Anda di halaman 1dari 8

Sejarah Komputer

Sejarah komputer bermula pada awal tahun 1940-an. Pada tahun tersebut terciptalah sebuah
komputer elektronik pertama di dunia, ia dikenali dengan nama ABC (Atanasoff and Berry
Computer). Komputer yang menempuh pencapaian yang membuka jendela komputer moden
pada hari ini dicipta oleh Atanasoff bersama rakannya Berry. Ciptaan kedua-dua sahabat ini
mengira dengan menggunakan tiub hampagas.

Pada dekad yang sama seorang lagi saintis bernama Eckert dan Mounchly berjaya mencipta
komputer yang dikenali dengan nama ENIAC (Elektronic Numerator, Integrator,Analyser dan
Computer).Malangnya tujuan utama komputer dicipta ketika itu bagi tujuan peperangan.

Saingan mencipta komputer semakin rancak apabila pada tahun 1949 terciptanya sebuah lagi
komputer. Ia dikenali dengan nama EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Computer) di
Universiti Cambridge. Berbeza dengan tujuan komputer ENIAC dicipta, komputer ini digunakan
sebagai alatan am yang beroperasi di bawah kawalan atur cara tersimpan.Atur cara tersimpan
merupakan satu set suruhan tersimpan secara dalaman yang memandu komputer dan ia
melalui langkah-langkah tertentu serta tersusun.

Selepas itu pelbagai jenis komputer dicipta dan perlumbaan mencipta komputer yang lebih
canggih semakin hebat. Pelbagai jenis komputer, jenama dan kegunaan dihasilkan hinggalah
ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai