Anda di halaman 1dari 11

Lombong Bijih Timah Terdalam Di Dunia

Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing dibuka dalam tahun 1868 oleh Lim Ah Sam (Baba Assam).
Pada tahun 1887 ianya diusahakan secara intensif oleh Syarikat The Pahang Corporation Limited.
Syarikat ini telah ditutup pada tahun 1896 dan digantikan pula oleh Syarikat Peterson Simon sehingga
tahun 1901. Pada Julai 1906, pengurusan lombong ini diambil alih pula oleh Pahang Consolidated Co.
Limited sehingga tahun 1942. Kemudiannya di kendalikan pula oleh Syarikat Pahang Investment Public
Limited Co., yang kemudiannya ditutup pafa bulan September 1986 hinggalah ke hari ini. Ianya adalah
merupakan lombong bijih timah yang terdalam di dunia dengan kedalaman mencecah ke 2,400 kaki dan
pernah mempunyai pekerja seramai 4,000 orang pada satu ketika. Hasil bijih dari Sungai Lembing ini
dibawa ke Pasir Kemudi dengan keretapi. Kemudian di angkut dengan kapal asap ke Kuantan untuk
dieksport ke Singapura.
UMPAMA memasuki bilik kecil yang dipasang penghawa dingin 24 jam tanpa henti, begitulah
sejuknya udara di dalam terowong bijih timah ketika memasuki bekas lombong di Sungai
Lembing, Pahang, kira-kira 40 kilometer dari Kuantan.
Tanggapan awal mungkin suhu di dalam lombong itu panas disebabkan kedudukannya jauh ke
dalam bukit dan ke dalam tanah jauh meleset kerana kawasan perlombongan yang wujud sejak
lebih 100 tahun dulu sebenarnya sudah dilengkapi sistem penghawa dingin menggunakan alam
semula jadi.
Beberapa lubang angin yang disalut konkrit di dalam terowong itu masih kukuh dan sama sejak
dikorek lebih 100 tahun dulu. Saiznya yang boleh memuatkan badan orang dewasa menghala ke
puncak bukit sudah membayangkan bagaimana sistem itu berfungsi.
Lubang angin itu disambungkan ke terowong utama di permukaan sebelum disambungkan ke
terowong menegak ke bawah tanah. Ia bertujuan memastikan udara panas di dalam terowong
sentiasa bertukar ganti dengan udara baru yang masuk secara automatik melalui lubang di
puncak bukit.
Jika sistem pengudaraan di dalamnya teruk, sudah pasti beribu pelombong yang bekerja di situ
akan sesak nafas. Situasi sekarang jauh berbeza kerana ada pelombong dibekalkan tabung
oksigen bagi kes kecemasan tetapi kemudahan itu masih belum wujud pada ketika itu.
Kayu yang digunakan sebagai penahan hakisan di terowong daripada jenis kayu cengal juga
masih kukuh dan menurut beberapa bekas pelombong, kayu itu masih boleh bertahan hingga 50
tahun lagi.

Lokomotif membawa bijih keluar dari lombong.


