Anda di halaman 1dari 22

LOGAM FERUS DAN LOGAM BUKAN FERUS

Logam yang mengandungi unsur besi logam lebih kuat ,tahan lasak, ekonomi dan murah Terbahagi kpd 3 jenis iaitu besi tuang, besi tempawan dan keluli. di proses daripada bijih besi - besi oksida, sulfida, klorida, silikat dan karbonat. proses: melombong, membersih bijih, mengeluarkan besi daripada bijih dan menulenkan besi.

Jenis-Jenis Besi Tuang Merupakan leburan logam cair yang dituang ke dalam satu bentuk acuan yang disediakan. Mempunyai ciri-ciri mekanikal berbeza berbanding dengan yang tanpa melalui proses ini. Besi tuang aloi (susah ditempa), besi tuang putih (sangat kuat dan rapuh), besi tuang kelabu (kekuatan lebih rendah tetapi lebih mulur). Dengan penambahan logam asing: 0.5% - 3% nikel- meningkatkan kekuatannya.

Berwarna kelabuan di permukaan rekahnya akibat kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang tinggi melebihi keluli. Ia digunakan dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif seperti blok enjin kereta.

Apabila pecah akan kelihatan berwarna keputihan Sangat sukar dimesin kerana peratus karbida yang tinggi tetapi boleh dicanai. Juga dinamai logam dingin. Bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras. Ia digunakan untuk membat roda kereta api.

Kecacatan Besi Tuang


Besi ini kebiasaannya wujud kecacatan i. Gelembong-gelembong terperangkap ketika proses penyejukan. ii. Mengalami rekahan. iii. Berlaku pengasingan benda asing ke dalam kelompok-kelompok - melemahkan/ merapuhkan besi.

Besi Tempa (Wrought Iron) Besi paling tulen dihasilkan dengan kandungan karbon kurang daripada 0.12%. Sifat mekanik : kemuluran Antara kegunaanya untuk membuat takal dan penyangkuk kren.

Sifat-sifat Besi Tempa

Kemuluran sangat tinggi- pemanjangan 25% 30% panjang asal sebelum gagal. senang dikerjakan, mudah kimpal. Tahan hentaman dan tahan kakisan

Keluli (Steels)
logam ferus (besi) yang mengandungi karbon antara 0.12% - 1.8% dan beberapa unsur lain bagi meningkatkan mutunya. Keluli karbon rendah (0.12% - 0.30%) keluli karbon sederhana (0.30% - 0.80%) keluli karbon tinggi (0.80% - 1.50%) Perbezaan karbon ~ logam-logam ini berbeza ciricirinya unsur lain: silikon, fosforus, mangganam membantu meningkatkan kekuatan muktamad, menjadi lebih keras.

Keluli Aloi Gabungan keluli dengan logam lain. Sifat mekanik: kekuatan dan kemuluran Amat sesuai untuk menerima bebanan, hentaman dan tegasan yang tinggi. Contoh keluli aloi: keluli nikel, keluli kromium

LOGAM BUKAN FERUS Logam yang tidak mengandungi karbon dalam struktur jisimnya Untuk tujuan pembinaan, banyak digunakan dalam pembinaan tingkap, pintu, kemasan lantai, peralatan ruang dapur, ruang tamu dll Empat jenis yang utama, Aluminium, Kuprum, Loyang dan Gangsa

Aluminium
logam lain daripada besi yang banyak digunakan dalam industri pembinaan. logam ini digunakan dalam bentuk aloi dengan kuprum, magnesium, zink, silikon, dan mangganam. kebaikannya ialah lebih ringan dan lebih menarik tetapi masalahnya mudah diserang asid, alkali dan larutan garam serta mudah terbentuk lapisan nipis aluminium oksida di permukaan. Digunakan dalam industri pembinaan kapal terbang, peralatan memasak dan bekas makanan.

Merupakan logam penting dlm kerja kejuruteraan Bahan utama industri elektrik Mempunyai sifat keberaliran elektrik dan haba yang tinggi serta mampu merintangi kakisan.

Terhasil daripada campuran kuprum dengan zink. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya. Jenis loyang bergantung kepada peratus komposisi zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil . Mempunyai sifat kemuluran yang tinggi dan keberaliran haba yang baik.

Unsur aloi yang utama ialah kuprum, zink dan timah. Sifat kekerasan dan pengalir elektrik yang baik. Ia digunakan untuk membuat galas bebola dan gear.

Merupakan bahan yng tidak mengandungi unsur logam di dalamnya Wujud dalam bentuk gas, cecair dan pepejal. Merupakan penebat haba yang baik,

Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Secara semulajadinya plastik diperoleh daripada pemprosesan arang, petroleum ataupun tumbuhan sehingga terhasilnya sifat plastik apabila dipanaskan. Boleh didapati secara sintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan bahan atau unsur lain untuk menghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan.

Kaca diperbuat daripada silicon dioksida Merupakan sebatian kimia serupa dengan kuarza dalam bentuk polihabluran,pasir. Gentian kaca dihasilkan dengan menggerakkan kaca lebur melalui lubang lubang kecil dan menariknya keluar mengikut saiz yang dikehendaki. Banyak digunakan sebagai penebat dalam proses pembinaan.

Dihasilkan apabila dua atau bahan yang berbeza di sambungkan atau di ikat samaada secara mekanikal atau metalurgi utk mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal.

Bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa Bahan paling biasa digunakanadalah pulpa kayu daripada kayu pulpa. ( kayu lembut ). Ianya seperti gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.

Bahan semulajadi yang dihasilkan daripada susu getah ( kulit pokok getah ) Getah diasingkan secara pembekuan menggunakan asid formik atau asid asetik. Susu getah ditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapai kepekatan sebelum di campur dengan asid. Getah beku digelek menjadi kepingan nipis. Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifat-sifatnya.

Anda mungkin juga menyukai