Anda di halaman 1dari 3

Keadaan keluarga.

Secara amnya, perkembangan bahasa kanak-kanak berstatus tinggi dan sederhana akan lebih cepat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak berstatus rendah. Selain daripada itu, perbendaharaan kata mereka juga lebih tinggi. Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak itu anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta mandapat layanan yang cukup. Manakala anak yang ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri maka perbendaharaan katanya sedikit. Alam sekitar Faktor alam sekitar berkait dapat dengan keadaan keluarga. Kanak-kanak yang membesar dalam linkungan alam sekitar yang sihat akan mendapat segala kemudahan. Kesannya mereka perkembangan bahasa mereka lebih cepat. Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak

Oleh itu, dalam mengaplikasikan perspektif ini guru perlulah mempelbagaikan teknik pengajaran dalam pemupukan perkembangan bahasa kanak -kanak dan remaja di sekolah. Dalam pengajaran, guru tersebut boleh menggunakan teknik perbahasan yang berhubungkait dengan tajuk pelajaran untuk melatih murid -murid berf ikir secara kritis dan kreatif dan melahirkan buah f ikiran dengan tepat dan teratur. Pada masa yang sama murid -murid tersebut dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai serta dapat memupuk kebolehan ber bahas dalam kalangan murid.

Istilah semantik berasal dari perkataan Yunani semantickos yang bermaksud penting; bererti. Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). \Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).

Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228) Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat

Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan(1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitubegaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanakkanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi. Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal 85 situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan

bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu.

Guru dapat mengembangkan dan memupuk kemahiran berbahasa melalui main peranan, main simbolik atau sosiodrama Menurut Vygotsky bahasa merupakan alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak juga menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak dan keperluan. Oleh hal itu, perkembangan kemahiran berbahasa kanak-kanak haruslah dijadikan salah satu objektif pembelajaran oleh guru-guru dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Menurut kajian, pelbagai cara boleh digunakan oleh para guru untuk mengembangkan dan memupuk kemahiran berbahasa kanak-kanak semasa proses P&P di dalam kelas. Antaranya ialah melalui main peranan, main simbolik atau sosiodrama. Main peranan atau pretend play merupakan salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak sejak mereka berusia 2 atau 3 tahun lagi. Oleh hal itu, tugas guru semasa di dalam bilik darjah adalah menggunakan aktiviti ini sebagai salah satu instrumen dalam aktiviti pengajaran. Sebagai contoh, seorang guru subjek Sivik & Ketatanegaraan yang ingin mengajar anak muridnya tentang nilai-nilai murni seperti kasih sayang, tolong menolong dan bekerjasama boleh menggunakan aktiviti main peranan bagi memberi gambaran kepada nak muridnya tentang apa itu kasih sayang, apa itu nilai tolong menolong dan apa itu nilai bekerjasama. Melalui aktiviti main peranan juga guru boleh mengembangkan kemahiran berbahasa kanakkanak melalui pertambahan perbendaharaan kata kanak-kanak. Semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini, peranan guru adalah sebagai fasilitator yang akan membantu kanakkanak dengan kosa kata kosa kata yang baharu. Main simbolik juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membantu perkembangan dan pemupukan kemahiran berbahasa dalam kanak-kanak semasa di dalam bilik darjah. Main simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial. Main simbolik juga termasuk sosiodrama yang melibatkan situasi-situasi tertentu seperti peranan orang dewasa dan persekitaran yang pernah dilalui atau diperhatikan oleh kanak-kanak. Menurut Christensen dan Kelly (2003), sebagaimana dipetik oleh Alice Wiggins, University of Virginia, main simbolik dapat meningkatkan penggunaan bahasa, membantu kanak-kanak mencapai pemahaman baharu dan seterusnya menghasilkan perkembangan diri serta pembelajaran yang bermakna. Semasa proses aktiviti main simbolik dilaksanakan kanak-kanak akan berinteraksi antara satu sama lain dan hal ini akan membawa kepada perkembangan bahasa yang sihat yang mana kanak-kanak akan melakukan perkongsian kosa kata yang mana mereka akan memperbetulkan bahasa antara satu sama lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih berkesan dan bermakna.