Satu fakta penting ialah Sungai Lembing adalah bekas lombong tertua, terpanjang dan paling
dalam di dunia pada waktu itu, iaitu sedalam 971 meter (2,400 kaki). Sehingga tahun 1915,
keseluruhan kawasan pembangunan meliputi kawasan seluas 40 batu dan lombong paling dalam
iaitu ‘Nicholsons Shaft’ telah sampai ke aras 12,000 kaki dari permukaan.
Mungkin ramai yang beranggapan hanya terdapat satu lombong bijih timah di Sungai Lembing
yang dikendalikan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), hakikatnya dalam
lingkungan lapan batu persegi Sungai Lembing terdapat sembilan lombong berasingan.
Jika diambil kira jarak perjalanan jalan darat dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang,
dianggarkan lebih 300 kilometer (km). Ini bermakna, sejak lebih 100 tahun dulu, sudah ada
laluan terowong bawah tanah yang sama panjangnya dengan laluan itu yang berpangkalan di
Sungai Lembing.
Ketika ini, jika memasuki bekas tapak lombong yang terletak di kawasan bukit, pengunjung akan
menemui dua pintu masuk dipanggil Muka Lombong yang turut menempatkan bekas tapak
rumah jurutera di atasnya tetapi laluan itu ditutup kerana dianggap tidak selamat.
Bersebelahan dengannya terdapat bekas bilik kecil di dalam bukit yang menempatkan ruangan
mengisi granit, sejenis bahan letupan memecahkan batuan. Bilik itu juga mempunyai satu sistem
lubang angin dan mempunyai dua lapisan pintu bagi tujuan keselamatan.
Agak menyedihkan, ketika ini, bekas lombong yang pernah menjadi lubuk rezeki kepada lebih
30,000 pekerja, penduduk tempatan dan sekitar kawasan itu boleh dikatakan tidak terjaga
sepenuhnya. Cuma tinggal sebuah muzium, tinggalan bangunan lama, bekas tapak kilang yang
hampir musnah dan rumah kongsi serta deretan kedai lama.
Ketika zaman kegemilangan perlombongan bermula tahun 1886 selepas orang Eropah menguasai
aktiviti di situ, British telah merancang bandar Sungai Lembing dengan sempurna termasuk
menyediakan hospital muatan 85 katil pesakit, wad bersalin dan kanak-kanak.
Pada 1966, kira-kira 85,000 pesakit luar mendapatkan rawatan di hospital itu termasuk bukan
kakitangan syarikat. Rumah kongsi dibina untuk kakitangan dan bekalan air serta elektrik
disediakan dengan sempurna dan percuma.
Pada 1948, sebuah sekolah rendah Inggeris, sekolah menengah Inggeris dan sebuah sekolah
persendirian Cina dibina oleh syarikat bagi menampung kira-kira 2,000 orang murid di situ,
bahkan di era kemuncaknya sekitar 1950-an hingga awal 1980-an, pekan Sungai Lembing
mempunyai lebih 40 deretan bangunan kedai yang sentiasa sibuk dengan kegiatan harian.
Pekan itu menjadi pusat perdagangan dan perniagaan terpenting di Pahang ketika itu dengan
menjual pelbagai barangan keperluan, termasuk barangan bebas cukai. Tinggalan sejarah
menggambarkan kepentingan bandar ini di zaman kegemilangannya. Kepentingan bandar ini
mewujudkan satu sistem pengangkutan yang baik dengan bandar Kuantan.
Berdasarkan situasi sekarang, yang ada cuma deretan kedai lama yang masih dikekalkan sebagai
tarikan sejarah manakala bekas tapak kilang langsung tidak terurus. Laluan masuk melalui ‘muka
lombong’ disahkan tidak selamat dan pelawat terutama pengkaji dan pihak berkuasa tempatan
hanya dibenarkan masuk melalui pintu belakang.
Agak menyedihkan, tinggalan itu termasuk bekas generator menjana kuasa elektrik untuk seluruh
bandar Sungai Lembing dibiarkan begitu saja, bangunan kilang masih kukuh tetapi tidak
mustahil dalam tempoh 10 tahun, ia akan terbenam dalam runtuhan kerana kedudukannya di
lereng bukit terdedah kepada hakisan.
Ia sepatutnya dijaga dan dijadikan tarikan pelancongan, bukan setakat melihat kesan tinggalan di
muzium tetapi lebih menarik jika pengunjung dibawa masuk ke dalam terowong dengan
kemudahan asas seperti bekalan elektrik disambung ke dalam laluan.
Info: 9 lombong di Sungai Lembing.
• Lombong Willinks: paling besar dan penting, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: i.
Willinks Kabang, ii. Willinks Simons dan iii. Willinks Myah
• Lombong Gunung.
• Lombong Pollocks.
• Lombong Teagues.
• Lombong Jeram Batang.
• Lombong Semeliang.
• Lombong Lama Gagak.
• Lombong Creek Gakak.
• Lombong Watet Fall.
• Lombong Hiltop.
Lombong ini dihubungkan dengan Sungai Lembing melalui jalan raya dan jalan kereta api.
Lombong bijih tinggal nostalgia
