Anda di halaman 1dari 9

anai-anai kering Morfologi

Ciri-ciri Fizikal: Anai-anai Kayu Kering biasanya berwarna perang/ coklat pucat. Ia memiliki tubuh berbentuk silinder. Semasa peringkat bersayap terdapat empat sayap sama besar, yang lebih panjang daripada badan. Saiz: Julat panjang di antara 3 / 8 hingga inci. Sifat-sifat: Anai-anai Kayu Kering adalah serangga sosial yang hidup dalam tanah jajahan. Jajahannya terdiri daripada raja, ratu dan tentera. Tiada kasta pekerja dalam koloni-koloni anai-anai bawah tanah.

Adaptasi Anai-anai kayu kering membina jajahan di dalam kayu dengan tidak ada sambungan ke tanah yang diperlukan. Ia memerlukan kelembapan sangat sedikit dan selalunya ditemui di dalam bingkai kayu loteng.Anai-anai kayu mendapatkan lembapan dari air dihasilkan oleh penghadaman selulosa. Jajahannya boleh mengandungi sehingga 2,500 anai-anai.

Anai-anai bawah tanah Morfologi


Ciri-ciri Fizikal: Pekerja anai-anai ialah berwarna putih kuning dan tanpa sayap. Askar anai-anai mempunyai kepala coklat dengan rahang. Reproduktif tambahan berwarna muda, sementara reproduktif utama ialah berwarna coklat tua atau hitam. Saiz: Julat panjang di antara 1 / 8 hingga 1-inci. Sifat-sifat: Anai-anai bawah tanah biasanya berkerumun dalam musim bunga, tetapi boleh berlaku bila-bila masa sepanjang tahun. Tambahan reproduktif hanya boleh membiak semula dalam koloninya sendiri. Ia membantu dengan pertumbuhan koloni yang banyak. Anai-anai bawah tanah mempunyai kasta pekerja.

Adaptasi
Anai-anai bawah tanah hidup bawah tanah, tetapi mampu mencapai makanan dipermukaan tanah melalaui terowong-terowong yang dibina dari tanah bercampur air liurnya . Ia bergantung pada lembapan untuk bertahan , tidak seperti anai-anai kayu kering yang hanya memerlukan kelembapan yang rendah. Anai-anai bawah tanah boleh menceroboh rumah-rumah melalui rekahan dalam konkrit, ,lubang pada kayu dan sebagainya.

Nyamuk Morfologi
Ciri-ciri Fizikal: Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik, tubuh yang langsing dan enam kaki panjang. Saiz: Saiz Nyamuk berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm. Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg. Nyamuk mampu terbang antara 1.5 to 2.5 km/h. Nyamuk adalah serangga kecil, panjang tubuh 1.6mm ~ 12.6mm dan berwarna gray coklat, coklat atau hitam. Nyamuk dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepala, dada dan perut. Panjang jarum di atas kepala adalah 12 hingga 15 mm. Sifat-sifat: Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protin, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus, Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain.

Adaptasi
Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya: telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Pupae biasanya seaktif larva, tetapi bernafas melalui tanduk thorakis ( thoracic ) terdapat pada gelung thorakis. Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganism, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain. Sesetengah larva nyamuk seperti Wyeomyia hidup dalam keadaan luar biasa. Jentikjentik spesies ini hidup dalam air tergenang dalam tumbuhan epifit ( epiphytic bromeliad ) atau di dalam air tergenang dalam pokok periuk kera. Jentik-jentik spesies genus Deinocerites hidup di dalam sarang ketam sepanjang persisiran pantai.

Semut Morfologi
Kehidupan seekor semut dimulai dari sebiji telur. Semut melalui metamorfosa yang lengkap, melewati tahap larva dan pupa (dengan pupa yang exarate) sebelum mereka menjadi dewasa. Tahap larva adalah tahap yang sangat sensitif lebih jelasnya larva semut tidak memiliki kaki sama sekali dan tidak dapat menjaga diri sendiri. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.

Adaptasi
Semut membentuk koloni yang bersaiz besar dengan semut-semut yang berorganisasi menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan semut. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihatan seperti berfungsi sebagai satu entiti yang bekerjasama menyokong koloni.Perbezaan antara ratu dan pekerja (dimana sama-sama betina), dan antara kasta pekerja jika ada, ditentukan pada saat pemberian makan disaat masih menjadi larva. Makanan diberikan kepada larva dengan proses yang disebut trophallaxis dimana seekor semut regurgitates makanan yang sebelumnya disimpan dalam tanaman untuk penyimpanan

Tebuan Oriental,Vespa Orientalis Morfologi


Serangga ini(tebuan tanah) adalah jenis serangga dari kumpulan himenoptera yang mempunyai sengat bersambungan dengan saluran kantung racun di segmen hujung badannya. Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengalir ke dalam tubuh mangsanya. Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan pada mangsanya bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut.Bagi tebuan tanah, mereka gemar berada pada kawasan lembah yang lembab.

