Anda di halaman 1dari 1

Bahan-bahannya: 1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong ikut saiz yang anda suka (hendaklah digaul dengan serbuk

kunyit dan sedikit garam, dan diperap seketika) 1 cawan santan dicampurkan dengan 4 - 5 cawan air (Kak Noor guna santan kelapa sawit Khalis; rujuk catatan Kak Noor mengenai santan ni) Ubi kentang dibelah dua (kuantiti ikut citarasa) 2 biji tomato (dipotong dua atau empat, bergantung kepada saiz tomato) 3 biji cili hijau Garam, gula, dan perisa secukup rasa Minyak untuk menumis

Bahan-bahan A (untuk diblender): 5 sudu besar rempah kari ayam 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci halia 1 sudu besar serbuk cili/cili kering yang telah dikisar Bahan-bahan B (untuk ditumis): 1 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 3 inci halia dihiris 2 batang kayu manis (ukuran @ 1 inci) 2- 3 kuntum bunga lawang 2-3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 4 tangkai daun kari 2 helai daun pandan Penyediaannya: Panaskan periuk dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau dan daun kari agak garing. Kemudian masukkan bahan-bahan A, kacau dan tutup periuk sehingga bahan-bahan rempah terbit minyak. Memandangkan rempah agak pekat, masukkan sedikit air diikuti dengan ayam. Kacau sebati dan tutup periuk semula, biarkan lebih kurang 5 6 minit atau sehingga ayam empuk. Masa ini air aroma ayam keluar dan bercampur dengan kuah. Selepas itu masukkan santan, garam, gula, dan perisa dan kacau. Biarkan kuah mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang dan masak sehingga empuk. Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau. Biar mereneh seketika dan kemudian angkat. Jangan sampai tomato dan cili hijau layu.

Anda mungkin juga menyukai