SELEPAS Perang Dunia Kedua, beberapa perkembangan drastik berlaku di Tanah Melayu
termasuk pengisytiharan kemerdekaan pada 1957. Pajakan lombong di Sungai Lembing juga
berakhir pada 1968.
Satu perundingan dijalankan antara Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dengan
Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk mendapatkan satu pajakan baru dan PCCL berjaya
mendapat satu konsesi baru selama 21 tahun bermula 1 Julai 1965.
PCCL terus menjalankan operasinya dengan memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti
pemodenan ‘rumah kuasa’, memperbaiki sistem aliran udara, menggunakan pam yang lebih baik
dan kabel elektrik bertekanan tinggi.
Bagaimanapun, pada 1987 operasi perlombongan diberhentikan secara rasmi akibat kejatuhan
harga bijih timah dunia.
Akibat penutupan itu, penduduk mula berhijrah dan bermulalah detik Sungai Lembing menjadi
sebuah bandar yang sunyi. Ia banyak mengubah wajah dan suasana, daripada sebuah pekan yang
sibuk kepada sebuah pekan yang sepi.
Kemegahan Sungai Lembing yang dulunya dikenali sebagai pekan termoden hanya tinggal
nostalgia dan menjadi kenangan kepada bekas pekerja lombong bijih timah dan penduduk asal
kawasan ini.
Kini, Kerajaan Pahang berusaha membangunkan kembali bandar Sungai Lembing menjadi
Bandar Warisan yang bakal memberikan tarikan kepada pelancong. Ini disebabkan bandar ini
banyak meninggalkan kesan sejarah dalam aktiviti perlombongan bijih timah.
Ketua Unit Pengurusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Sungai Lembing, Ishak Zaidin,
berkata secara keseluruhannya, taraf perkhidmatan sosial, awam dan kemudahan infrastruktur
agak rendah dan tiada pengurusan yang rapi sejak kegiatan perlombongan Sungai Lembing
ditutup.
“Semua kemudahan ini memerlukan peningkatan dan pembaikan semula supaya bandar Sungai
Lembing boleh dijadikan sebagai satu kawasan kediaman selesa. Penutupan aktiviti
perlombongan bukan saja membekukan pembangunan infrastruktur malah ia juga menjadi punca
kawasan ini terabai.
“MPK menjadikan kawasan Sungai Lembing sebagai zon pelancongan yang berasaskan
‘Historical Park’ kerana terdapat banyak bekas lombong bijih timah dan terowong lama. Ia
memang dalam perancangan kita menghidupkan semula bandar ini,” katanya.
Ketika Berita Minggu memasuki kawasan itu, laluan utama ke bandar itu juga sedang dibina
sebuah pintu gerbang sebagai mercu tanda pengunjung sebenarnya memasuki kawasan yang
pernah tercatat dalam sejarah dunia.
Selain itu, MPK juga merancang menjadikan Sungai Lembing sebagai kawasan Pusat
Pertumbuhan Utara Pantai Timur menjelang 2020.
Bekas pekerja lombong, Mohamad Sharif Mohamad, 60, dan rakannya, Mohamadd Din Ibrahim,
63, menyifatkan Sungai Lembing sebagai ‘Pekan Kecil Bertamadun’ dan menyimpan seribu
kenangan kepada mereka dan penduduk tempatan.
Mohammad Sharif berkata, terlalu berat membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain
selepas lombong ditutup kerana hatinya sudah jatuh cinta dengan kenangan, kemeriahan,
kebanggaan sebagai penghuni di situ.
Info: Kaedah perlombongan Sungai Lembing
• Melombong bawah tanah dijalankan secara menggerudi batuan menggunakan
bahan letupan. Kaedah ‘cut and fill’ paling lazim digunakan.
• Lokomotif berkuasa bateri dan diesel digunakan menarik gerabak berisi ketulan
batu ke kilang memproses terletak berhampiran kawasan lombong.
• Pusat stesen kuasa yang terletak berhampiran dengan Lombong Willinks
mempunyai enam set jana kuasa enjin diesel dan setiap satu unit berkuasa 1,500
kuasa kuda.
• Kilang pemprosesan syarikat PCCL mempunyai lapan dandang stim berkuasa
1,515 kuasa kuda, enam peratus daripada kuasa elektrik digunakan untuk
mengepam air dari lombong Willinks dan Myah.
• Stesen mengepam air mempunyai enam buah pam yang berkuasa 350 kuasa kuda
yang mampu mengepam sebanyak 600 gelen air seminit pada paras setinggi 385.5
meter.
Sungai Lembing
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sungai Lembing terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur.
Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang
yang lebar itu. Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau ditepi Sungai Kenau.
Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan
Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.

