Anda di halaman 1dari 2

Penderaan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang tidak

berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak sama ada secara fizikal,


mental atau seksual Isu penderaan kanak-kanak telah menjadi topik perbicaraan
pada awal tahun 1990-an yang merupakan satu masalah yang sangat
membimbangkan masyarakat dan kerajaan.

Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak Antaranya


ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat
kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka
melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-
anak yang masih kecil memang biasa kerana mereka perlukan perhatian daripada
ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada
anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu
tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin
akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa
mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana


masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan
yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas
terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain,
sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan
sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan
sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan
perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah
dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis
rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin
disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn.
Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya
menjadi mangsa pergaduhan.

Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen


“Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.
Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga
adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak
bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita.

Tambahan pula, pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih
tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja
yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang
boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal
mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
Kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk
menbendung berlakunya kes penderaan kanak- kanak. Hal ini kerana perbuatan
sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada
masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak
merupakan amanah Tuhan yang sangat suci.. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita
untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka
selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil
mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-
anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan
mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti. Nilai murni
yang boleh dipelajari dari esei ini ialah nilai bertanggungjawab, toleransi, kasih
sayang, kasih sayang terhadap keluarga, melindungi hak kanak-kanak dan niali
rasional.