Anda di halaman 1dari 9

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

PENGENALAN Nilai KASIH SAYANG ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yanglahir daripada hati yang ikhlas.

STANDARD KANDUNGAN 7 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalamserta berkekalan yang lahir daripada hati yangikhlas.

STANDARD PEMBELAJARAN

Padaakhirpembelajaran, muriddapat: 7.1.1Menerangkan cara menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara. 7.1.2 Menyimpulkan kepentingan menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara. 7.1.3 Mengekspresikan perasaan apabila menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara. 7.1.4 Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara.

7.1 Menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

AKTIVITI 1 Mata Pelajaran / Kelas Nilai / Tajuk Masa Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran : Pendidikan Moral / Tahun 6 : Kasih Sayang ( Alam Sekitar Khazanah Negara ) : 60 minit :7.1.1, 7.1.3, 7.1.4 :Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat: i) menyatakan 3 cara menyayangi alam sekitar. ii) menceritakan perasaan apabila menyayangi alam sekitar. iii) melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar untuk
menjamin kesejahteraan negara.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :


i. Memperdengarkan lagu Hijau Zainal Abidin

ii. Membaca petikan perbualan iii. Melakonkan petikan perbualan iv. Membincangkan dan membentangkan soalan ransangan v. Menghasilkan sajak ( pengayaan ) vi. Menjawab soalan kuiz dan rumusan

EMK
ii.

: i.

Kreativiti menjana idea

TMK - membuat slaid powerpoint

Bahan Bantu Belajar :Petikan perbualan Penilaian P dan P :Lembaran kerja Refleksi : i) ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

ii) _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LANGKAH / MASA Set Induksi ( 5 minit )

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP)

CATATAN

1. Murid diperdengarkan lagu HIJAU nyanyian Zainal Abidin Zainal.(Lampiran 1) 2. Bersoal jawab berkaitan senikata lagu.

BBB : lagu

Langkah 1 ( 15 minit )

1. Murid membaca petikan yang diberi. (Lampiran 2) 2. Murid berbincangberkaitan isi kandungan petikan. 3. Murid mengaitkan isi petikan dengan situasi alam sekitar di Malaysia.

BBB : petikan perbualan

Langkah 2 ( 15 minit )

1. Murid-murid diminta melakonkan dialog yang diberi. 2. Guru menyatakan bahawa kita harus melibatkan diri dalam aktiviti menyayangi alam sekitar untuk kesejahteraan negara.

Kreativitidan Inovasi

Langkah 3 ( 20 minit )

1. Murid diberi kepada 2 kumpulan dan berbincang berkaitan soalan ransangan. (lampiran 3) 2. Murid-murid dikehendaki menyatakan cara-cara menyayangi alam sekitar dan menceritakan perasaan mereka apabila menyayangi alam sekitar. 3. Murid membentangkan hasil perbincangan.

Menjana idea

Aktiviti Pemulihan

Aktivitipemulihan mengisi tempat kosong dalam sajak berpandukan petikan perbualan di atas.

Aktiviti Pengayaan

Aktivitipengayaan Murid menghasilkan sebuah sajak menyayangi alam sekitar berdasarkan petikan perbualan di atas.

Penutup ( 5 minit )

1 Murid menjawab kuiz secara kumpulan. ( Lampiran 5 ) 2 Merumuskan dan menghubungkaitkan Kepentingan menyayangi alam sekitar dengan kesejahteraan negara.

Nilaimurni

EMK

KreativitidanInovasi

BBM

Komputer , kertas lembaran

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 1

LAGU : HIJAU
Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini Oo... anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo Lirik Hijau - Zainal Abidin

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Contoh soalan yang ditanyakan kepada murid :

1. Pernahkah kamu mendengar lagu ini? Sebutkan tajuk lagu. Pernah / Tidak pernah. Tajuk lagu ini ialah Hijau .

2. Apakah mesej utama yang dikemukakan dalam seni kata lagu ini? Seni kata lagu ini mengisahkan alam sekitar yang semakin teruk mengalami pencemaran.

3. Sebutkan satu akibat apabila bumi kita mengalami pencemaran. Bumi kita akan musnah akibat pencemaran yang teruk.

4. Apakah yang perlu kita lakukan ? Menjaga alam sekitar kita dengan baik. Tidak membuang sampah merata-rata tempat.

5. Berdasarkan soal jawab kita, apakah pelajaran yang cikgu akan ajarkan kepada kamu? Kita akan belajar mengenai alam sekitar. Kita harus menyayangi alam sekitar kita.