Isi kandungan
[sorok]
• 1 Sejarah ringkas
• 2 Muzium Sungai Lembing
• 3 Terowong bawah tanah
• 4 Ekonomi
• 5 Rujukan

[sunting] Sejarah ringkas


1920 - 1950 Sungai Lembing menjadi pengeluar bijih timah utama negeri Pahang Darul
Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kelau bagaikan el Dorado
yang popular itu. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang
Consolidated Company Limited. Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong
lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri
daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih
timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah
lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia.
Para pekerja Pahang Consolidated Company Ltd diberikan peluang membeli-belah barangan
import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan kasut Clarks dan jauh lebih murah
berbanding di Kuantan. Sebuah panggung wayang dibina sebagai hiburan dan berpeluang
menonton filem dari Britain dan Hollywood. Kini panggung wayang itu telah ditukar menjadi
dewan orang ramai. Antara yang pernah tinggal di sini ialah Menteri Penerangan Malaysia,
Datuk Ahmad Shabery Cheek .[1]
[sunting] Muzium Sungai Lembing
• 2001 mula dibuka kepada pengunjung. Luas kawasan muzium ini 2.235 hektar.
• 1906-1986 Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang
Consolidated Company Limited (PCCL).
• 1911 Bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium
ini menghadap Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan senibina kolonial. Asalnya hanya
beratapkan daun nipah dan menggunakan kulit-kulit kayu.
• 1941-1945 pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun.
• Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti
mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang
khususnya .
• Antara yang menarik ialah diorama dalam lombong bawah tanah dengan cahaya suram,
suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong
bawah tanah.
• Pelombong ketika itu terpaksa menggunakan topi keselamatan, lampu kabaid dan lampu
berkuasa bateri sahaja. Keberanian bekerja dalam terowong amat penting. Keselamatan
menjadi perkara kedua.
[sunting] Terowong bawah tanah
Terowong bawah tanah atau 'pengkang' dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan
letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dulu mengkaji
kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti
perlombongan akan terus beroperasi.
Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke bawah dasar bumi
manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak di antara setiap
tingkat adalah lebih kurang 30 meter.
Pengunjung biasa tidak dibenarkan mengunjungi terowong kerana terowong bawah tanah di
Sungai Lembing itu tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama
ditinggalkan, ditenggelami air dan boleh runtuh pada bila-bila masa.
Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar itu
dianggap luar biasa dan mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang meninggal dunia
ketika membina terowong dan mencari gali bijih.
[sunting] Ekonomi
Selain kemudahan asas, di kawasan Sungai Lembing terdapat ladang sawit yang menggantikan
tanaman getah.
MENDULANG (MELANDA)

Mendulang atau melanda merupakan satu daripada beberapa cara yang ulung untuk
mendapatkan mineral-mineral dan bumi. Di Semenanjung Malaysia, lesen-lesen melanda
hanya diberikan kepada kaum wanita. Kira-kira 350,000 kilogram timah pekat dapat dilanda
oleh pelanda-pelanda setiap bulan.

Dulang-dulang juga digunakan apabila menyelidiki tanah dalam usaha mencari timah bagi
mengasingkan timah pekat dan lain-lain bahan dalam tanah yang sedang diselidiki untuk
menentukan sama ada ekonomik untuk melombong timah di situ.

Mendulang adalah cara terulung melombong timah pekat dan dasar-dasar pantai atau
sungai dan kawasan-kawasan "tailings". Bijih timah (pekat) yang lebih berat tinggal di dalam
dulang, sementara lumpur dan tanah berputar dengan air dan melimpah keluar dan pinggir
dulang.

GubukTimah

Bijih timah yang digali dan lombong itu diangkut ke loji penapisan atau lebih dikenali
sebagal gubuk timah di mana ia diproses dengan lebih lanjut lagi untuk meninggikan
kepadatan timah. Bijih timah tersebut dibasuh dan diasingkan dan lain-lain mineral yang ada
bersama seperti ilmenit, yang dikenali setempat sebagai amang, dan kolumbit, monazit dan
zirkon sebelum diisi ke dalam beg-beg khasnya.

