Anda di halaman 1dari 3

Nama:

Tarikh:

Rumpai Laut
Nazirah Rania : Kawan-kawan, mari lihat rumpai laut ini. : Kamu semua nak tahu tak, rumpai laut ialah alga samudera dan jasadnya dapat dilihat dengan jelas dari permukaan air. Kamil Yasmin : Oh begitu, Rania. Jadi terdapat berapa jenis alga di dasar laut? : Sebenarnya, terdapat tiga jenis alga samudera, iaitu alga merah, alga perang dan alga hijau, terdapat lebih kurang 2500 jenis spesies alga merah, 1000 spesies alga perang dan 900 jenis spesies alga hijau di seluruh dunia. Hamdi : Berdasarkan pencarian saya dan Wafi di laman sesawang Google, saya mendapati rumpai laut tumbuh dalam jumlah yang sangat banyak dan akan membentuk hutan di dasar laut. Hutan rumpai ini bertindak sebagai benteng untuk mengurangkan daya ombak yang memukul pantai. Wafi : Tambahan pula, organisma yang tersembunyi di celah-celah rumpai laut ini akan menjadi makanan kepada fauna yang lebih besar. Rumpai laut ini juga menjadi makanan sesetengah hidupan laut seperti muloska. Nazirah : Saya juga mendapati bahawa manusia sekarang telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut, terutamanya alga perang boleh dijadikan sebahagian diet. Cara makan rumpai laut berbeza-beza mengikut budaya masing-masing. Rania : Masyarakat Melayu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia makan alga jenis Caulerpa dan Gracilaria secara mentah-mentah. Yasmin : Manakala, saya sebagai orang Sabah, rumpai laut jenis Eucheuma pula sangat popular di kalangan masyarakat di sana. Kamil : Kamu semua mesti tahu makanan orang Jepun yang sangat popular di serata dunia iaitu sushi? Rumpai laut juga dijadikan sebagai pembungkus sushi. Wafi : Betul kata Kamil itu. Rumpai laut jenis Porphyra yang dijadikan sebagai pembungkus sushi. Hamdi : Di sana juga, rumpai laut jenis Laminaria dan Alaria dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Mereka juga menjadikan tumbuhan ini sebagai teh. Rumpai laut mengandungi beberapa vitamin,mineral dan protein yang tinggi.

Nama:

Tarikh:

Lengkapkan teka silang kata di bawah berdasarkan petunjuk yang diberikan.

PETUNJUK: Melintang 1. Alga ___________ juga dijadikan sebahagian diet. 4.____________________ merupakan alga samudera. 5.Jenis alga samudera. 3. Membentuk ________________ di dasar laut 6. Rumpai laut juga dijadikan sebagai _____________ di Jepun. 7. Makanan sesetengah hidupan laut 2.Rumpai laut terkenal di Sabah Menegak 1. Pembungkus sushi

Nama:

Tarikh:

Lengkapkan teka silang kata di bawah berdasarkan petunjuk yang diberikan.

PETUNJUK:

Melintang 1. Alga ___________ juga dijadikan sebahagian diet. 4.____________________ merupakan alga samudera. 5.Jenis alga samudera.

Menegak 1. Pembungkus sushi

2.Rumpai laut terkenal di Sabah

3. Membentuk ________________ di dasar laut

6. Rumpai laut juga dijadikan sebagai _____________ di Jepun. 7. Makanan sesetengah hidupan laut

Anda mungkin juga menyukai