tersebut.
Tidak cukup dengan rancangan buruknya itu, dia
cuba menambah penderitaan Eyrique dengan
mengatakan bahawa dia akan mengahwini kekasih
Eyrique, iaitu Sarlyn.
 WATAK BUKAN MANUSIA
Watak bukan manusia terdiri daripada Eustary
dan burung Inderawasih. Eustary merupakan
seekor kuda putih yang menjadi tunggangan
Annyss ke Bumi. Kuda ini bersayap perak dan di
tepinya berwarna keemasan. Bulu tengkuknya
berombak-ombak dan pada dahinya bertanduk
satu. Kakinya amat tegap. Eustarylah yang telah
membantu memecahkan tembok yang mengurung
Eyrique.
Inderawasih pula merupakan seekor lago
binatang tunggangan Annyss. Yang menariknya,
binatang ini boleh mengubah saiznya menjadi besar
apabila disarungkan sebentuk cincin berbatu delima
pada kakinya.
LATAR
 LATAR TEMPAT
Bumi – Annyss dan Akmal bertemu di sini.
Angkasa – Di negeri Alstonia. Berlaku pelbagai peristiwa
di sini akhirnya membawa kepada kematian Strenn.
 LATAR MASA
Peristiwa berlaku dalam tempoh tujuh hari (bersamaan
sehari) di Alstonia dan pada zaman futuristik yang
memperlihatkan penggunaan senjata seperti percikan
cahaya ungu dan pedang yang tidak tahu dari mana
munculnya.
 LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah
masyarakat Bumi yang mengamalkan sikap saling
membantu dan menghargai hubungan persahabatan dan
masyarakat angkasa lepas, misalnya dari Planet Alstonia.
GAYA BAHASA
Simile – penggunaan simile dapat ditemukan dengan
banyak dalam cerpen ini. Perhatikan contoh berikut:
 bagai mutiara terputus dari rangkaian, gerimis
sendu mula rebas.
 Sesungguhnya Annyss umpama akar tunjang,
lemah dan liat, desis hati kecilnya, dilentur mahu
tetapi dipatah tidak dapat.
Metafora, contohnya:
 selimut gunung

Personifikasi, contohnya:
 subuh telah mengundur diri…

Bahasa sinis, contohnya:


 “ itu sahaja persembahanmu yang terbaik Strenn ”

NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI
 KASIH SAYANG. Dalam cerpen ini, kasih sayang
merupakan unsure terpenting bagi membina perhubungan
antara Annyss dengan Eyrique. Atas perasaan itu,
Annyss sanggup bersusah payah demi Eyrique.
 PENGORBANAN. Nilai pegorbanan juga dapat dilihat
menerusi tindakan Akmal yang sanggup mengorbankan
dirinya demi Annyss dan Eyrique. Dalam konteks ini,
pengorbanannya begitu besar sehinggakan sukar untuk
dinilai dengan harta benda.
 KEBERANIAN. Nilai keberanian juga dapat dilihat dengan
jelas menerusi cerpen ini. Annyss berani menyuarakan
kebenciannya terhadap Strenn. Eyrique berani
menyuarakan haknya kepada Strenn dan yang lebih
penting, Akmal berani mempertaruhkan nyawanya demi
memastikan takhta menjadi milik Eyrique aspek
keberanian ini begitu dominan sehinggakan keberanian
bertindak sebagai pemangkin kepada kejayaan merka
mendapatkan hak mereka semula.
PENGAJARAN
 kita mesti mempertahankan hak kita agar tidak
dirampas oleh orang lain.
 Semangat setiakawan harus menjadi amalan hidup
kerana kawan dapat membantu kita semasa kita
berada dalam kesusahan.
 Sikap tamak dan mementingkan diri akan
membawa kepada kemusnahan.