Peleburan

Melebur ialah satu proses di mana bijih timah yang sebenarnya Oksida Timah itu,
dipanaskan dan timah bersihnya dipisahkan. Ini dilakukan di dalam relau dan proses
melebur itu memerlukan bukan saja bijih timah tetapi juga bahan api dan arang batu serta
batu kapur. Di Malaysia terdapat jumlah batu kapur yang secukupnya tetapi bukan bahanapi
dan arang batu yang akhirnya harus diimport. Bijih timah dibawa dari lombong ke relau
peleburan. Sebuah tempat peleburan seperti ini terdapat di Malaysia terletak amat
berhampiran sekali dengan pelabuhan utama Pulau Pinang untuk mengurangkan kos
pengangkutan. Selepas peleburan petak-petak besar timah pekat yang disebut jongkong itu
dieksport ke bahagian-bahagian lain dunia terutamanya England dan Amerika Syarikat. Di
sana kebanyakan dan timah itu diproses menjadi plat timah dan bekas-bekas untuk
menyimpan buah-buahan dan sayur-mayur diperbuat.

Mencarigali timah

Sebelum sesuatu keputusan dicapai sama ada akan membuka lombong timah atau tidak
kawasan berkenaan harus diselidik dulu dan kerja-kerja menggerudi tanah dilakukan untuk
mengetahui kadar bijih timah dalam tanah di kawasan tersebut dan menganggarkan sama
ada operasi-operasi melombong dijangka boleh menguntungkan.

Contoh-contoh tanah yang di bawah permukaan bumi itu akan diperolehi di dalam sebuah
tabung kosong yang berada di dalam alat menggerudi melalul injap satu-hala.
Alat menggerudi tanah itu dihentak jauh ke datam tanah dan dan contoh-contoh tanah yang
dilintasi oleh alat menggerudi itu, peratus bijih timah dalam satu ela padu (0.76 meter padu)
tanah dapat dihitung.

Sekiranya terdapat bijih timah yang mencukupi yang boleh menguntungkan jika dilombong
hash dan penggerudian awalan itu maka, kawasan berkenaan akan digerudi dengan lebih
kerap dan secara sistematik lagi pada jarak-jarak yang Iebih dekat lagi, untuk
menganggarkan isi timah di seluruh kawasan tersebut dan untuk mendapatkan satu
penilaian yang tepat dan mana kos-kos dan keuntungan-keuntungan melombong kelak
dapat dianggarkan pula.

Ada dua cara mencarigari timah iaitu dengan menggerudi cara bank dan mekanik.

Kegunaan utama timah

Plat timah Kaleng Makanan

Bekas tanpa tutup dan am; kaleng makanan binatang peliharaan.

Untuk minyak, bahan kimia, cat, kosmetik dan keluaran lain yang bukan makanan.

Tutup skru, tutup pulas, gabus penutup dan lain-lain.

Kereta, penggunaan radio dan elektrik; meter gas; kejuruteraan ringan am dan kerja
percetakan

Kelengkapan dapur dan tenusu; papan tanda peragaan dan pengiklanan; barang mainan.

Kelengkapan memproses makanan dan pengangkutan; ke!engkapan memanas air dan


perkakas dapur; kelengkapan elektrik dan elektronik; tanda harga, mata kancing dan
pengikat; wayer keluli dan tembaga, piston dan bahagian pam.

Kelengkapan elektrik dan elektronik; pemadam api; kelengkapan gas dan tangki bahan api;
plat sadur timah.

Barang-barang kelontong; perkakas dapur dan perhiasan, salutan-dalam bagi salutan-


satutan logam lain.

Komponen alatan dan radas; barang-barang kelontong; pemantul; litar tercetak.

Kelengkapan hidraulik; kelengkapan elektrik; komponen kereta dan motorsikal; pemadam


api.

Keranjang; paip; tiub boleh kempes; fius; kaji logam serbuk. Industri elektrik dan elektronik;
bekas logam; kerja paip; radiator kereta dan penukar haba; semua kerja menyambung
logam.

Kejuruteraan laut kimia dan am; bearing dan busy; pam; alatan muzik; sen bina; duit syiling.
Bearing dan busy; barang kemas tiruan; tuangan kejituan; paip organ; piuter dan kerja seni.

Alat renjis; penggera dan keselamatan; alat pateri takat lebur rendah; tutup logam; industri
tekstil; perkakas cetak; acuan. Bearing; tuangan pam.

Perlitik; besi tahan haus dan haba.

Logam percetakan dan tuangan acuan; abi pergigian, abi

logam nadir.

