Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan : 5 Nama Guru : 1. Puan Nor Aini Bt Hassan 2.

Puan Yanti Bt Mat Amin Matapelajaran : Sains Tingkatan 5 Tajuk : Prinsip hidraulik sistem Objektif : Murid dapat 1. Menyatakan prinsip pemindahan tekanan dalam cecair 2. Menghubungkaitkan tekanan pada piston kecil dengan tekanan pada piston besar dalam sistem hidraulik 3. Menerangkan kesan pemindahan tekanan dalam cecair 4. Menyelesaikan masalah pengiraan berkaitan dengan pemindahan tekanan oelh cecair 5. Menerangkan dengan contoh aplikasi sitem hidraulik dalam kehidupan harian

Langkah 1. Set Induksi

Aktiviti Guru menyoal pelajar : 1. Pernah kah kamu pergi ke bengkel kereta? 2. Bagaimana mekanik menukar minyak hitam kereta? (L) Guru menggunakan Pascals Ball untuk menunujukkan tekanan dalam cecair 3. Mengapa air keluar dari semua lubang yang ada pada Pascals Ball (L) 4. Mengapa air keluar dengan jarak yang sama? (H) 5. Bagaimana kelajuan air yang keluar dari semua lubang tersebut? (H) Guru menerangkan Prinsip Pascal Guru menerangkan Prinsip Pascal digunakan dalam sistem hidraulik. Guru mengaitkan semula persoalan pada bahagian set induksi bahawa hidraulik sistem digunakan oleh mekanik untuk menaikkan kereta dan menukar minyak hitam. Guru bertanya kepada pelajar: 6. Mengapa dengan hanya menekan suis, kereta dapat dinaikkan iaitu dengan menggunakan daya yang kecil dapat menaikkan kereta yang besar?(H)

BBM

2. Imaginasi

Pascals Ball

3. Perkembangan

Kertas sebak

7. Apakah cecair yang digunakan dalam hidraulik sistem? (L) 8. Mengapa minyak digunakan dalam sistem hidraulik dan bukan air? (H) 9. Apakah formula tekanan yang telah dipelajari? (L) 10. Bagaimana nilai tekanan dapat dipindahkan dalam sistem hidraulik? (H) Guru menunjukkan sistem hidraulik berfungsi. Guru menyoal pelajar: Bagaimana daya yang kecil dapat menghasilkan daya yang besar sehingga boleh menaikkan kereta.(H) Guru menyatakan bahawa tekanan yang dipindahkan adalah sama di kedua- dua piston dengan formula : P 1 = P2 A1 A2 Guru menerangkan tentang aplikasi sitem hidraulik dan meminta pelajar untuk memberikan contoh contoh lain yang menggunakan sistem hidraulik dalam kehidupan seharian. Guru memberikan soalan untuk menilai tahap kefahaman pelajar

4. Tindakan

Lembaran soalan

Sistem hidraulik mempunyai piston yang kecil dan besar dengan keluasan masing- masing 10 cm2 dan 100 cm2. Daya 500 N dihasilkan dari piston yang kecil. Kirakan, 1. Tekanan yang dipindahkan dalam sistem hidraulik 2. Dayayang bertindak ke atas piston yang kecil 3. Berapa kali pembesaran daya yang terdapat dalam sistem hidraulik ini?

Anda mungkin juga menyukai