Anda di halaman 1dari 16

A1001 Pendidikan Islam

POLITEKNIK KOTA KINABALU


JABATAN KEJURUTERAAN ELETRIK

DTK 1

( A1001 ) PENDIDIKAN ISLAM

KUMPULAN 1

No. Nama No. Matrik


01. Suhimi Bin Nain 07DTK08F1030
02. Makawaru Bin Abdul Karim 07DTK08F1033
03. Ahmad Syauqi Bin Mohammad 07DTK08F1044
04. Nur Hafiz Syafiq Bin Sahril 07DTK08F1049

NAMA PENSYARAH :
QAMARIAH BT MAKMUD
A1001 Pendidikan Islam

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha


Mengasihani”

".....barang siapa yang kafir sesudah beriman ( tidak


menerima hukum-hukum Islam ), maka hapuslah amalanya (
yang baik ) dan ia di akhirat termasuk orang-orang yang
rugi."
( Surah Al-Maidah : 5 )

“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam


agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang
suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima
amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
A1001 Pendidikan Islam

KHURAFAT DALAM
MASYARAKAT MASA
KINI
A1001 Pendidikan Islam

KHURAFAT MENYELEWENG AKIDAH.

Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-


khurafatan. Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".
Dari segi bahasa khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang membawa
erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya : kata-katanya itu
banyak bida’ah dan ~. Ia merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalam
masyararakat jahiliah pada masa lalu.
Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semua
kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran
agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan
ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul
yang diutuskan oleh Allah s.w.t.
Pada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal atau
kepercayaan yang bertentangan dengan kaedah Islamiah yang benar. Akan tetapi
selanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik, aktviti mahupun kegiatan
muamalah atau bidang-bidang yang menjadi lapangan berlaku tuntutan syariat
padanya.
Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil berat akan
perkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di dalam agama
Islam dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehingga ia telah meliputi konsep
ibadah dan kehidupan masyarakat Islam sendiri.
Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh
agama mungkin sahaja dapat dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa
bagi melakukannya. Malangnya, kerana perbuatan itu pada dasarnya menyimpang
dari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan itu adalah bersifat semu, iaitu
tidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia kerana ia
bertentangan dengan akal sihat.
Bila Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t maka khurafat
menyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara tidak langsung dan bila
Islam melapangkan bidang muamalah bagi manusia, ia cenderung pula untuk
menyempitkannya.
A1001 Pendidikan Islam

BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT

Dinaisme - Animisme
Lipatan sejarah telah memaparkan bahawa manusia yang menduduki rantau
ini memulakan keagamaan mereka dengan fahaman dinaisme-animisme.
Fahaman dinamisme ialah satu faham yang merujuk suatu kepercayaan yang
meyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi pada tumbuh-
tumbuhan, benda-benda, haiwan ataupun manusia sendiri. Contohnya ia berupa
pretasi luar biasa yang dimilik. Maka itu, lelaki yang sangat berani, kayu yang paling
kuat, pokok yang lebih besar atau banyak buahnya dipercayai mempunyai kuasa yang
lebih banyak daripada lainnya.
Manakala fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa
dan roh yang dapat mempengaruhi kepercayan akan kewujudan jiwa dan roh yang
dapat mempengaruhi alam manusia.
Seperti yang dapat kita lihat, animisme biasanya akan menonjolkan sesuatu
praktis seperti pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang
berperibadi, dengan mengharapkan perlindungan atau pertolongan bagi daripada
kuasa tersebut di mana pertolongan makhluk halus berkenaan sebenarnya adalah jin.

Pengatuh Hinduisme – Buddhaisme


Sebelum kedatangan Islam, Hinduisme dan Buddhaisme telah terlebih dahulu
tersebar di alam melayu. Disebabkan kedua-dua agama ini membawa unsur-unsur
dinaisme dan anamisme yang tersendiri maka ini telah menyuburkankan lagi fahaman
anisme dalam kalangan masyarakat.

Kedatangan Islam
Walaupun Islam agama yang cukup ketat dan tegas amalan tauhidnya, namun
cara dan pendekatan yang digunakan oleh mubaligh-mubaligh dari arab dalam proses
penyebaran agama tauhid ini ialah dalam bentuk penuh toleransi, At-tadarruj atau
beransur-ansur dan tidak mengubah, bahkan menyesuaikan sebahagian. Hal ini bagi
A1001 Pendidikan Islam

memudahkan masyarakat untuk menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
Dengan itu terwarislah elemen-elemen fahaman animisme dan Hindu-Buddha
yang terdapat di dalam adat masyarakat kita lantas bercampur-aduk dengan ajaran
Islam sehingga ke hari ini dan tidak dihapuskan. Contohnya persembahan dan jamuan
kepada roh diubah kepada kenduri tahlil dan makan bersama, adat membakar
kemenyan dan becaan mentera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara
tahlil serta dia dengan nada yang panjang dan sedih.
Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran
Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia,
termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.
Perlu diingatkan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam
ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin walaupun yang
diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih. Perkara ini dilihat
sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni kerana ia memesongkah
akidah yang menyeru pemusatan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi jika makhluk
tersebut dari golongan jin kafir. Firman Allah :

