Anda di halaman 1dari 1

Kisah Lawak Di Kapal Terbang

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke


sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.
Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa
membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing


basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan
menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki


ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari
mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam
sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.