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 2 ALAM SEKITAR KHAZANAH NEGARA


Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang mengadakan Perkhemahan di Pinggir Hutan Kamensah. Ikuti perbualan antara Ketua Pasukan Pengakap dengan Penjaga Tapak Perkhemahan tersebut. Pragas : Selamat pagi, Encik Razak. Encik Razak : Selamat pagi, adik dan selamat datang ke Tapak Perkhemahan Lata Kancil. Pragas : Encik, tempat ini sangat indah dan selesa untuk perkhemahan. Saya seronok dapat berkhemah di sini. Encik Razak : Ya, adik. Pekerja-pekerja di sini sentiasa menjaga kebersihan tapak perkhemahan ini. Mereka membuang sampah, menanam pokok bunga dan sentiasa memastikan kemudahan di sini berada dalam keadaan baik. Pragas : Wah, bagusnya pekerja-pekerja di sini! Tadi saya ke sungai, saya rasa teruja dengan air sungai yang bersih dan jernih. Saya dapat melihat anak-anak ikan berenang-renang dengan riang. Encik Razak : Saya selalu mengingatkan adik-adik yang datang berkhemah agar tidak membuang sampah ke dalam sungai. Pragas : Encik, apakah bunyi bising tu? Encik Razak : Oh, itu bunyi monyet yang riang bermain-main di dalam hutan. Adik dengarlah kicauan burung yang merdu suaranya. Pragas : Yalah, encik. Saya seronok mendengar bunyi-bunyi haiwan yang terdapat di dalam hutan ini. Sudah lama saya tidak mendengarnya. Encik Razak : Kawasan hutan ini dijaga dengan baik. Hutan ini hutan simpanan. Pembalakan atau pemburu haiwan tidak dibenarkan di sini. Pragas : Saya seronok dapat berkhemah di sini. Udara amat segar dan nyaman. Saya harap situasi ini akan berkekalan tanpa sebarang pencemaran. Encik Razak : Pembakaran secara terbuka juga tidak dibenarkan di sini, itu sebabnya udaranya nyaman dan segar. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menyayangi alam sekitar dan mengekalkan keindahannya. Pragas : Ya, encik. Saya teringatkan kata hikmat Negara Bersih Rakyat Sihat. Terima kasih atas penerangan yang diberi. Sayaminta diri untuk aktiviti perkhemahan saya. Encik Razak : Sama-sama. Selamat berkhemah, adik.

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 3

SOALAN RANSANGAN :

1. Nyatakan cara-cara menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara. Jawapan : a ) tidak membuang sampah di kawasan perkhemahan dan di dalam sungai. b ) tidak membuat pembakaran secara terbuka. c ) tidak melakukan pembalakan haram. d ) tidak memburu haiwan di dalam hutan dengan sesuka hati.

2. Ceritakan perasaan kamu apabila menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara. Jawapan : Saya berasa seronok dan gembira 3. Gambarkan dan lakarkan situasi alam sekitar berdasarkan petikan perbualan di atas.

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 4
Lampiran Pemulihan Isi tempat kosong pada sajak berdasarkan petikan perbualan yang dibaca.

SAJAK : Menyayangi Alam Sekitar Mentari bersinar Cahaya memberi semangat Kepada bumi alam semester Udara nyaman dan segar Tumbuhan menghijau menghiasi hutan.

Bukit bukau berdiri teguh Kicauan burung membelah kesunyian Monyet bergayut dari pohon ke pohon Semua haiwan bebas menjalani kehidupan.

Tiada pencemaran tiada pemburuan Tiada pembuangan bahan beracun Sungai jernih hingga ke dasar Anak ikan bermain riang.

Wahai warga negaraku tercinta Sayangilah alam sekitar kita Megah dan bangga tidak terkira Generasi menghayati sepanjang zaman.

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 5

SOALAN KUIZ BERKAITAN DENGAN SAYANGI ALAM SEKITAR

1. Sebutkan 2 akibat sekiranya sungai kita tercemar. ContohJawapan : a ) Hidupan sungai seperti ikan, udang dan sebagainya akan mati. b ) Bekalan air bersih terjejas.

2. Mengapakah haiwan di dalam hutan hampir pupus? Contoh Jawapan : a ) Habitat kehidupan haiwan terganggu. b ) Banyak pokok telah ditebang untuk pembangunan. c ) Aktiviti pembalakan haram.

3. Pihak manakah yang harus kita hubungi sekiranya berlaku pembalakan haram di kawasan kamu? Contoh Jawapan : Jabatan Alam Sekitar / Pihak Polis

Anda mungkin juga menyukai