"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang


daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan
kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan
golongan jin bertambah sombong dan jahat."
( Surah Al-Jin : Ayat 6 )
A1001 Pendidikan Islam

AMALAN KHURAFAT MASIH BERTERUSAN

Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak


gejala khurafat, ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal
yang bawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa merujuknnya secara
mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta para alim ulama kerana iman
yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam
mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup serta sikap orang kita yang amat kuat
berpegang kepada adat. Buktinya peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan
mati adat.”
Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam budaya
masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering ditakutkan dengan
hantu pada malam jumaat sedangkan pada malam tersebut Allah s.w.t menurunkan
rahmat untuk semua hamba-Nya pada malam tersebut. Bahkan ada lagi satu situasi di
mana kanak-kanak takutkan dengan hantu apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapa
sahaja tidak katakan kepada anak tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itu
lebih baik dan akan memupuk semangat takut akan Maha Pencipta.
Walau bagaimanpun khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja oleh
pelakunya atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu, kelompok
dan istitusi masyarkat masa kini kerana lemahnya mereka yang bersangkutan untuk
menolak godaan khurafat atau ada maksud-maksud tertentu. Mungkin tanggungjawab
terhadap Allah s.w.t jauh lebih berat dan besar dibandingkan dengan pelanggaran-
pelanggaran lainya yang dilakukan dengan sengaja.
Khurafat secara tidak sengaja lazimnya berlaku disebabkan oleh kejahilan
pelakunya bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan oleh Islam dan terpesong dari
landasan yang benar. Namun, bagi mereka yang melakukan perbuatan khurafat ini
dengan sengaja ataupun tidak, pintu taubat masih terbuka untuk mereka asalkan
mereka mahu bertaubat.
A1001 Pendidikan Islam

BENTUK KHURAFAT.

Khurafat masih wujud di dalam masyarkat Islam sekarang, bahkan ia juga


telah muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk
perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu,
serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang
dianggap keramat mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau
sial membuang ancak bagi menghalau hantu adalah sebahagian bentuk gejala
khurafat.

Melenggang Perut.
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di
selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan
panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri
yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan
bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.
Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.
Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri
yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi.
Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah
untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu
disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah
seperti berikut:
1. Tujuh helai kain yang berlainan warna.
2. Satu gantang beras.
3. Sebiji buah kelapa.
4. Beberapa urat benang.
5. Satu batang damar.
6. Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
7. Beberapa batang lilin.
8. Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
A1001 Pendidikan Islam

9. Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.


Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat
melenggang perut seperti berikut:
Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu
secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas
lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak
kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan
secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali
dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek
daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan
memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti
bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan
jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan
atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu
lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan
ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu
ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan
sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu
tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama
dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di
dalam tepak sirih itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan
yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa
kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan
dengan pakaian yang baru dan cantik.

Temasya Mandi Safar


Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya
orang Melaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini diadakan setiap
tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Ia disambut
pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan tersebut.
A1001 Pendidikan Islam

Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi


Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan
mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana
junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat.
Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala
kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak
menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua sering
mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang
pekerjaan.
Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan,
pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut kerana dipercayai
jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.
Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah di
Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka
iaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.
Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting.
Pemilik kereta lembu yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akan
mengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akan
membanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka.
Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkan
dan disapu minyak. Di samping itu mereka akan mengumpulkan alat muzik seperti
biola, gong dan gendang bagi mengiringi mereka nanti.
Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dan
gong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akan
menyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak pantun.

Azimat
Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripada
segala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada menimbah diri
manusia. Tangkal adalah salah satu daripadanya.
Tangkal merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang tangan
yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk
A1001 Pendidikan Islam

diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan melindung dari gangguan syaitan


seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman.
Lazimnya benda-benda sebegini didapati daripada pengamal-pengamal ilmu
hitam atau sihir dan ia diyakini mempunyai kekuasatan ghaib serta memilik
khadamnya yang terdiri makhluk ghaib.
Manakala waraq pula adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf,
nombor, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis
dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat
Al-Quran. Itulah sebabnya ada golongan yang terpedaya sehingga mempercayai ia
berkaitan dengan ajaran Islam.
Jika wafaq tersebut mempunyai tulisan ayat Al-Quran maka si pemakainya
sebenarnya telah menghina Al-Quran kerana menganggap remeh ayat-ayat dalam
kitab suci itu dan ini benar-benar bertentangan dengan apa yang dimuatkan di
dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan,
bukan sebagai azimat.
Fenomena ini bertentangan dengan Islam kerana tiada daya melainkan Allah
s.w.t. Dan tentunya kita pernah mendengar ayat ini “Tidak akan berlakunya sesuatu
perkara itu melainkan dengan izin Allah s.w.t.” Perbuatan ini ditentang keras di sisi
agama islam kerana ia boleh menjerumuskan seorang individu kepada syirik.
Tambahan lagi hadis umumnya melarang azimat dan tidak disebutkan pula
pengecualiannya walaupun ada percanggahan pendapat dalam kalangan alim ulama.