Adaptasi
Habitat mereka didalam tanah ( terkadang dalam laluan denai yang kita berjalan). Apabila kita terpijak sarang, mereka akan keluar menyerang. Antara cara yang baik adalah terus berlari sejauh mungkin kerana Tebuan Tanah ini tidak akan mengejar sejauh yang melebihi dalam jarak jajahan sarang mereka. ( anggaran lebih kurang 50 meter radius )Tebuan tanah di malaysia tidak seperti saudara mereka iaitu Tebuan Afrika dan Tebuan Pembunuh( Killer Bees ). Tebuan Afrika didapati pernah mengejar mangsa sehingga beratus meter.

Ayak-ayak, Gerris Remigis Morfologi Ayak-ayak adalah serangga air yang kelihatan seperti nyamuk besar yang berjalan di atas permukaan air. Ayak-ayak boleh membesar lebih kurang 1/2 inci panjang dan bewarna coklat gelap atau hitam. Seperti semua serangga, ia mempunyai enam kaki. Mempunyai Kaki depan yang pendek, dan kaki pertengahan dan belakang adalah sangat panjang. Ayak-ayak hidup di permukaan kolam, sungai yang mengalir perlahan, paya, dan perairan lain yang tenang.

Adaptasi Ayak-ayak makan serangga yang hidup atau mati di permukaan air. Ada serangga akuatik (air) , seperti larva nyamuk , lain-lain adalah serangga daratan (tanah) , seperti rama-rama atau kumbang yang jatuh ke dalam air. Pepatung yang cedera adalah makanan kegemaran ayak-ayak, seperti cacing yang berada di dalam air. Ayak-ayak mempunyai mulut dengan muncung yang tajam, untuk menyedut jus badan daripada mangsa. Ayak-ayak mempunyai penglihatan yang sangat baik dan bergerak dengan pantas di atas air. Kaki depan ayak-ayak untuk digunakan untuk menarik mangsa . Kaki tengah menolak serangga ke hadapan, dan kaki belakang mengemudi. Bentuk kaki yang panjang dan halus dan ringan mengelakkan permukan air daripada pecah. Pada musim pembiakan, ayak-ayak berkomunikasi dengan menghantar riak air antara satu sama lain di atas permukaan air.

Belalang daun, Pterophylla camellifolia Morfologi Belalang daun merupakan spesis belalang dan cengkerik. Mereka membesar lebih dua inci panjang dan berwarna hijau. Belalang daun mempunyai sayap berbentuk bujur dengan banyak urat. Rupa bentuk mereka menyerupai daun. Belalang daun hidup dalam hutan, belukar, atau kawasan dengan banyak pokok renek atau semak. Belalang daun menghabiskan kebanyakan masa mereka di atas pokok yang banyak daun Biasanya belalang daun dapat didengari bunyinya , tetapi sukar untuk dilihat

Adaptasi
Telurnya akan menetas pada musim berikutnya dalam bentuk nymps iaitu anak belalang yang tidak membesar sepenuhnya.Nymps belalang daun makan dan membesar dan dalam masa yang sama menyalin kulitnya beberapa kali Setiap kali nymps belalang daun menyalin kulitnya ianya akan nampak lebih dewasa.setelah proses terakhir menyalin kulitnya,barulah nymps kelihatan seperti belalang daun dewasa. Apabila rasa terancam,belalang daun boleh terbang tetapi dalam jarak yang singkat. Mereka lebih gemar untuk berjalan atau memanjat dahan atau batang pokok.

Kumbang hidung panjang, Rhinotia hemistictus

Morfologi Boleh membesar sehingga 20 mm panjang. Biasa terdapat dan ditemui pada teras poko akasia yang sudah mati. Ciri luar biasa fizikalnya ialah ekor berbentuk pin,2 jaluran panjang bewarna krim dibelakang badan,warna krim terang di bawah badanya. Menggali hinggga keteras pokok yang mati.

Adaptasi Boleh ditemui pada batang pokok akasia yang telah mati di dalam teras pokok tersebut. Tidak mengira keadaan asalkan mempunyi pokok akasia, maka ianya boleh hidup dengan memakan teras kayu pokok akasia yang mati.

Anda mungkin juga menyukai