Anda di halaman 1dari 15

PENGERTIAN BUDAYA

Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pergertian: Kecergasan Fikiran dan Akal.

TAKRIFAN BUDAYA..
Budaya memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan.

TAKRIFAN BUDAYA
Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua anggota masyarakat akan menjadi amalan bersama. Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka.

KEBUDAYAAN.
Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup masyarakat yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan dapat dibahagikan kepada 2 benda iaitu: i. Kebendaan ii. Bukan Kebendaan

KEBUDAYAAN.
Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain. Namun begitu, terdapat juga beberapa persamaan yang wujud dalam masyarakat dari segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lainlain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola Kebudayaan Sejagat.

MENURUT NIK SAFIAH ..


Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat.

MENURUT KAMUS DEWAN


Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, kelakuan, dll. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

MENURUT MOHD. TAIB DAN SELO.


Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat.

MENURUT E.D. TYLOR.


Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat serta amalan kebiasaan yang lain. Ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang membawa maksud satu proses sosial yang membolehkan Budaya dan struktur sosial saling berinteraksi.

MENURUT L.A.WHITE &KROEBER


L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek, alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol. Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat. Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui Simbol serta berbentuk Material.

MENURUT MALINOWSKY.
Malinowsky (1965), dalam bukunya A Scientific Theory of Culture, mengkelaskan Budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll. Budaya secara umumnya adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.

KONSEP BUDAYA
Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

KONSEP BUDAYA
Dalam konteks pendidikan semasa, Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada Budaya masyarakat. Murid-murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi Budaya di sesebuah sekolah.

KONSEP BUDAYA
Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi unsur Budaya Rakyat Asal. Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah, diterima dalam Budaya masyarakat di Malaysia. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsi oleh semua rakyat.

CIRI CIRI BUDAYA.


Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok mempunyai ciri-ciri berikut: i. boleh dipelajari ii. boleh dikongsi iii. bersifat sejagat iv. boleh diwarisi v. sentiasa berubah vi. mempunyai unsur simbolik vii. mempunyai pandangan semesta