SMS Atau Surat Berantai


Tercetus daripada kemajuaan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat masa
kini. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas pandang dan
tidak mengambil berat perkara ini bahawa bentuk amalan ini mempunyai unsur-unsur
khurafat yang amat halus.
Jika kita selidiki setiap surat berantai atau SMS berantai pastinya dimulakan
dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan mengingatkan kembali seseorang akan
tuntutan Islam namun sebaliknya pula di akhir helaian atau pun SMS. Contoh
pengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini :
“Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS kepada sepuluh orang ini atau
mengabaikannya, maka dia akan ditimpah kesusahan selama tujuh hari. Manakala
A1001 Pendidikan Islam

siapa yang mereka menyebarkannya pasti ada akan dilimpahi kesenangan daripada
Allah s.w.t selama tujuh minggu.”
Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya dan
menyebarkannnya kepada sepuluh orang kerana takut dengan kesusahan yang
diperkatakan itu sama ada secara terpaksa atau tidak.
Namun itu bukanlah persoalannya utamanya, persoalannya di sini mereka
yang mempercayai perkara ini telah dipesongkan akidahnya. Sama ada percaya atau
tidak, mereka yang termakan dengan ayat seperti di atas sebenar telah meletakkan
kekuasaan untuk menentukan takdir hidup mereka pada SMS atau helaian berkenaan
bukannya Allah s.w.t. Susunan ayat seperti di atas telah mengalihkan keyakinan
mereka daripada Maha Pencipta secara halus. Kemungkinan gejala terbaru ini adalah
sebahagian rancangan musuh-musuh Islam tidak boleh diambil ringan.
A1001 Pendidikan Islam

AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN


PERBUATAN KHURAFAT.

Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan


mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada
makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang
individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat
beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak
kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak
keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada-
Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah :

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon
kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehnedaki ke atas
kamu sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan
itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepada ku
adakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu
bagiku untuk segala-galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang
bertawakal.”
( Surah Al-Zumar : Ayat 38 )

Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan


syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta
dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi :

“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang


tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak
(tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
A1001 Pendidikan Islam

Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis


kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabila
merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w. Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat. Fikiran pun kolot.
Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi
mana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun
mereka dapat mengecapi nikmat dunia.
A1001 Pendidikan Islam

KESIMPULAN

Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat merupakan suatu
usaha yang mencabar. Memang benar masyarakat kita pada hari ini sudah lebih
matang berbanding dulu, tapi lebih kepada hal keduniaan, kalau tidak masakan gejala
maksiat boleh berleluasa.
Kalau masayarakat kita terus-menerus meletakkan beban untuk membanteras
gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta
Majlis Ugama Islam Sabah maka sudah pasti akan runtuhnya akidah sebahagian besar
umat Islam.
Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat boleh
dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi
menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam.
Mustahil perkara ini tidak boleh dilakukan jika Rakan Cop boleh diwujudkan di
negara kita Malaysia.
Selian itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan
gejala khurafat dengan mengadakan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
secara giat. Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan seperti
majalah Al-Islam, itu adalah lebih baik daripada tindakan sebahagian syarikat majalah
yang menerbitkan majalah seperti Mingguan Misteri yang seolah-olah meniupkan
semangat khurafat dalam masyarakat kita.
Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan. Kalau boleh
diwujudkan satu lagi perundangan berasaskan Islam di negara kita bagi menjaga
agama tauhid ini. I.S.A sahaja tidak cukup. Mungkin kita boleh mewujudkan akta
yang boleh menyabitkan seorang pengamal sihir atas kesalahan boleh memesongkan
akidah umat Islam.
Sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda amat risaukan umatnya,
jadi umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta
mengamalkan “Amar ma’aruf nahi mungkar” yang kini kian dilupakan bagi
menegakkan agama Allah di muka bumi ini. “Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri”. Wallahu’alam.
A1001 Pendidikan Islam

RUJUKAN

Buku

Ensiklopedia Islam, 1998. Malaysian Encyclopedia Research Centre.


Kamus Dewan Edisi Ke Empat, 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia Islam, 2004. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Laman Web

http://www.ashtech.com.my/adat/lenggang_perut.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Temasya_Mandi_Safar
http://nurjeehan.hadithuna.com/ilmu-akidah-perisai-utama-elak-khurafat/
http://www.scribd.com/doc/3243947/PANDANGAN-ISLAM-TERHADAP-
KHURAFAT