Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD AZIM BIN SAHABUDDIN PISMP 6.

08 REFLEKSI

Berdasarkan seminar yang telah dijalankan , terdapat beberapa pelajaran baru yang telah saya terima. Apa yang telah saya pelajari amat bernilai dalam membentuk jiwa guru yang berkualiti dan berintegrasi. Dengan ini, ia dapat dilaksanakan apabila tiba di alam persekolahan kelak. Saya mempelajari nilai-nilai yang wajib ada sebagai seorang guru. Antaranya seperti nilai rajin, gigih dan bersemangat dalam melaksanakan tugas. Nilai-nilai ini amat penting kerana ia menunjukkan siapakah seseorang guru itu. Andai seseorang guru itu bersikap malas dan tidak komited, maka ia hanya menggagalkan sesebuah rancangan disamping dibenci oleh warga sekolah yang lain. Oleh itu, guru perlu mempunyai semua nilai-nilai dan sikap-sikap yang baik serta disenangi masyarakat. Maka dengan ini peranan guru sebagai ejen perubahan masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Dengan ini, saya akan menerapkan semua nilai yang ditekankan bagi menjadi pendidik yang baik. Kini apa yang saya rasa ialah lebih bersemangat dalam menjadi guru. Selain itu, saya juga mempelajarai mengenai skop peranan guru yang ternyata jauh lebih luas daripada yang dijangkakan. Guru bukan sekadar mengajar, malah mendidik dan mengasuh murid. Ini semua adalah untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Guru sebagai ejen perubahan masyarakat perlu memainkan peranan bagi mengubah sesuatu masyarakat menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Untuk itu, guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. Ini akan menjadikan sesuatu urusan berjalan dengan lebih lancar. Seterusnya, guru juga berperanan dalam menghasilkan murid yang cemerlang. Kecemerlangan yang dimaksudkan bukanlah sekadar cemerlang dalam akademik sahaja. Namun ia juga merangkumi kecemerlangan secara holistik. Holistik ia menyeluruh yang turut merangkumi cemerlang dari aspek agamanya, fizikal, rohani dan lain-lain. Apa yang berlaku pada masa kini ialah, semakin ramai murid-murid yang cemerlang akademiknya, namun gagal menunaikan perkara fardu seperti solat dan puasa. Ada juga yang hebat kademiknya, namun berakhir di pusat serenti kerana terlibat dengan dadah dan juga masalah sosial.

Oleh itu, perlu untuk seseorang guru mencari jalan bagaimana disamping mengajar, kita juga perlu mendidik jiwa murid-murid ini agar berjaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Pelbagai teori dan cadangan telah dikaji oleh pengkaji barat. Namun, sebaiknya kita sebagai guru perlu mengkaji dan mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk murid-murid di negara kita. Apa yang dikesalkan ialah di negara kita kini sibuk menggunakan kaedah barat tanpa mengambil kira faktor latar belakang murid-murid di negara ini. Di Malaysia, purata setiap kelas mengandungi 40 orang murid. Manakala di barat jumlah maksimum murid di sesebuah kelas ialah 15 atau 17 orang. Apabila kerajaan mahu menggunakan kaedah barat untuk diaplikasikan di Malaysia , ini menyebabkan keadaan menjadi terumbang ambing dan kacau. Oleh itu, kerajaan seharusnya mendengar terlebih dahulu luahan dan pandangan setiap guru yang banyak meluangkan masa dengan murid-murid. Malah guru juga selalunya turut mengetahu sedikit sebanyak mengenai latar belakang murid masing-masing. Guru perlu bersepakat dalam menghasilkan beberapa modul yang bersesuaian dengan murid di Malaysia.