Kaca apung; sebatian kedap; sistem rintangan pengoksidaan. Mangkin dan agen penurunan;
pelegap dan pewarna; elektro mendapan; ubat veterinar; penyaduran dengan perak; salutan
kaca; ubat gig dan sabun.

Mangkin ; penstabil; racun kulat; racun serangga; disinfektan; perantaraan kimia

Keistimewaan timah kepada Ekonomi Malaysia kita

Seperti yang telah disebut terdahulu , banyak dan pusat-pusat bandar di negeri-negeri
pantai barat di Semenanjung dapat membangun akibat dari industri pertombongan.
Sehingga akhir-akhir in eksport mineral-mineral merupakan satu dari dua hasil pendapatan
utama pertukaran wang asing bagi negara ini dan menjadi punca pendapatan yang amat
mustahak bag Kerajaan, jauh melebihi dari agihan sejajarnya di dalam Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDN K). Industri timah sahaja menyumbangkan sejumlah $5,465.3 juta dari
tahun 1898 hingga 1983 kepada Kerajaan Malaysia, melalui bayaran duti eksport ke atas
timah padat. Hari ini, eksport mineral-mineral masih memainkan peranan penting walaupun
kemajuan-kemajuan kebelakangan ini telah membolehkan industri-industri lain mendahului
industri mineral dalam sumbangannya terhadap ekonomi negara.

Oleh sebab industri perlombongan bukanlah satu industri yang memerlukan ramai buruh,
maka sumbangannya terhadap arena pekerjaan agak kecil sedikit. Pada akhir tahun 1981,
sejumlah kira-kira 35,198 orang adalah pekerja-pekerja Iangsung kepada syarikat-syarikat
perlombongan timah berbanding dengan angka jumlah pekerjaan sebanyak kira-kira 5.3 juta
bagi seluruh negara. Bagaimanapun, angka 35,198 ini tidak termasuk bilangan besar
pekerja-pekerja yang diambil oleh kontraktor-kontraktor yang mengendalikan kerja-kerja
pengautan tanah yang luas, pembinaan dan kerja-kerja mencarigali timah dalam industri
perlombongan. Tambahan pula, ia tidak meliputi pekerjaan yang disediakan oleh syarikat-
syarikat melebur timah, kilang-kilang penuangan besi, pusat-pusat pembilasan amang,
pusat-pusat kerja kejuruteraan, perunding-perunding perlombongan, syarikat-syarikat
pengurusan, pembekal-pembekal peralatan dan lain-lain pertubuhan yang memberi khidmat
kepada industri ini. Maka adalah munasabah untuk menganggap bahawa jumlah pekerjaan
yang disediakan secara langsung dan tidak langsung oleh industri perlombongan sahaja
melebihi 100,000. Perlu dingat bahawa di samping kebanyakan daripada pekerja-pekerja
tinggal di pusat-pusat perlombongan yang utama atau yang berhampiran dengannya, maka
sebarang gangguan besar dalam industri perlombongan akan mengakibatkan masalah-
masalah sosial dan ekonomi yang besar di kawasan-kawasan berkenaan.
Pekerjaan yang disediakan oleh industri perlombongan juga penting dalam erti kata ia
merupakan satu-satunya dan hanya beberapa jenis pekerjaan berbentuk industri yang boleh
membantu menyekat penghijrahan masyarakat luar bandar ke pusat-pusat bandar dalam
usaha mereka untuk mendapat pekerjaan. Perlombongan kebiasaannya wujud di kawasan-
kawasan luar bandar atau separuh luar bandar dan, oleh sebab itu memberikan sumbangan
yang penting kepada pekerjaan luar bandar.

Di samping menyediakan pertukaran wang asing dan pekerjaan kepada negara, industri
perlombongan juga telah memajukan satu tahap teknologi yang agak besar di dalam negara
mi. Pekerja-pekerja dalam industri mi dan lain-lain industri sampingannya seolah-olah
menunjukkan satu tahap kemahiran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan industri-
industri yang sama di kebanyakan negara-negara yang lain. Lagipun, Malaysia telah dan
masih lagi berterusan diiktiraf sebagai jagoh di dunia in dalam bidang perlombongan timah
aluvium dan industri perlombongan Malaysia masih kekal dalam kemampuan untuk
mendapatkan timah dan muka buminya dengan tahap kos yang jauh lebih rendah dan apa
yang dialami oleh rakan-rakan sejawatnya di negara-negara lain.

Anda mungkin juga menyukai