Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TAHUN 1 (FAKTA)

Mata Pelajaran dan Kelas : Matematik tahun 1 Bobon Tarikh : 20 September 2013 Bilangan Murid : 20 orang Tajuk : Penambahan dan Penolakan Masa : 60 minit Standard Kandungan : 2.2 Standard Pembelajaran : 2.2 Mengenal simbol (i) Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan dengan betul. Mengenalpasti simbol-simbol yang digunakan berpandukan ayat yang diberi. Bahan Bantu Belajar : Kad situasi

Fasa / Agihan Masa Fasa Perkembangan (30 minit) Wujudkan situasi/ konteks baru untuk menguji kefahaman Murid menulis ayat matematik menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan berdasarkan situasi oleh guru

Aktiviti P & P Guru membentuk empat kumpulan murid. Guru memberikan situasi yang berbezabeza kepada setiap kumpulan. Sebagai contoh : Situasi 1 : Abu mempunyai 2 batang pensel. Kemudian emak menghadiahkan Abu 3 batang pensel. Abu memberikan sebatang pensel kepada adik. Berapakah baki batang pensel yang dimiliki oleh Abu. Guru meminta setiap kumpulan untuk menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang telah diberi. Kemudian setiap kumpulan diminta untuk membentangkan ayat matematik mereka.

Catatan Nilai : bekerjasama dan membantu antara satu sama lain. Kemahiran berfikir : Menjana idea, memilih pilihan yang terbaik berdasarkan kriteria tertentu. Bahan Bantu Mengajar : Kad situasi. EMK : Kreatif 1.1.2 menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai